Assalamualaikun dan selamat malam kepada pembaca blog kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan berkongsikan kisah pengalaman benar seram dan misteri yang terjadi kepada adik sahabatku bersama dua orang lagi rakan karibnya yang enggan namanya di kenali kepada semua pembaca,.
Begini kisah mereka bertiga,....
Adik aku ni selain dari memancing dia juga ada satu hobi yg sangat unik..Saya Ingat hobi dia ni ada pada masa zaman kanak-kanak sahaja tetapi rupanya bila sudah menjadi bapa budak pun masih lagi dengan hobinya iaitu hobi melastik burung di hutan.Tetapi kali ini ,dia menggunakan lastik moden.Alat melastik yang sedang trending(terkenal) ketika ini kalau di Indonesia di panggil kartapel atau di barat dinamakan slingshot.Satu kelebihan yang dia ni ada adalah dia ni memang sharp shooter kalau mahu melastik burung.Selalunya kalau beliau melastik burung,beliau tidak pernah mengecewakan saya,.dan tepat sahaja sasaran yang dilastik nya.Mungkin adik saya ni mewarisi bakat semulajadi daripada ayah kami.
Adik saya pernah menceritakan pengalaman mistik beliau sewaktu masuk ke hutan untuk melastik burung..
Begini kisah nya..
Pada suatu malam aku ada ikut Brader ni pergi melastik dekat suatu tempat di Sementa Kapar di Daerah Klang Selangor.Kawasan disitu dipenuhi dengan kebun kelapa sawit dan tiada rumah penduduk di situ.Di dalam laluan kebun tersebut ada satu jalan yg berturap tapi telah lama di tinggalkan disebabkan projek pembinaan kilang yang terbengkalai.Untuk masuk ke dalam kawasan itu agak jauh juga dari jalan utama.Keadaan disitu juga sangat gelap dan sunyi.Apabila sahaja sampai di tempat yang di tuju,.kami pun parking motosikal kami bertiga ditepi hutan dijalan yang kecil.Keadaan disitu memang agak semak samun dan penuh dengan pokok-pokok kayu besar yang merimbun..
Aku pun baru je kenal dengan brader ni semasa aku baru ditukarkan tugas di tempat kerja.Kedudukan rumah kami pun tak berapa jauh antara satu sama lain.Kebetulan kami punya minat dan hobi yang sama iaitu melastik burung.Brader ni lagi setahun nak bersara dari tugas Airforce. Dia la yang ajak dan bawa aku bersama seorang lagi rakan kami di suatu kawasan yang memang banyak burung.Brader tu memang jenis hardcore dan pakar bab-bab dalam hutan ni. Brader ni kerja askar,.hati dia memang keringla. Biasanya dia akan pergi di situ secara berseorangan. Sebelum ni dia ada cerita kat aku,.semasa dia masuk seorang diri di kawasan itu,dia pernah di datangi seorang pengawal keselamatan yang kebetulan melalui kawasan itu.Pengawal keselamatan itu bertugas menjaga kawasan di kilang berhampiran.Pengawal keselamatan itu berhenti berkawal kerana ternampak kawan saya ni sebab dia ingat kawan aku ni pencuri. Pengawal keselamatan itu berkata kepada kawan aku,.katanya "Hati- hati bila melalui kawasan ni.. dekat sini banyak hantu raya dan langsuir.." Namun kawan saya ni tidak dengar nasihat pengawal keselamatan itu.kata beliau tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku kepada dia,.. namun terjadi pula kejadian cemas,dan seram kepada kami bertiga pada kali ini.,
Pada malam kejadian yang mencemaskan itu,.kami bertiga berpakat mahu melastik burung di kawasan lubang di pohon besar dan tinggi dan kata nya banyak burung disitu.Keadaan disitu agak semak.Kami bertiga pun meredah kawasan semak samun melalui celah-celah pohon kelapa sawit yang seolah-olah sudah lama terbiar dan di tinggalkan serta tidak di jaga dengan baik.Brader tu jalan didepan sebab mahu menunjukkan jalan kepada kami berdua.Kami berdua pun ikut sahaja dari arah belakang.Dalam perjalanan itu secara tiba-tiba sahaja brader tu menjadi tidak tentu arah.Brader tu nampak gelisah dan berpusing-pusing di sekeliling kebun dengan raut wajah yang cemas.Dia kata dia tak jumpa jalan ke arah pokok tersebut padahal selalu sahaja dia pergi seorang diri.Tetapi entah kenapa pula kali ni dia tidak menjumpai jalan yang hendak di tuju nya.Aku dengan seorang lagi rakan terus sahaja mengajak beliau untuk berpatah balik sebab dah jauh sangat masuk ke dalam hutan.Tapi brader ni mahu juga ikut jalan yang lain pula.Aku dengan seorang lagi rakan rasa masih boleh ingat lagi jalan mahu balik ke kenderaan kami tu.Tapi dia tetap juga berkeras mahu ikut jalan lain,.macam ada sesuatu yg menggangu fikiran beliau dan tetap berkeras mahu kami ikut dia juga.Kami bertegang urat hingga hampir nak bergaduh pada malam itu.Kami teruskan juga perjalanan tetapi tidak menjumpai jalan keluar.Kami bertiga menjadi buntu,panik dan cemas.Jam sudah menunjukkan tepat pukul 12.30 malam.Kami bertiga ketika itu sudah amat keletihan dan kepenatan.Sudahlah keadaan di situ gelap.,semak pula tu..takut juga kalau ada binatang atau serangga berbisa menyerang kami bertiga.Peluh sudah membasahi baju kami.Akhir nya,. kami bersepakat untuk duduk dan berehat dahulu.Kami bertiga pun mulai membaca ayat-ayat dari ayat suci Al-Quran yang kami ingat sambil menyalakan api rokok.
