Skip to main content

Seram!!!keluarga kakak diganggu oleh sosok penampakan dan nenek kebayan!!!!


 Assalamualaikum dan selamat malam kepada para pembaca blog kisah benar misteri seram.Pada malam jumaat kliwon ini saya akan berkongsikan kisah benar seram kakak saya yang saya panggil dengan gelaran kakcik.Kejadian ini berlaku ketika dia berada di rumah keluarga mertuanya,..

Mari kita baca kisah pengalaman benar  seram dan misteri beliau ini,.

Kejadian Ini berlaku pada tahun 1999.Di mana?biarlah ia menjadi satu rahsia.Kejadian seram ini terjadi di sebuah kampung di rumah pusaka mertua kakak penulis.


  Pada hari kejadian,saya sedang menidurkan yana(anak saya) didalam buaian.Kisah seram ini terjadi ketika keluarga mertuaku  membuat kenduri doa selamat.Ramai tetamu ketika itu yang hadir ke majlis tersebut.Sedang saya leka mengayun buaian untuk tidurkan Yana(anak) saya, tiba-tiba sahaja muncul anak buah saya di pintu bilik kerana dia selalunya ingin membantu menidurkan anak saya.Saya yang menyangka Ana mahu menjaga Yana(anak) saya tanpa berfikir panjang terus sahaja saya keluar dari bilik dan terus ke dapur untuk berbual dan membantu keluarga mertua.

  Ketika saya mengemas saya terpandang anak buah saya yang di dalam bilik tadi sedang duduk di sebuah kerusi.Saya pun pergi mendekati dia dan bertanya padanya,"tadi Ana dalam bilik maksu kan?"Tadi beria-ia mahu tolong maksu tengokkan yana( anak ) maksu.."Ana lantas menjawab "tak de lah maksu,.dari tadi Ana duduk disini minum air sirap". 

  Ah sudah,..Saya tidak percaya dan berasa tidak puas hati mendengar jawapan dari Ana, lalu terus masuk ke dalam bilik.Ya Allah!!!Meremang bulu roma,memang Ana tiada di situ.Jadi siapa pula yang menjaga Yana (anak) aku ni??kata saya berkata di dalam hati.

  Terduduk dan tergamam saya seketika kerana mukanya ketika tadi saling tak tumpah serupa dan sebijik seperti Ana,apa yang saya perasan sebentar tadi apabila saya cuba berbual dengannya dia hanya diam menunduk.Apabila saya senyum,dia tidak membalas pun senyuman dari saya ketika di dalam bilik tadi.Jadi yang menjadi persoalannya, mahkluk apa kah tadi yang menjaga Yana(anak) saya???

*******************************************

  Pada malam kejadian,ketika saya tidur.Tiba-tiba saya terjaga lebih kurang dalam pukul dua  pagi.Saya seperti terdengar bunyi ada seseorang mengheret rantai besi.Saya terus sahaja berasa seram sejuk dan meriding bulu tengkuk.Saya lantas menekup bantal di telinga.Mujurlah saya teringat pesan arwah ayah supaya  membaca petikan dari ayat-ayat suci Al-Quran untuk menghindari dari gangguan jin dan syaitan.Saya pun lantas tertidur kepenatan.

  Keesokan hari nya saya memberitahu kejadian seram yang berlaku itu kepada ibu mertua.Dia terdiam sejenak.Lalu dia menceritakan kepada saya bahawa beliau sering terlihat penampakan seperti ada orang melewati rumahnya pada waktu tengah malam.Penampakan itu berupa seperti seorang nenek kebayan yang berambut putih.Rambutnya panjang dan mengerbang.Matanya pula merah menyala seperti sebesar bola ping pong dan  memegang sebatang tongkat kelihatan  berdiri dirimbunan pokok buluh di belakang rumahnya.

Bermacam lagi kejadian seram yang berlaku dirumah mertuaku seperti tiba-tiba paip air bergoncang, bergetar dengan sendiri dan pili air terbuka sendiri.Sesiapa sahaja tetamu atau saudara yang baru berkunjung ke rumah itu akan di ganggu oleh penampakan itu.Pernah terjadi anak saya tiba-tiba sahaja menangis seperti berada di dalam keadaan ketakutan apabila memandang ke atas siling rumah seperti dia melihat sesuatu yang amat menakutkan.Boleh dikatakan anak saya akan menangis setiap malam seperti ada yang menganggu dirinya.

Sekian lah sahaja kisah pengalaman benar dan seram yang pernah terjadi dari kakak penulis yang ku gelar dengan gelaran kakcik,.

Nantikan lagi kisah-kisah pengalaman benar seram dan misteri dari saya.

Akan ada banyak lagi kisah-kisah pengalaman benar misteri seram yang akan diceritakan kepada semua pembaca.


"Alam ghaib itu ada,..kita semua tidak bersendirian".....


Azan AFS menulis

Comments

  1. Replies
    1. Terima kasih kerana berkomentar ya gan,.teruskan membaca ya,.

      Delete
  2. Serammnya cerita ni Cik..saya rasa mcm ada yg memandang saya pula malam ni..Allah hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi komen dan membaca blog saya ya,.

      Delete
  3. Kok gue jadi jantungan? Waduhhh..jadi capek capek bikinan nya

    ReplyDelete
  4. Makan nasik lauk ayam Kari bila baca blogger tuan terus teringat Mee kari

    ReplyDelete
  5. aku suka sgt cerita kisah benar seram yg mcm ni,..nak lagiii

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketika Sa

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

     Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak. Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya