Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,..
Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketika Sazali masih bujang lagi.Kerana terlalu mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan,dia telah mempelajari satu ilmu yang terkutuk dengan menuntut nya hanya di blog.Blog yang memberikan bacaan-bacaan mantera memanggil syaitan.Begini kisah seram beliau,...
Aku bernama Sazali.(bukan nama sebenar)Ketika umur aku berusia 16 tahun aku selalu sahaja menonton video porno bersama rakan-rakan aku.Sampaikan kami sanggup ponteng kelas untuk melihat video porno yang memberahikan kami semua.
Kisah seram ini terjadi ketika kawan aku Shahir(bukan nama sebenar)mengajak kami menonton film tentang hantu pokok pisang.Aku amat teruja melihat film itu,.masakan tidak dengan menggunakan benang yang diikat di jantung pisang sahaja boleh menyeru hantu cantik untuk ditiduri.Wah!!aku menjadi bersemangat mahu mencubanya.Aku tidak memberitahu rancangan aku untuk mencuba benda khurafat itu kepada rakan-rakan aku.
Petang nya setelah kami semua balik dari sekolah menengah.Aku mulai pergi ke Cyber Cafe iaitu di satu tempat untuk bermain komputer game atau melayari internet.Setelah aku menempah meja di Cyber Cafe itu dengan bayaran Rm2.00 selama satu jam.Aku pun mula membuka blog-blog mantera cara-cara memanggil hantu pokok pisang.Pencarian aku berhasil,.aku salin mantera dan cara-cara memanggil hantu pokok pisang ni.
Aku dengan rasa gembira terus sahaja memanggil tokey Ah Fat supaya menambahkan lagi waktu selama sejam lagi.Kali ini aku bermain game komputer counter Strikes.Memang lah best,pada zaman tu memang game Counter Strikes ni menjadi kegilaaan anak-anak muda untuk bermain.Aku memang jadi ketagih bermain game ni,sampaikan aku menggunakan semua wang saku aku hanya untuk bermain game Counter Strikes,.yang paling best,mesti ada sahaja orang yang tidak puas hati kerana telah ditembak awal-awal lagi dengan aku.Hahaha padan muka,aku memang handal bermain game tembak-tembak ni.
Setelah sahaja balik dari Cyber Cafe,aku pun pergi singgah membeli peralatan seperti yang dibaca oleh ku yang aku catit di internet sebentar tadi.Antaranya adalah paku besar,benang berwarna merah dan colok cina.
Sesampainya aku di rumah,aku terus sahaja memulakan operasi aku membawa peralatan yang ku beli di kedai tadi.Aku pun mula mencari pisang yang mempunyai jantung di belakang rumah aku.Mujurlah bilik aku berdekatan dengan pokok pisang,memang senanglah kerja aku ni.Setelah puas mencari akhirnya aku menjumpai juga pisang yang mempunyai jantung.Lalu aku mengambil paku dan aku cucuk kan di bawah dahan pokok itu.Setelah itu aku mengambil benang merwarna merah dan aku tarik dan ikat di paku.Lilitan tali itu aku ikat pula di jantung pisang dan terus sahaja aku tarik dan masuk kan di tingkap rumah aku.Untuk makluman pembaca semua rumah aku ni jenis rumah kayu jadi tingkap bilik aku boleh terbuka dengan luas kerana menggunakan tingkap yang boleh dibuka,.istilah orang lama-lama dahulu adalah "daun tingkap".Kemudiannya aku tarik benang berwarna merah itu sampailah di dalam bilik aku melalui tingkap rumah aku,dan aku lilitkan di tiang katil tempat aku berehat dan beradu.Aku tersenyum puas ketika melakukan perbuatan khurafat tersebut.
Aku pun masuk kerumah seperti biasa.Aku makan malam bersama ibu dan bapa ku.Setelah sahaja hari sudah beransur malam,aku pun baringlah di dalam bilik.Aku melihat jam tangan di dinding sudah menunjukkan kearah angka jam 12 tengah malam.Lalu aku pun terus membuka daun tingkap bilik rumah ku.Aku membukanya seluas-luas yang boleh.Aku pun lantas mengambil mantera dan mulai membaca mantera-mantera untuk memanggil hantu pokok pisang itu.Sambil itu aku mengikat benang berwarna merah di ibu jariku di sebelah kanan yang kulilit petang tadi di tiang katil.
Aku menunggu penuh sabar.,lama juga aku tunggu tetapi hantu pokok pisang itu tidak menjelma juga hinggalah sesaat aku tidur,..tiba-tiba sahaja!!!!
Aku merasa di bahagian ibu jari yang aku lilitkan benang merah sebentar tadi merasa begitu sangat sakit,.seperti ada sesuatu yang menggigit.Lantas aku terbangun dari tidur.Apa yang aku nampak ketika itu adalah penampakan seorang perempuan berambut panjang dan berbaju merah mengerbang sedang asyik menghisap darah di ibu jari kaki ku.Aku terus sahaja mahu bangun tetapi secara tiba-tiba sahaja perempuan itu muncul di hadapan wajahku secara tidak menjejak tanah.Apa yang kulihat wajah perempuan itu amat cantik,tetapi ada darah di mulutnya.Perempuan itu merenungku dengan wajah yang amat berahi lantas dia melakukan sesuatu yang amat pelik iaitu memeluk aku sepuas hatinya.Aku tidak dapat berbuat apa-apa pada waktu kejadian.Apa yang dapat kurasakan adalah satu kenikmatan.Lantas aku pun tertidur kepenatan.
Keesokan hari nya aku pun terbangun dari tidur.Aku mendapati di bahagian ibu jari kaki aku bengkak dan ada bekas gigitan seperti darah aku telah dihisap.Memang perit rasanya.Tapi aku puas kerana apa yang aku hajati telah tercapai.
Ketika aku hendak pergi mandi kerana mahu kesekolah,ibu ku yang berada di dapur mengatakan kenapa badan aku berbau teramat busuk.Aku terpinga-pinga.Aku mencium bau badan ku tetapi tidak ada tanda-tanda bau busuk.Ibuku memanggil ayah ku dengan segera.Ayah ku bertanya padaku kenapa jalan terhenjut-henjut dan berbau busuk.Aku pun menipu ayah ku dengan mengatakan yang aku terkencet dalam seluar dan ibu jari kaki aku terhantuk di bucu dinding.Ternyata kebohongan ku berhasil terhadap ibubapaku ketika itu.
Keesokan malam kedua pula aku membuat lagi benda khurafat itu.Setelah membaca mantera dan ikat ibu jariku dengan benang merah.Aku pun menunggu dengan penuh sabar akan kemunculan hantu perempuan pokok pisang itu.Tiba-tiba sahaja aku melihat dari benang di hadapan daun tingkap bilikku beralun-alun dan dari benang itu muncullah kabus berwarna putih.Lalu dari kabus itu muncullah sesosok perempuan berambut panjang mengenakan pakaian berwarna merah.Perempuan itu lantas tersenyum padaku.Hantu perempuan itu berdiri di hujung katilku secara terawang-awangan.Dia lantas sahaja menggigit ibu jari kaki ku.Aku pun terus menahan kesakitan ketika itu.
Agak lama juga hantu perempuan itu menggigit dan menghisap darah di jari kakiku.Aku tidak dapat berbuat apa-apa pada waktu itu kerana badan dan kaki ku terasa seperti di kunci dan badan ku terus sahaja menjadi lemah,.dan secara tiba-tiba sahaja ibu dan ayahku menerpa masuk ke bilik aku.Aku terkejut dan menjadi kaget.Rupa-rupanya ayahku ada membawa seorang ustaz masuk di dalam rumah.Rancanganku telah diketahui oleh mereka bertiga kerana ayahku adalah seorang ahli AJK masjid di kampung kami.Mungkin dia ada bertanyakan perihalku pada ustaz tersebut ketika berada di masjid.
Apa yang ku lihat hantu perempuan itu mulai bertukar menjadi amat hodoh,.matanya tersembul keluar,giginya menjadi tajam dan pakaian nya tetap berwarna merah tetapi mengeluarkan bau yang sangat busuk.
