Skip to main content

Seram!!!apa benda yang kami nampak tu.,???

Sekadar gambar hiasan


Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca blog kisah benar misteri seram.Pada malam ini saya akan berkongsikan kisah benar seram pengalaman saya yang benar-benar terjadi ketika saya masih bersekolah rendah lagi.

Begini kisah pengalaman benar dan seram saya,..

Pada hari kejadian yang menyeramkan itu,penulis(Azan/nama gelaran dibob,Azad(adik kembar saya)serta abang saya Syahrizan(abangteh)baru sahaja pulang dari Sekolah Rendah Kebangsaan Pantai yang berada di Negeri Sembilan daerah  Seremban.Memang kebiasaan kami bertiga pulang kesekolah rendah bersama-sama.

Masih segar diingatanku pada hari kejadian adalah pada hari jumaat.Sesi pembelajaran sekolah akan dihentikan pada jam 12 tengahari untuk memberi peluang kepada semua murid yang beragama islam untuk menunaikan solat jumaat.

Kami bertiga pun berjalan pulang melewati pekan,rumah-rumah kampung serta kuburan.Rumah kami memang agak jauh dari sekolah.Kalau berjalan kaki dari sekolah balik kerumah seingatku dalam 20 minit baru sampai ke rumah.

Saya,azad serta abgteh berjalan bersama-sama untuk balik ke rumah kami seperti biasa.Kebiasaan nya kami mengikut jalan yang biasa kami lalui tetapi kali ini abangteh dengan penuh semangat mengajak kami mengikut jalan pintas meredah hutan belukar supaya segera sampai di rumah.Untuk pemberitahuan kepada pembaca semua,rumah kami adalah rumah kampung.Jalan pun mengikut denai yang kecil.

Sambung kembali kisahnya.,saya dan Azad mengikuti abangteh meredah hutan belukar supaya segera sampai di rumah.Setelah sampai di satu rumah lama peninggalan orang dahulu yang tidak diduduki,secara tiba-tiba sahaja abangteh dengan wajah yang cemas menyuruh kami lari sambil menunjukkan jarinya kearah hadapan kami terdapat sebatang pokok yang amat besar dengan akarnya yang berjuntaian.

Apa yang menakutkan penulis adalah di atas dahan pokok yang besar serta akar yang berjuntaian itu terdapat satu kain yang besar tidak terlalu putih seperti ada kesan tompokan darah beserta rambut yang hitam panjang.Kedudukannya seperti melekap di atas dahan yang rimbun.

Kami terpaksa lari di bawah pohon besar tersebut dengan lajunya.

Ketika inilah saya mendengar seperti ada satu suara memanggil saya dengan sayup-sayup dengan memanggil nama gelaran saya sewaktu kecil dahulu.Suaranya memanggil seperti ini.,

"Dibooooobbbb,...dibooooobbbb,....dibooobbbbb.....,heeeee.,heeee..,heee,...heeee,...."sayup-sayup suaranya kedengaran.Kecut perut penulis rasakan ketika itu,habis meremang bulu tengkuk .Sekarang ni pun masa menulis kisah seram ini bulu tengkuk tiba-tiba meriding,seramm!!bila teringatkan kisah-kisah lama dahulu yang pernah terjadi kepada penulis.

Saya pun apa lagi terus berlari semahunya,azad serta abangteh sudah sampai kerumah.Kemudian barulah giliran saya sampai dirumah kampung kami.

Setelah sampai dirumah,kami bertiga menceritakan kisah pengalaman seram kami yang baru sahaja terjadi sebentar tadi.Sambil mengelap peluh yang berjatuhan.

Saya memberitahu kisah seram saya kepada adik saya Azad dan abangteh.Melopong mereka mendengarnya.Mereka juga melihat kain putih yang berwarna tompokan darah  tersebut tetapi tidak mendengar suara yang seram seperti yang dialami penulis.

Akibat dari peristiwa itu penulis demam berhari-hari.Mujur arwah ayah penulis membuatkan air penawar untuk memulihkan semula semangat penulis ketika itu.

Sekian lah sahaja kisah benar seram misteri  pada malam ini,.

Sila ikuti lagi kisah-kisah benar seram misteri yang lain selanjutnya,. Terima kasih kerana sudi membaca,.


"Alam ghaib itu ada,..kita semua tidak bersendirian"...


AZAN AFS menulis.,


Comments

  1. Seronok membaca kisah kisah benar seram...harapan saya agar kisah ini akan membuat pengarah menghasilkan filem..pasti laris filem tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah,..terima kasih saudara atas komen yang membina,.mudah-mudahan apa yang dikatakan saudara itu akan tercapai.,Aaminnn ya rabbal alamin,..

      Delete
  2. Mantepp!!! Keren banget ceritanya..jadi merinding gue

    ReplyDelete
  3. I'm from France,this story have made me feel like Robert Redford

    ReplyDelete
  4. Sepertinya yang gue tahu Robert Redford itu pengarah film serem..

    ReplyDelete
  5. Nanti gue cari ya sutradara Robert Redford

    ReplyDelete
  6. Ternyata...tidak ada yg namanya Robert Redford?

    ReplyDelete
  7. Soalnya Robert Redford itu gak ada yg sutradara namanya Robert Redford

    ReplyDelete
  8. I'm from Italy, this blog is interesting 👍

    ReplyDelete
  9. Kalau sesiapa mahu makan bakso silahkan ke warong ane di banjar masin Indonesia

    ReplyDelete
  10. Kalo mau makan sup bakso yang lezat silahkan berkunjung aja di warongku

    ReplyDelete
  11. Bakso bila di makan rasanya enak banget!!!

    ReplyDelete
  12. Kok gue rasa lapar bila baca blog bapak?

    ReplyDelete
  13. Iya udah bossku..makan aja bakso di gerai ane di kampung jawa barat

    ReplyDelete
  14. Jauh banget dehh..gue aja di Jakarta..kok mau pergi makan nya di jawa barat.. nggak mau ah

    ReplyDelete
  15. Lantak korang lah nk mkn ke atau xnk makan yg penting blogger saudara Azan AFS ni best Dan padu

    ReplyDelete
  16. Aku rasa penulis cerita ni ada pancaindera keenam,sbb dia leh nmpk ape yg kita tak leh nmpk,.betul tak azan afs,.??teruskan lagi berkarya,.ditunggu ceritanya lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketika Sa

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

     Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak. Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya