Assalamualaikum dan selamat malam kepada para pembaca kisah benar seram dan misteri,..pada malam ini penulis akan menceritakan kisah benar seram dan misteri yang terjadi kepada sahabat penulis,.
begini kisahnya,..
Kejadian ni berlaku pada tahun 2013 sewaktu aku mengikuti seorang kawan balik bercuti ke kampungnya di Kluang Johor..
Kami bertolak pada waktu malam dari Kuantan Pahang selepas solat Maghrib..Jam menunjukkan pukul 8 malam kami pun bertolak menaiki keretaku dan aku yang memandu pada malam itu .Pada malam kejadian itu kami melalui jalan menuju ke Pekan Pahang,.kemudian melalui Rompin menuju ke Mersing.Sampai sahaja di Mersing terus sahaja kami masuk ke Jalan Jemaluang untuk menuju ke Kluang Johor..
Pada masa kejadian seram itu,.kami berdua tidak tahu pun berkenaan kisah Jalan Jemaluang yang dikatakan berpuaka. Ramai orang bercerita tentang jalan itu,.pengguna jalan raya tidak akan melalui jalan tersebut selepas pukul 8 malam.Semasa kami melalui jalan tersebut,.keadaan amat sunyi dan sepi seperti tiada kenderaan yang melaluinya walaupun jam menunjukkan masih belum lewat malam. Kebetulan jalan itu merupakan jalan lama yang tiada rumah orang dikiri dan kanan jalan.Apa yang ada hanyalah hutan di tepi kiri kanan.Suasananya memang amat menyeramkan dan menakutkan!!!,..
Semasa kejadian itu, aku sedang menghisap rokok.Ketika itu jika tidak silap aku, jam menunjukkan baru pukul 10.00 malam.Tiba-tiba sahaja kawan disebelahku yang duduk dibahagian bangku penumpang hadapan beritahu dia ternampak kelibat berwarna putih.Mahkluk itu betul-betul sedang berdiri terawang-awangan di luar tingkap kenderaan disebelahnya. "Issh.. makhluk apa pula yang munculkan diri dekat tepi hutan sebelah kawan aku ni".,?kata aku dalam hati. Aku terus sahaja buang puntung rokok dan terus menutup cermin tingkap kereta.. Yang mengejutkan kami berdua adalah secara tiba-tiba sahaja lampu di dalam kereta aku terbuka dengan sendiri selepas sahaja aku menutup cermin tingkap.Aku cuba tutup suiz lampu secara manual menggunakan jari,tetapi lampu di dalam kenderaan secara tiba-tiba menyala semula,."hissh.. dia main lampu pulak dah.."kata aku kepada kawan aku.Habis meremang bulu roma aku pada waktu itu.Dalam suasana yang menyeramkan itu, mulut aku terus sahaja terkumat kamit membacakan surah-surah dari ayat suci Al-Quran yang aku ingat untuk menghindari dari gangguan mahkluk halus.Habis lencun baju aku kerana berpeluh walaupun kereta aku sudah dibuka alat pendingin hawa,maklumlah aku waktu tu dalam keadaan terkejut dan takut.Tidak lama selepas itu lebih kurang dalam 15 minit kemudian,.lampu di dalam kenderaan aku pun terpadam dengan sendiri nya.
*******************************************
Sudah ramai orang berkongsi dan bercerita tentang kisah seram yang mereka alami ketika melalui jalan raya Jemaluang itu.Tetapi aku sahaja yang tidak tahu kisah seram tersebut,.Adakah disebabkan kerana nama jalan raya ini menyebabkan jalanraya itu berhantu,.??.sebab kalau diikut kan diaelek masyarakat tempatan maksud nama Jemaluang itu bermaksud Jembalang!!!!Aku pun tidak pasti akan asal usul sejarah jalan itu ketika ia di bina. Aku hanya melalui sahaja jalan raya itu. Padahal kalau diikutkan banyak jalan alternatif yang lain lagi,.Jalan Jemaluang ini di kiri kanan hanya ada hutan dan Jalan raya ini kecil sahaja hanya boleh memuatkan 1 kenderaan sahaja untuk melaluinya.Jikalau ada kereta di hadapan bertentangan,kita perlu berhenti di tepi jalan bagi memudahkan pengguna jalan raya untuk melaluinya. Jalan raya ini kalau nak tembus balik ke jalan utama dalam 7 ke 8km kalau tak silap aku.Tapi langsung tiada kenderaan yang melaluinya ketika itu.Perjalanan kami berdua rasakan terlalu jauh,..Padahal aku sudah tekan minyak dan bawa kereta dengan laju..,
Hendak diceritakan kepada pembaca semua,.kawan aku ni jenis hijab terbuka kiranya ada pancaindera keenam.Sudah beberapa kali terjadi benda pelik bila naik kenderaan bersama beliau.Pernah sekali ketika itu,kami berhenti di trafic light.Ketika itu lampu traffic light berwarna merah,.tapi kawan aku ni suruh teruskan perjalanan kerana dia ternampak ada sesuatu benda hendak menumpang kereta aku pada masa itu.Padahal aku tidak nampak apa-apa kejadian yang pelik pun. Mujurlah jalanraya lengang ketika itu.,jadi akupun apa lagi terus sahaja menekan pedal minyak berlalu dari situ dan melanggar lampu isyarat berwarna merah.
Pernah juga kawan aku ini sakit hingga memuntahkan darah.Aku pun segera membawa dia pergi berubat di rumah seorang pengamal perubatan.Semasa hendak pergi berubat,.apabila sahaja sampai di hadapan rumah pengamal perubatan itu,.kami pun keluar dari kenderaan dan hendak menuju ke rumah perawat tersebut,.Kami perasan macam ada sesuatu memerhatikan kami dari belakang,.bila kami berdua toleh kebelakang dan lihat di kereta,..tiba-tiba kami berdua nampak ada sesosok tubuh berbadan besar dan berbulu tebal.Wajah nya tidak kelihatan kerana ditutupi dengan bulu sedang duduk mencangkung di atas kereta aku.Lalu mahkluk itu terus hilang dari pandangan kami.Munculnya hanya sekejap sahaja.Apabila di ingatkan kembali peristiwa tersebut membuatkan aku gementar dan kaget.Mujur tiada perkara buruk terjadi kepada kami berdua ketika itu..Sahabat aku pun sudah kembali sihat setelah berubat dengan pengamal perubatan tersebut,..
Akan ada banyak lagi kisah benar seram dan misteri yang akan penulis ceritakan,.kisah ini berdasarkan kisah benar seram dan misteri dari rakan penulis,.
Akhir kata dari penulis,..
"Alam ghaib itu ada,..kita semua tidak bersendirian",......
Azan AFS menulis,....
Seremmmm
ReplyDeleteSerammm gilerrr..
ReplyDeleteSkang ni kurang dah. Jemaluang ada speedmart lagi. Yang seram tu jemaluang-sungai ambat-simpang tenggaroh-mawai. Dekat sini baru betul2 xde orang sgt.
ReplyDeleteSerammm
ReplyDeleteIni pengalaman seram adik sy sendiri sewaktu dia bertugas di Kuantan dulu..
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi kisah benar seram dan misteri ni ya incas,..👍👍👍
DeleteYa ampun masss...serem kok
ReplyDeletesereem banget..meriding gue
ReplyDeletePerghhh...seram weiii...
ReplyDeleteBest cerita ni ..kalau ada sape2 yg nk kongsi kisah seram baik kongsikan pada saudara blogger ni...memang terbaik gaya penulisan beliau...best sy bagi 10K bintang2..gua caya sama lu...
ReplyDeletemmg semua cerita azan afs ni cerita benar ya,..seramm betul.cerita mcm ni yg aku cari selama ni
ReplyDelete