Skip to main content

Seram!!Cemas!!!Diganggu Pocong ketika balik dari tugas

Sekadar gambar hiasan



 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua follower blog kisah benar misteri seram.Pada malam ini saya akan menceritakan kisah seram pengalaman sebenar kisah rakan saya yang telah diganggu oleh sesuatu yang membuatnya trauma hingga ke hari ini.Nama,kisah dan tempat terpaksa saya rahsiakan.


Faizol (bukan nama sebenar)adalah seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis (rahsia)di negeri Perak.Dia selalunya akan ditugaskan bekerja di E.O(kaunter pertanyaan atau di SJR(roadblock).

Faizol menceritakan kisah seramnya kepada penulis berlaku pada jam satu tiga puluh minit pagi,ketika rakan-rakannya tiada di dalam berek bujang yang di didudukinya.Rakan-rakannya ada yang keluar bertugas dan ada yg keluar berlibur.

Kata Faizol kepada penulis,'berek yang di di didudukinya ada 3 tingkat.Dia duduk di berek tingkat 1.Memang berek ni berek lama,.ramai penghuni nya tiada kerana kebanyakan yang tinggal di situ anggota  bujang' katanya berseloroh.Ada perasaan cemas kelihatan direaksi mukanya.

Sambungnya lagi.Ketika Faizol baru sahaja balik dari tugas dia terus bergegas naik ketingkat satu.Perasaan nya ketika itu tidak enak seperti ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya dari kejauhan.Lantas Faizol terus menoleh ke belakang."Ya Allah berderau darah saya cik"katanya kepada penulis.Apa yang dia sedang nampak dihadapannya dalam kejauhan 20 meter seperti ada susuk tubuh seperti pocong sedang terapung apung secara perlahan- lahan mendekatinya.

"Saya apa lagi cik terus buka pintu rumah dan terus lock rumah lah,dah benda tu datang'!! Katanya dengan nada serius.

Tiba-tiba!!!!Dammm!!!dammm!!dammm!!! Pintu rumahnya diketuk berkali-kali,."bala apa pulak lagi ni,."kata Faizol,.dengan lantas berlari ke pintu biliknya dan mengunci pintu bilik.

Ketika ini hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan Faizol ketika itu.Dia sangat ketakutan.Peluh mencurah-curah keluar dari badannya,.habis lencun baju uniform operasi yang dipakainya.

Dari kejauhan terdengar olehnya satu suara garau berkata "tolongggg,..tolongggg,..bukaaaa pintunyaaaa,....sunyiiiiiii.,..kata suara itu.Faizol seperti mahu terkencing mendengar suara itu akibat begitu takut.

"Lembik lutut saya cik,.dan suara saya pun seperti tidak keluar"katanya kepada penulis.

Ketika inilah tiba-tiba pintu rumah Faizol terbuka.Dan bau hanyir lumpur segera menerjah masuk ke setiap ruang rumah berek Faizol.

Faizol terus menangis semahunya akibat terlalu takut akan situasi itu.Dengan terketar-ketar Faizol terus menelefon sahabatnya yang ketika itu sedang bertugas di E.O (pejabat pertanyaan) di balai Polis.

"Hello Zakuan,..tolong akuuuuu,..!!!!katanya kepada Zakuan rakannya yang bekerja di pejabat pertanyaan di Balai Polis tempatnya bertugas.Lantas dimatikan telefon bimbit miliknya.

Zakuan yang mengesyaki sesuatu hal yang buruk telah terjadi terus sahaja segera pergi ke berek rumah Faizol.

Dengan berhati-hati Zakuan memasuki rumah faizol yang terbuka ketika itu.Dengan jelas Zakuan ternampak banyak kesan lumpur dan selut yang basah serta  kesan tanah liat bertaburan di setiap ruang rumah Faizol.

