Skip to main content

Diganggu bebola api dan hantu raya semasa memancing udang galah


 Diganggu bebola api dan Hantu Raya semasa memancing udang galah..


Assalamualaikum,selamat sejahtera dan selamat hari raya Aidiladha kepada seluruh pembaca yang beragama islam.

Kisah kali ini pula adalah kisah dari pengalaman adik kepada rakan penulis.Nama rakan saya Salim(bukan nama sebenar) bekerja di Ipd (rahsia) negeri Perak ingin berkongsi kan pengalaman kisah benar dan seram adiknya kepada pembaca blog kisah benar seram dan misteri,...


Kisah ini telah diceritakan sendiri oleh adik lelaki saya dimana beliau telah diganggu oleh bebola api dan Hantu Raya semasa memancing udang galah..

Cerita ini tidak habis begitu sahaja kerana seolah-olah makhluk itu telah mengikutinya hingga sampai ke rumah..


Begini kisah benar dan seram adik saya...


Pada suatu malam semasa sedang memancing udang galah sekitar jam 12 tengah malam ke pukul 1 pagi lebih kurang mcm itu .Aku dengan seorang rakan pergi memancing udang...mula-mula kami memancing berdua.kawasan tu memang tidak jauh dari rumah orang,.dekat dengan jambatan Bagan Tengkorak Tanjung Karang di negeri Selangor.

Berdekatan kitorang memancing tu ada sebatang pokok kayu Ara.Memang agak besar la pokok kayu Ara tu.Tiba-tiba sahaja aku ternampak api kat atas pokok tu.Aku pun bertanya kepada rakan aku api apa tu..?,.kawan aku tidak menjawab dan buat tak tahu sahaja.Aku pun diamkan diri je la..semasa balik aku tanya kawan aku dekat atas pokok tadi api apa..?rupanya dia tak tahu menahu pun pasal api tu dan dia kata tak nampak apa pun.Masa aku tanya dia tadi dia kata tak perasan aku ada bertanya pada dia.Sebab tu kawan aku buat tak endah.


Selang lebih kurang sebulan macam tu la aku pergi lagi ke tempat tu.Tapi kali ni aku datang memancing seorang diri.Pada masa kejadian seram itu jam menunjukkan hampir jam pukul 2 pagi.Aku yang sedari tadi memancing dari pukul 10 malam,.tidak dapat hatta seekor udang pun yang makan umpan aku.Secara tiba-tiba sahaja datang seorang lelaki tua berjalan kaki sambil memegang tongkat, berjanggut panjang dan juga berambut panjang berikat muncul di hadapan ku.sekali pandang dah macam pendita dalam filem melayu dengan memakai baju lusuh datang dekat aku.Aku terkejut la sebab tidak semena-mena muncul orang datang entah dari mana.Aku sempat bersembang dengan dia tetapi yang aneh nya bahasa yang dia gunakan macam bahasa orang zaman dahulu kala.Dia memanggil aku pun dengan panggilan tuan.Macam zaman dahulu kala punya bahasa.Dia cerita pun perkara yang terjadi pada 100 tahun dahulu.Semasa jambatan itu mula-mula di dibuat berapa banyak korban nyawa kat jambatan ni masa zaman Jepun dulu.Aku pun layan je la tapi hati rasa macam tak sedap hati.Dia lantas bertanya pada aku.. "'tuan tak takut hantu ke?" Aku pun jawab la aku ni memancing untuk mencari rezeki dekat dunia aku.Aku tak kacau pun dunia mahkluk lain.Aku ada bertanya pada dia datang dari mana.Dia tunjuk arah hutan belukar dekat hujung sana..akhir sekali dia tanya pada aku .."',Tuan tengah susah ke sekarang ni"??..macam tau-tau je orang tua ni dalam hati aku.Aku cakap susah la jugak.Lalu dia cakap dia nak bagi barang dekat aku.Tetapi aku menolak dengan cara baik.Aku tak tau barang apa yang dia nak beri.Selepas itu dia cakap "tuan pun tidak suka pada saya tidak mengapa lah,. saya mahu pergi dahulu"..katanya.Selepas pada itu dia pun terus pergi dan ghaib..


Selepas dia pergi meninggalkan aku,. kedengaran oleh ku bunyi anjing menyalak bersahut-sahutan  di depan tokong tempat dia lalu tadi.Aku pun apa lagi terus gulung pancing dan terus balik.Sebab perasaan aku dah rasa lain macam sangat.Bulu roma dah semakin meremang waktu itu.Aku pun balik melalui jalan yang dia lalu tu.Nasibku baik kerana aku tak nampak pun kelibat dia.Aku pun tak tau apa yang berlaku sebenarnya.Tapi benda ni memang benar-benar terjadi kepada aku sebab itu aku boleh ingat jalan cerita nya tentang apa yg berlaku kepada pembaca semua.


Begitulah kisah benar seram dan misteri adik saya,.dimana beliau didatangi lelaki tua yang misteri. Sebenarnya orang tua yang di lihat dan bersembang dengan adik aku tu adalah sejenis jin Saka yang mencari tuan baru,.atau lebih dikenali dengan nama panggilan hantu raya oleh masyarakat kaum melayu.Mengikut cerita orang tua dahulu hantu raya ini boleh berubah rupa kadangkala boleh menjelma seperti tuannya..


Berbalik kepada kisah tadi.Selepas seminggu kejadian itu.Isteri adik pula telah diganggu katanya ternampak kelibat di dalam kawasan rumah.Lebih menyeramkan lagi makhluk itu boleh menjelmakan diri dan lebih menghairankan isteri adik saya sahaja yang boleh melihatnya.Puas juga lah adik saya membawa isterinya dan diri nya pergi berubat dengan rawatan Islam.Akhirnya adik saya sendiri ambil keputusan belajar dan menjadi murid ilmu perubatan Islam dengan seorang ustaz.

Alhamdulillah nampaknya gangguan terhadap isterinya beransur pulih ini adalah kerana beliau sendiri mengambil tindakan untuk merawat gangguan tersebut. 


Pernah juga saya membantu merukyah adik ipar saya itu apabila adik saya meminta bantuan semasa mengubati isterinya.Banyak perkara pelik yang berlaku yang tidak masuk akal dan susah jika orang hendak mempercayainya apabila terlibat dengan dunia makhluk halus ini.Demi memenuhi permintaan adik saya supaya tidak diceritakan kepada umum saya menuruti pesanannya itu.Biarlah kami sekeluarga sahaja yang mengetahui perkara itu...


Sekian sahajalah kisah benar,seram dan misteri adik kepada rakan saya,..


Akan ada banyak lagi kisah-kisah benar seram dan misteri dari beliau,.nantikan,....


"Alam ghaib itu ada,..kita semua tidak bersendirian,.."



Azan AFS menulis

Comments

  1. Waduh..bola API nya..di Indonesia punya cerita penanggalan...di Malaysia punya cerita yang sama nggak?

    ReplyDelete
  2. Buatin dong cerita horror yg lebih serem serem gitu..kisah nyata..picture nya yang horor horor ya

    ReplyDelete
  3. Yey!!! Ada cerita baru...asikkk

    ReplyDelete
  4. Seram jugak ni..dah la kat area rumah aku ni dekat dgn hutan..baca pulak kisah seram..lg lah suspen

    ReplyDelete
  5. Dengar nama tempat Bagan Tengkorak pun dah seram..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketika Sa

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

     Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak. Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya