Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog kisah benar misteri seram,.pada lewat tengah malam ini saya akan menceritakan kisah benar seram dan misteri yang terjadi kepada keluarga sahabat saya.Biarlah saya namakan rakan saya itu Joe.(bukan nama sebenar) kerana dia tidak mahu namanya disiarkan. Kejadian seram ini berlaku di sebuah kampung di Pendang Kedah.Begini kisah seram beliau..,
Kisah seram ini berlaku di dalam tahun 2013.Joe(bukan nama sebenar)ketika itu bekerja sebagai seorang anggota polis di negeri kelantan.
Kisah seram ini terjadi ketika ayah Joe pergi melawat kematian di kawasan kampungnya.Setelah ayah Joe selesai melawat jenazah.Secara tiba-tiba anak kepada si jenazah memberikan baju si mati kepada ayah Joe.Sebagai kenang-kenangan kata anak si mati kepada ayah Joe.Lalu ayah Joe pun ambil baju si mati lalu membawanya pulang ke rumah.
Kata Joe lagi kepada penulis,.sebelum ayahnya balik kerumah dia ada berjumpa dan berbual dengan kenalan dan rakan-rakannya.Antara topik perbualan yang menarik perhatian dan seram ayahnya adalah cerita kisah seorang bidan tua yang telah meninggal dunia di kampung mereka.Bidan tua itu dikenali dengan nama bidan Nah(bukan nama sebenar) amat dikenali di seluruh penduduk kampung itu.Apa kan tidak dia amat berkebolehan menyambut bayi dan begitu mudah di panggil kedatangannya apabila ada penduduk yang mahu kan khidmatnya.Pernah terjadi ketika isteri Hamid(bukan nama sebenar) hendak melahirkan bayi,.belum pun sempat Hamid mahu menelefon ambulan secara tiba-tiba terpacul di hadapan rumahnya bidan Nah.Hamid yang cemas akan situasi isteriya mahu bersalin terus sahaja memberi bidan Nah masuk kerumahnya.Mujurlah isteri Hamid selamat melahirkan bayi kerana adanya pertolongan dari bidan Nah.
Bidan Nah meninggal kerana sakit tua.Apa yang menakutkan setelah bidan Nah meninggal dunia,tiga minggu kemudiannya terdengar cerita yang kurang enak oleh penduduk kampung.Ada yang mengatakan bidan Nah memelihara hantu raya kerana mereka pernah nampak penampakan seperti bidan Nah berada diluar halaman rumah mereka sedang menyapu sampah pada lewat tengah malam.Apabila ada penduduk yang menegurnya secara tiba-tiba sahaja bidan Nah memberikan senyuman yang amat menakutkan dan hilang dari pandangan mereka.
Kisah seram itu tidak terhenti begitu sahaja kerana ada penduduk yang mendakwa mereka telah diganggu oleh ketukan misteri dan melihat lembaga berpakaian serba putih berterbangan pada lewat tengah malam.Penduduk yang diganggu dengan bunyi ketukan pintu pula memberitahu apabila di buka sahaja pintu rumah tiada siapa pun yang berada di luar rumah.Kata seorang pengamal perubatan di kampung itu,"saka bidan Nah mahu mencari tuan baru".Tergamam penulis mendengar cerita dari Joe.Perbualan kami terhenti seketika kerana ada panggilan telefon dari pejabat.Setelah selesai urusan kerja kami di pejabat penulis menyuruh Joe menyambung kembali ceritanya.Sambung cerita Joe lagi,...
Ketika Joe balik dari kampungnya kerana mengambil cuti rehat.Joe perasan ibunya tidak sihat.Diamati wajah ibunya.Kata Joe kepada penulis,.wajah ibunya seperti hantu.Apakan tidak rupa paras ibunya cengkung dan gelap serta badannya kurus.Mata ibunya besar terbeliak seperti mahu keluar."Takut aku tengok wajah ibu aku dah macam muka hantu"!!kata Joe kepada penulis.Joe ada juga bersembang dengan ibunya,.kata Joe ibunya tidak sihat,selalu sakit-sakit badan serta lemah-lemah badan.Ibunya mula bercerita pada Joe pada waktu remang senja dia antara bermimpi atau tidak terlihat sosok bayi berumur dalam lingkungan dua ke tiga tahun datang merangkak di katilnya pada waktu senja.Bayi itu berkepala botak,berwarna gelap dan tidak mempunyai paras wajah.Bayi itu kemudian terus sahaja merangkak dan menyusu puting susu ibu Joe.Kata ibu Joe dia ada memegang kepala bayi itu.Bila disentuh rasanya seperti jelli dan sangat lembut.Setelah bayi itu habis menyusu secara tiba-tiba sahaja bayi itu hilang dari pandangan.Lantas membuatkan ibu Joe tersedar dari lamunannya.Kata ibu Joe sejak dari itu dia mulai rasa tidak sedap badan dan selalu sahaja sakit-sakit.Dua hari kemudian,setelah mak Joe mula merasai sakit-sakit badan,beliau pun mula memanggil tukang urut perempuan di kampung nya itu.Semasa tengah mengurut,perempuan(tukang urut)itu ada bertanya kepada mak Joe katanya adakah ada keturunan dia yang menjadi bidan.Jawab ibu Joe tiada.Kata tukang urut itu ada sesuatu berada di dalam badan ibu Joe dan terus sahaja tukang urut itu mahukan nya(saka) yang berada dalam ibu Joe.Ibu Joe terkejut dan terdiam mendengar permintaan tukang urut itu.Tiada jawaban yang keluar dari ibu Joe kepada tukang urut tersebut sehingga lah habis selesai sesi urutan.Untuk pengetahuan pembaca semua ibu Joe ini berusia 58 tahun.
Apa yang peliknya Joe tidak membantu pun untuk membawa ibunya pergi berubat."Setelah habis sahaja bercuti, aku pun kembalilah semula bekerja",.aku ingatkan ibu aku sakit biasa je,.katanya berseloroh kepada penulis.Geram pula penulis mendengarnya.
Sambung Joe lagi,.setelah berbulan-bulan ibunya sakit.Akibat tidak tahan dengan kesakitan yang ditanggungnya ibu Joe pun pergilah berubat di Kuala Nerang Kedah. Ibu Joe seorang yang selalu membaca Al- Quran.Dengan hikmah Al-Quran beliau ada kekuatan dan kesedaran yang beliau berkemungkinan sakit kerana gangguan makhluk halus.Beliau gagahkan diri untuk berjumpa dengan kawan baik dan mengajak temannya itu pergi berubat dengan menyewa sebuah teksi penduduk setempat di kampungnya.Ibu Joe pergi berjumpa dengan salah seorang pengamal perubatan islam yang cukup terkenal di situ.Setelah diubati oleh pengamal perubatan islam tersebut ibu Joe beransur-ansur kembali sihat seperti biasa.
Hendak dijadikan cerita pada waktu lewat malam selepas sahaja ibu Joe pulang dari berubat dengan pengamal perubatan islam itu.Ibu Joe tertidur lalu dia bermimpi.Di dalam mimpinya terdapat tiga orang budak kecil tetapi tanpa wajah.mereka bertiga jatuh satu demi satu kemudian tiba-tiba sahaja terbakar.
Sambung perbualan joe lagi kepada penulis ibunya ada menceritakan kepadanya seminggu selepas kejadian pada waktu senja.Pintu rumah ibu Joe di ketuk orang."Dammm!!dammm!!!dammm!!! bunyi pintu diketuk.Lantas ada suara garau seperti nenek tua bersuara "bagi aku masuk!!!bagi aku masukk!!!.Ibu Joe membuka cermin tingkap hadapan untuk melihat siapakah gerangannya suara itu.
Apa yang dilihat oleh ibu Joe adalah seorang perempuan tua berpakaian kain batik dan berbaju kurung kedah sedang berdiri dihadapan pintu rumahnya.Ibu Joe lantas berkata kepada perempuan tua itu supaya pergi dari rumahnya.Apa yang menyeramkan perempuan tua itu secara tiba-tiba sahaja menghilang dari pandangan mata beliau.Sebelum menghilang sempat juga perempuan tua itu memberikan senyuman yang menyeramkan kepada ibu Joe.
*******************************************
Setelah sihat dari gangguan itu,.ibu Joe pula membawa rakannya yang tidak sihat untuk pergi berubat di rumah pengamal perubatan islam yang merawatnya dahulu.Apa yang menakutkan ibu beliau ketika sampai dirumah perawat itu.Dia dapati perawat yang mengubati beliau itu telah lumpuh.Kata pengamal perubatan itu dia lumpuh setelah memberikan rawatan kepada ibu Joe.Ini membuatkan ibu Joe terkejut dan tergamam seketika lalu meminta maaf kepada pengamal perubatan tersebut.
Setelah berhari-hari dan berbulan-bulan lamanya Joe pun balik semula di kampung nya di Pendang Kedah kerana mahu melawat ayah dan ibunya.
Setelah sampai di rumah ibubapanya ayah Joe ada memberitahu pasal baju yang diberikan oleh keluarga si mati kepada beliau.Kata ayah Joe,.baju itu adalah baju kegemaran arwah si mati dimasa hayatnya.,Ayah Joe memberitahu lagi kepada beliau dia rasa tidak sedap badan dan selalu sahaja merasa ketakutan tidak menentu.Joe pun meminta ayahnya supaya menunjukkan baju tersebut kepadanya."Ya Allah!!berderau darah aku dan secara tiba-tiba bulu di tengkuk meriding!!"kata Joe kepada penulis.Sambungnya lagi,.Joe pun meminta ayahnya pulangkan sahaja baju tersebut kepada keluarga si mati yang memberikan baju itu kepadanya.Ayah Joe akur dengan permintaan anaknya itu.
Setelah sahaja baju itu dipulangkan kepada keluarga si mati barulah ayah serta ibu Joe merasa tenang dan aman berada di rumah mereka semula.
Menjadi persoalan kepada Joe mungkinkah baju itu ada hubungkait dengan sakit ibubapanya atau adakah saka bidan Nah yang mengganggu mereka..,???
Sekian kisah benar seram saya pada lewat malam ini,.supaya anda semua terhibur dengan kisah benar dan seram dari rakan saya,.
Nantikan lagi kisah-kisah benar seram misteri yang akan datang.,akhir kata dari saya,...
"Alam ghaib itu ada,..kita semua tidak bersendirian,...."
Azan AFS menulis
Waduh waduh..kok gue rasa merinding bila baca blogger bapak Azan AFS ini..seremm banget sih
ReplyDeleteKok iya lah,, itu pasti jelmaan kuntilanak merah ,di kampungku punya cerita seperti ini loo..tapi ini lagi seremmm ya ampunnn
ReplyDeleteAlam ghaib itu ada..pokoknya kita harus sentiasa ingat pada Nya..ayat bapak Azan AFS ini bisa jadi lebih seremm kalo di beri lagu yg serem2 gitu..
ReplyDeleteHi,I'm from Singapore..I'm like your true story about ghost..it's creepy!!! I'm so Shock
ReplyDeleteBrazilian here..but I am student in Malaysian.
ReplyDeletePerfect horror
ReplyDeleteHorror...keren ..merinding ..itu aja komen ane dari jawa Indonesia
ReplyDeleteStay safe at home..baca blogger Azan AFS di rumah aja gan..bierr nggak sepi loo
ReplyDeleteLepas tngok siri kamen rider saber terus baca blog kisah seram saudara ..mantap boskuu
ReplyDeleteYeahhh ada jugak peminat Kamen rider!!kita geng..yoshhh
ReplyDeleteMantepppp!!!gue juga suka siri kamen rider sama kisah seremmm
ReplyDeleteSalam serumpun dari Jogja karta Indonesia
Gue juga suka cerita kamen rider,.kira semua siriesnya saya suka tengok gan.,yooshh
DeleteSalam Salam...aku dari pahang Malaysia
ReplyDeleteAku pulak dari rumah, best Le baca blog tuan sambil makan durian.. terbaeekk
ReplyDeleteBila ingat durian..ingat la blogger tuan yg seram ni..langsung terus aku pi mkn nasik lemak ayam
ReplyDeleteWowww!! Durian Dan blogger tuan tidak buleh di pisahkan
ReplyDeleteNak baca surat khabar ke atau nk baca blogger kisah seram Dan misteri? Baik aku baca kisah seram dulu baru rasa scary
ReplyDeleteSelamat hari raya aidiladha kepada semua yg mengenali diri ku ini dengan ingatan selamat menyambut hari raya aidiladha
ReplyDeleteLemang Dan ketupat semua sudah terhidang..utk di jamu pada tetamu yg dtg..tp bila tunggu2 xde sape yg dtg..
ReplyDeleteMarilah adek ku Mari lah bersama ku..ku tukarkan baju yg baru..panggillah kawan mu yg telah lama menunggu..siap2 cepat adek ku..bila sudah mkn pegi lah tukar baju mu yg biasa sbb x buleh keluar beraya..ambil henset saja..utk buat video call..itulah namanya hari raya..😭
ReplyDelete🤣🤣🤣🤣🤣🤣
ReplyDeleteHahahahaha..cam kambing la komen korang ni!!! Hahahahaha
ReplyDeleteUdah2 semua..komen yg membina aja kokk
ReplyDeleteIya udah..gue rasa merinding bila baca blogger bapak Azan AFS ini.jadi terketer keter gitu..
ReplyDeleteLo... kenapa terketer keter?? Gue pula ternyata bukan terketer tapi terhibur
ReplyDeleteBila sudah baca seluruh tubuh terus rasa lapar..bila lapar pekena megi Kari...terasa Haus? Minum air kopi o kaww
ReplyDeleteBlogger tuan memang superb!!! Best!!!
ReplyDeleteYa ampun ya ampun..udah serem malah rasa seruuuu
ReplyDeleteDendang perantau..bila nk makan rendang dengarlah lagu rendang perantau😭
ReplyDeleteAl kisah..tersebutlah kisah...di blogger tuan..amat lah seram
ReplyDeleteMerinding gue...horror ya ampun
ReplyDeleteAlhamdulillah,.terima kasih kepada semua pembaca kisah benar seram misteri,.saya akan memberikan lagi cerita2 kisah benar dan seram buat anda semua.Teruskan lagi menyokong saya ya,..terima kasih🤗🤗🤗🤗selamat menyambut hari Raya Aidiladha kepada seluruh negara yang beragama Islam,..
ReplyDeleteklu cerita real memang bila baca seram.. jgn fokus sngt masa baca.. takut ada benda kat belakang.. tgk kiri kanan belakang
ReplyDeleteBisa aja boleh jadi di mana2 semua ada hanntu..
ReplyDeleteHantu itu namanya ghost
ReplyDeletebest la cerita ni,..aku siap bayangkan lagi dah mcm cerita seram,.mmg cerita benar ni buat bulu tengkuk aku meriding,..teruskan bercerita azan afs dah masuk tahun 2022 ni,..please,..nk lagi cerita seram benar
ReplyDeleteAku seolah sedang masuk dlm cerita ni,.mmg seram.Lagipun kisah benar.aku baca tengah2 malam.ahh sudah,..tak dpt aku no tido😭
ReplyDelete