Skip to main content

Seram!!! Kejadian Misteri berjiran dengan perkampungan orang bunian dan makhluk halus!!!



 Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.kisah kali ini adalah kisah benar pengalaman dari kawan saya,.biarlah saya namakan sahaja dia Adam(bukan nama sebenar).Adam bekerja sebagai seorang anggota Polis berpangkat Koperal di Ipd (rahsia) negeri Perak.Kata Adam,ini adalah pengalaman kisah seram dia sewaktu dia masih bersekolah lagi.Tanpa berceloteh panjang lebar,.mari kita membaca kisah seram beliau yang di alami bersama keluarga beliau,.begini kisahnya,...


Ada beberapa kisah mistik yang menjadi misteri sepanjang keluarga saya tinggal di sebuah kampung di Tanjung Karang...keluarga saya memang sudah lama menetap di kampung itu dari tahun 70an lagi.Sebelum saya di lahirkan,.keluarga kami pernah tinggal di Kampung Parit 11 Sungai Panjang, Sungai Besar negeri Selangor.


Berbalik pada cerita saya tadi, seingat saya berbagai kejadian pelik dan aneh selalu sahaja berlaku di kawasan rumah kami di Tanjung Karang..benda ini terjadi berulang kali sehingga kami pun sudah lali dan tak peduli langsung sebab mungkin sudah terbiasa dengan keadaan macam itu.Berkemungkinan tapak rumah yang kami duduki berkongsi dengan makhluk lain yang kami tidak nampak..mungkin..,


Ada beberapa peristiwa seram yg berlaku biar saya ceritakan nya satu persatu ...


Pernah terjadi peristiwa baju yg disidai diluar rumah hilang tanpa dapat dikesan..puas dicari sekitar rumah tidak pula dijumpai.Selang beberapa minggu baju yang hilang itu muncul semula ditempat penyidai di ampaian yang sama.Begitu juga dengan wang(duit).Ayah saya dulu suka simpan didalam laci almari.selalu juga duit hilang tetapi ada semula selepas beberapa bulan seperti ada orang yg meminjam..yg menjadi musykil dan aneh, memang kebiasaan ayah ku akan mencucuk jarum peniti di duit itu,bila sudah jumpa semula duit itu, jarum peniti masih ada tercucuk di duit.Duit yang dijumpai masih dalam keadaan asalnya.


Pernah suatu hari semasa ayah saya sedang berehat di kerusi malas waktu tengahari di bawah rumah(masa tu rumah lama kami masih menggunakan rumah atas /papan ) ..tiba-tiba, beliau ternampak kelibat dua orang lelaki misteri yg memakai busana seperti org dahulu kala (memakai tanjak merah) melalui kawasan kebun tepi rumah berjalan menuju ke belakang rumah.Ayah saya terperanjat dan hairan terus melihat ke belakang rumah tetapi kelibat dua org itu sudah tidak kelihatan lagi.Untuk pengetahuan pembaca semua,.dibelakang rumah kami tiada rumah orang..yang ada hanyalah kebun kelapa dan pokok koko hingga beberapa ekar tanah baru lah ada kampung sebelah itupun agak jauh juga kalau nak sampai di rumah kami.Hairan siapakah dua org lelaki misteri itu..?


Dahulu ayah ku ada satu hobi iaitu mendekut burung..selalu juga ayah bawa balik burung yang ditangkapnya.Bolehlah untuk dijadikan lauk walaupun saya sendiri memang tidak makan daging burung.Di suatu malam,. ayah ku mengajak adik lelaki  mendekut burung..waktu itu lebih kurang pukul 10 malam selepas solat Isyak mereka berdua pun pergi mendekut dikebun belakang rumah.Setelah lama mendekut,..burung tidak muncul-muncul.Yang hairan nya jaring sudah dipasang tetapi seekor burung pun tiada yg hinggap mungkin belum rezeki lagi malam itu.Tanpa disedari jam sudah menunjukkan pukul 12 lewat malam.Tiba-tiba mereka terdengar bunyi riuh rendah seperti ada  majlis kenduri kendara tidak jauh dari pendengaran.Mula-mula bunyinya sayup..lama kelamaan bunyi suara riuh tu semakin dekat dan jelas kedengaran di halwa telinga .kawasan sekeliling memang tiada rumah orang.Habis dari mana bunyi dan suara ini datang.Ayah dan adik ku saling berpandangan dan ayah ku memberikan isyarat menyuruh adik ku supaya bersama-sama beredar dari situ dan terus berjalan laju pulang ke rumah yg memang tidak jauh dari situ..


Sebenarnya banyak lagi kisah benar,seram dan peristiwa misteri yang kami lalui.Ia selalunya agak menyeramkan kalau hendak diceritakan kepada pembaca semua.Pernah juga salah seorang anak saudara saya yang berusia di dalam lingkungan 6 tahun ditegur oleh seorang lelaki misteri yang menyerupai ayah di luar tingkap dapur rumah waktu hampir senja.Walhal pada masa yg sama ayah saya sedang berbual-bual dengan kami semua di hadapan rumah.Pernah juga  sewaktu anak saudara bersuafoto.Tiba-tiba sahaja kelihatan di gambar henfon nya ada satu sosok lembaga bertaring dan bermata merah sedang menghendap dicelah-celah cermin nako yg pecah.Pernah juga terjadi peristiwa seram di suatu malam, budak-budak yg belajar mengaji dengan ayah saya lari bertempiaran kerana ternampak kelibat orang mendayung sampan dihalaman rumah.Padahal laman rumah kami tidak ada sungai yang ada hanyalah tanah..


Adik lelaki saya yang selalu balik lewat tengah malam pernah tertidur diberanda rumah kerana tiada orang yg buka pintu kerana semua sudah tidur.Pada malam itu juga dia diganggu oleh suara mengilai yg datang dari celah-celah pohon kelapa dihadapan rumah kami.


Pernah juga terjadi kami terdengar suara ada orang memberi salam.Bila kami membuka pintu tiada sesiapa pun yang berada di luar rumah,tetapi kadang kala pernah juga ternampak lembaga hitam di hadapan luar rumah kami.Setiap malam ketika kami mahu tidur,.kedengaran bunyi seperti pasir ditabur di bumbung rumah.Lama kelamaan kami seperti sudah biasa dengan keadaan seperti itu.


Kami pun tidak pasti makhluk apa yg tinggal bersama kami berkemungkinan kawasan tapak rumah yg kami tinggal itu adalah tempat jin tinggal..kalau istilah orang kita digelar dengan nama bunian,...

Wallahua'lam..


Kisah ini adalah kejadian benar, seram dan misteri dari rakan penulis,..

Akan ada banyak lagi kisah-kisah benar,seram dan misteri yang akan saya olah dan ceritakan pada pembaca kisah benar dan misteri.Cerita-cerita ini saya ambil dari pengalaman sendiri,rakan-rakan,adik beradik serta follower yang memberikan kisah benar dan seram nya kepada saya.,

Akhir kata dari saya,...

"Alam ghaib itu ada,..kita semua tidak bersendirian,...."

Azan AFS menulis,...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketika Sa

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

     Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak. Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya