Skip to main content

Posts

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya
Recent posts

Gangguan Van Ambulan berhantu di Parit Selangor Pontian Johor

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kisah benar 123.Kisah ini adalah kisah benar seram yang terjadi kepada adik ipar saya.Nama panggilan yang diberikan kepada adik ipar saya ni adalah Mamat.Kisah ini berlaku di Pontian Johor pada tahun 2022.,begini kisah benar seram beliau. Ketika itu Mamat hendak menghantar abahnya ke tempat kerja dengan membawa kereta wira.Waktu itu jam lebih kurang dalam pukul tiga suku pagi.Mamat ketika itu merasakan hatinya tidak tenteram kerana pada pagi itu suasana amat sunyi dan hujan mulai turun dengan renyai-renyai. Setelah Mamat menghantar abahnya ke tempat kerja, Kenderaan Mamat yang tengah dipandu oleh Mamat ketika itu telah berselisih dengan sebuah van ambulan yang mempunyai jalur hijau biru putih dibadan dan tertera tulisan ambulan di badan van tersebut.Kata Mamat ambulan yang dilihatnya itu sangat laju.Mamat pun berfikir siapa pula yang accident pagi-pagi buta macam ni,.dan terus membawa kereta nya seperti biasa.Setelah membawa ker

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

     Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak. Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya

Penampakan hantu di Balai (rahsia dalam daerah Sungai Siput) Gambar sebenar disertakan!!!!

  Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca kisah benar, seram dan misteri,. Kali ini pula ada satu kisah yang berlaku di Balai Polis (tidak dibenarkan beritahu kepada umum) di dalam daerah Sungai Siput Perak. Kejadian ini adalah dalam sekitar tahun 2020 ketika negara kita telah di landa dengan wabak covid19.Yang menarik nya kali ini disertakan gambar sebenar penampakan hantu tersebut di berek. Diceritakan semula kepada saya oleh seorang anggota Balai Polis tersebut kepada saya.Begini ringkasan kisah benar,seram beliau., Aku Will(bukan nama sebenar)bekerja di Balai Polis (rahsia) di daerah Sungai Siput Perak.Sewaktu kejadian,aku bertugas di E.O pejabat pertanyaan.Keadaan ketika itu seperti biasa sahaja,.Kebetulan pula diwaktu itu ada fogging yang akan dijalankan di berek Balai kami. Fogging(semburan racun nyamuk Aedes) akan di jalankan dalam jam 1900Hrs( 0700 petang ).Saya seperti biasa standby sahaja di pejabat pertanyaan. Petugas Fogging pun menjalankan tugasan nya di ber

Seram!!terjumpa dengan hantu tanglung!!!

Sekadar gambar hiasan,... Assalamualaikum kepada semua pembaca kisah benar,seram dan misteri.Agak lama juga saya tidak menulis kisah benar dan seram akibat kekangan kerja dan masa.Pada malam ini saya ingin menceritakan kisah benar dan seram rakan saya,biarlah saya namakan dia ijoi (bukan nama sebenar). Kejadian kisah benar dan seram ini telah berlaku pada tahun 2002 ketika itu ijoi berada di dalam darjah empat.Lokasi kejadiannya pula di kampung Kubang Jambu Kedah di Alor Setar. Pada malam kejadian itu Ijoi dan empat rakan karibnya baru sahaja habis mengaji di surau.Entah dimana tercetusnya idea mereka berlima ,selepas sahaja solat isyak dan selesai mengaji mereka pun bermain sorok-sorok di tengah bendang berdekatan dengan sebuah rumah yang telah lama ditinggalkan.Rumah itu pula berada di tengah-tengah bendang seakan-akan berada di pulau. Mereka pun mula bermain sorok-sorok.Ijoi berlari dan menyorok masuk di salah satu pondok jerami.Kebetulan pula pada masa itu musim menuai padi. Ketika

Kemenangan bergaya Johan menembak Falling Plate IPD Pengkalan Hulu Perak pada 20/01/2022

  Assalamualaikum dan selamat pagi kepada peminat cerita kisah benar,misteri seram.Saya meminta maaf kerana sudah lama saya tidak mengarang kisah-kisah seram dan benar.Ini adalah kerana dari kekangan kerja.Pada masa ini saya akan mulai berkursus di Maktab Teknik M uar Johor selama 3 bulan. Nantikan kemunculan kisah-kisah benar misteri seram yang akan saya cuba dapatkan semasa saya berkursus nanti ya.Insya Allah jika masa mengizinkan,saya akan cuba mengarang cerita.Kisah kali ini bukan kisah cerita seram ya tuan-tuan dan puan-puan.Kali ini saya ingin berkongsi kisah kenangan manis saya yang mendapat tempat pertama acara tembak Falling Plate di antara cawangan-cawangan Ipd Pengkalan Hulu Perak. Pada 20/01/2022,.saya bersama Kpl Feza,Sjn Mazlaini,dan Kpl Azlina telah mendapat Johan di tempat pertama pertandingan Tembak Falling Plate menggunakan Pistol CZ P10C 9mm yang di anjurkan oleh tempat saya bertugas di IPD Pengkalan Hulu Perak.Syukur alhamdulillah kami telah bergelar juara berturut-

Seram!!!Kisah diganggu Hantu tanpa kepala di Kuarters Kompleks KLIA!!!

      Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua para pembaca kisah benar,seram dan misteri.,Pada malam jumaat kliwon ini,saya akan menceritakan suatu kisah yang benar-benar terjadi.Kisah ini adalah kisah dari sahabat saya yang bernama Omar.Beliau menceritakan kisah yang benar-benar terjadi kepada salah satu penghuni dari Kuarters Kompleks KLIA.Begini kisah seram beliau,... Cerita ini berlaku ketika zaman era Kuarters Kompleks KLIA dibuka jika tidak silap pada tahun 1998.Ketika itu ramai kakitangan awam berpindah ke situ semasa Kuala Lumpur International Airport atau dipanggil KLIA dibuka.Mereka tinggal di Kuarters Kompleks KLIA.Kawasan asal dahulu adalah kawasan hutan dan ladang kelapa sawit.Jadi pelbagai peristiwa misteri dan seram banyak berlaku di situ.Kuarters KLIA ini terletak di sempadan  Sepang,Selangor dan Nilai,Negeri Sembilan. Salah satu misteri dan kisah urband legend di situ adalah kejadian yang berlaku di gerai burger.Beginilah kisah seram beliau,.. Pada suatu malam,A