Setelah keadaan kami bertiga kembali menjadi semakin reda dan tenang,.barulah brader yang tadi hatinya keras bersetuju untuk berpatah balik mengikut jalan yang mula-mula kami lalui tadi.Tetapi Muka brader tu kami lihat dah lain macam kerana wajah beliau jelas kelihatan berada di dalam keadaan cemas dan ketakutan. Aku dengan seorang lagi rakan memang perasan dari tadi lagi reaksi wajah brader tu. Apabila sahaja selamat sampai di tempat laluan di lokasi kami meletakkan kenderaan.,baru lah brader itu berani untuk membuka cerita nya,.
Kata brader itu,..Semasa dia berjalan di hadapan membelakangi kami berdua sebentar tadi,dia ada ternampak sesuatu.Beliau berkata,.dia ternampak akan sesosok lembaga hitam berwajah hodoh dan amat menakutkan.Keadaan tubuh lembaga itu sangat tinggi dan ketika itu kami bertiga sangat hampir dengan lembaga itu.Ketika itu dia cuba untuk bertenang dan cuba buat seolah-olah tiada apa yang berlaku dan terjadi.Beliau ada menegur dan memberi salam kepada lembaga hitam tersebut,.ketika itu di dalam hatinya berasa tidak keruan sama ada takut atau cemas melihat lembaga hitam yang secara tiba-tiba menyeringai di hadapan nya.
Di dalam benak fikirannya beliau beranggapan lembaga itu kalau bukan manusia mesti Jin Islam.Sebab itu beliau bertindak sedemikian dengan menegur serta memberi salam kepada mahkluk tersebut dengan mengharap agar mereka bertiga tidak diganggu oleh lembaga itu.Ibarat kami bertiga ni masuk di kawasan larangan lembaga itu. Selepas beliau menegur sahaja lembaga tersebut kami bertiga terus sesat tidak menjumpai jalan yang hendak di tuju.Beliau berasa takut hendak berpatah balik kerana tidak mahu berjumpa dan bertembung dengan lembaga hitam tersebut.Sebab tu beliau berkeras mahu teruskan perjalanan juga.
Kami berdua pun memang perasan sebentar tadi beliau ada memberi salam tapi kami malas hendak bertanya kepada beliau,.kami berdua ingat mungkin itu petua dia memberi salam apabila nak masuk ke hutan..Yelah mungkin itu petua dia.Fikir kami berdua dalam hati.
Selepas daripada kejadian seram tersebut,.Brader tu pun dah tak ajak kami berdua untuk ke tempat tersebut.Kami bertiga pun mula mencari lokasi di kawasan lain pula untuk melastik burung.alhamdulillah lokasi kawasan kali ini tiada lagi gangguan pelik,mistik,seram dan menakutkan yang berlaku kepada kami bertiga setakat ini.Kawasan itu pula banyak burung.Puas juga kami melastik dan banyak burung yang kami perolehi.
Itu sahaja lah pengalaman benar,seram dan misteri adik kepada rakan penulis bersama rakan-rakan beliau ketika mahu melastik burung di hutan.,
Akan ada banyak lagi kisah-kisah benar seram dan misteri yang akan datang,..
Teruskan membaca blog kisah benar,seram dan misteri,...
Akhir kata dari penulis,..
"Alam ghaib itu ada,..kita semua tidak bersendirian,.."
Azan AFS menulis,...
Selalunya memang kena amalkan doa sebelum masuk ketempat yg orang x pernah masuk..lebih lagi hutan..belukar..kebun kosong..selalunya memang tempat tinggal makhluk jin di situ..
ReplyDeleteSerem kaget gue
ReplyDeletegilet la..best
ReplyDelete