Hantu perempuan itu terus melilitkan pakaiannya keatas badan aku,.aku terus menjadi sesak nafas.Apa yang aku dengari ketika aku pengsan adalah suara orang mengalunkan Azan.,rasanya itu suara ustaz yang datang ke rumah ku.Aku terus sahaja pengsan.
Keesokan harinya aku terbangun dari pengsan.Aku mendapati bahagian kaki dan tangan sebelah kanan aku menjadi lumpuh. Aku menangis semahunya dan lantas memanggil ayah dan ibuku.
Ayah dan ibu ku bersama ustaz tersebut terus sahaja datang menerpaku di bilik.Ustaz mulai memberikan air penawar dan merenjiskan air di muka dan badanku ketika itu.Ustaz itu berkata kepadaku tentang apa yang aku amalkan itu adalah perbuatan salah serta khurafat dan menyekutukan Allah S.W.T...Ayah dan ibu ku pun menangis kerana sedih akan perbuatan ku yang jahat itu.Aku memberitahu kepada ustaz itu supaya segera memulihkan kaki dan tangan ku disebelah kanan yang lumpuh.Ustaz itu memberitahu ku bahawa hantu pontianak itu telah meludah dan menghisap darah ku dengan banyak.Sebab itulah aku menjadi lumpuh sebelah kanan.Katanya lagi,.pengamal ilmu hantu pokok pisang ini boleh sahaja mati kerana pada setiap malam darah nya akan di hisap oleh hantu itu.Aku terdiam mendengarnya.,kini dan sehingga ke hari ini tangan dan kaki sebelah kanan aku telah menjadi lumpuh.Mungkin akibat karma akibat perbuatanku bersekutu dengan syaitan.Aku mulai menjadi malu dengan rakan-rakan sekelas ku.Keluarga aku terpaksa berbohong kepada guru dan rakan-rakanku mengatakan yang aku menghidap penyakit lumpuh.
Aku ingin berpesan dan menyeru kepada para pembaca semua,janganlah antara kita yang terlalu mengikut hawa nafsu dan bersekutu dengan syaitan,.kerana setiap perbuatan pasti ada balasan nya.Sesungguhnya aku telah bertaubat kepadaMu Ya Allah S.W.T,.ampunkanlah segala dosa-dosaku selama ini.,
Semoga kisah benar seram dan misteri ini menjadi pengajaran kepada orang-orang yang ingin mempelajari ilmu hitam atau ilmu khurafat yang bersekutu dengan syaitan,..
Akan ada banyak lagi kisah-kisah benar seram dan misteri dari penulis,..nantikan...,
Jika ingin berkongsi kisah seram bolehlah pm di Fb penulis,..terima kasih kepada pembaca yang sudi berkongsi kisah seram nya kepada saya dan pembaca semua,..
Akhir kata dari penulis,...
"Alam ghaib itu ada,...kita semua tidak bersendirian...."
Azan AFS menulis,....
Seremmm banget ceritanya.. merinding
ReplyDeleteTerima kasih kerana membaca dan komen ya,.teruskan lagi membaca di kisah-kisah yang lain pula,.
DeleteSaya pernah dengar cerita pasal ilmu jantung pisang masa zaman sekolah rendah hujung tahun 80an dulu..masatu dengar cerita kalau dpt buat..ada makhluk akan dtg bg kita mcm2 ilmu ikut apa yg kita hajat..teringin nk buat tp takut..
ReplyDeleteKuntilanak merah ya di pokok Pisang..itu tandanya bahaya gan
ReplyDeleteBest baca,..teruskan berkarya bro.,
ReplyDeleteseramnya....saya salah satu peminat blog anda azan afs menulis...teruskan berkarya
ReplyDeleteseremm banget..gue mau karya bapak ini di pilem kan di indonesia..asikkk bangettt
ReplyDeleteAku suka cerita kau ni..aku suka baca larut larut malam....hihihihhihihi
ReplyDeleteSerem bener ceritanya...lagi lagian gambarnya itu...waduhhhh seremmmm bikin seremmmm gue..
ReplyDeletegiler la cerita ni..best betul..seram,..nk lagii,..
ReplyDelete