Faizol ditemui terbaring oleh Zakuan di hadapan biliknya dengan penuh kesan lumpur."Saya pengsan cik, tak dapat ingat apa pun yang berlaku ketika itu,.sebab apa baju saya kena lumpur pun, saya tak tahu"kata Zakuan kepada penulis dengan perasaan cemas mengakhiri perbualannya,..


Alam ghaib itu ada,..kita tidak bersendirian.,

#Azan AFS menulis#




Comments

  1. Gimana ni..amat seremmmm!!! Seruu

    ReplyDelete
  2. teruskan berkarya..banyakkan lagi kisah benar seram yg terjadi

    ReplyDelete
  3. I ada kisah seram.nnt I bg kt u cerita i

    ReplyDelete
  4. Pm saya di email aazan0883@gmail.com

    ReplyDelete
  5. I am big fan of cerita seram!!! Bagi I cerita u ni seram 10 bintang

    ReplyDelete
  6. Nak tahu apa yg lebih seram dari yg seram?


























    Kentut yg busuk

    ReplyDelete
  7. Woiii!!! Kentut bkn seram..tp busuk🤣

    ReplyDelete
  8. seremm amat..ganteng pak polisi azan afs ni..gue udah cop duluan..

    ReplyDelete
  9. seram betul lah

    ReplyDelete
  10. Citer pasal pengalaman polis,.perghh,..mmg seram.Kt mane la agaknya ipd ni,.tapi mcm leh agak sbb azan afs ni anggota polis kan??kan???

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketik...

Pengalaman Seram Pak Guard diganggu hantu Pontianak ketika membuat rondaan di hospital

  A ssalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar misteri seram.Pada tengah malam ini saya akan menceritakan pengalaman kisah benar seram rakan saya yang bernama Rizal(bukan nama sebenar). Kisah ini berlaku pada tahun 2004,.Rizal ketika itu sedang bekerja sebagai security guard di hospital yang berada di dalam daerah negeri Perak.Katanya dia ketika itu sedang bertugas pada waktu pagi dan hanya dia bekerja berseorangan di dorm A di hospital itu.Rakannya telah balik ke rumah kerana ada hal yang  mustahak.Hendak tak hendak Rizal terpaksa akur juga dengan kehendak rakannya. Ada juga rakan-rakan yang memberikan nasihat kepada Rizal dan mengatakan bahawa di hospital tempat Rizal bekerja itu keras dan berpenunggu.Rizal tidak kisah dengan cerita dari rakan nya kerana disitulah tempat Rizal mencari rezeki untuk menyara anak dan isterinya. Hendak dijadikan cerita,pada malam  itu,hujan turun renyai-renyai.Salakan anjing memecah keheningan pagi. Rizal seperti bias...

Seram!!Penunggu tandas luar rumah""

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca kisah benar misteri seram,. Disini penulis ingin menceritakan kisah benar seram yang terjadi kepada Zul(bukan nama sebenar) Begini kisah benar seram beliau,..  Tahun 2009, malam sunyi di sebuah kampung yang dikelilingi pokok-pokok tua dan semak samun. Waktu itu jam menunjukkan pukul 11 malam. Zul, budak lelaki berusia 11 tahun, sedang menahan sakit perut yang amat sangat. Rumahnya jenis rumah kampung lama — tandas pula terletak di luar, bersebelahan hujung dapur, terpisah dari rumah utama. Malam itu, hanya Zul dan neneknya berada di rumah. Mak ayahnya keluar ke rumah saudara menghadiri kenduri. Dalam kesunyian malam, Zul menggagahkan diri untuk ke tandas. Hanya bunyi cengkerik dan sesekali lolongan anjing kedengaran dari kejauhan. Ketika sedang duduk dalam tandas, suasana tiba-tiba berubah. Angin bertiup sejuk mencucuk tulang. Tiba-tiba — DUM! DUM! DUM! — bunyi ketukan kuat di dinding luar tandas mengejutkan Zul. Bukan sekali, tapi...