Skip to main content

Seram!!hantu bajang pula yang datang mengganggu di malam hari perkahwinan kakakku,.

sekadar gambar hiasan


 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar misteri seram.Pada malam ini saya ingin berkongsi pengalaman kisah seram yang terjadi di majlis perkahwinan kakakku yang ku panggil dengan gelaran kakngah.

Kisah benar seram ini terjadi pada tahun 90an,ketika itu penulis masih dibangku sekolah rendah lagi.,

Sudah adat manusia di atas muka bumi ini akan berkahwin dengan pasangan masing-masing.Tetapi ada juga yang tidak bertemu jodoh.Kita semua sebagai manusia hendaklah berusaha untuk mencari jodoh yang sesuai,.bak kata pepatah orang tua-tua dahulu bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor.Cuma kena rajin berikhtiar dan carilah teman hidup kita semua.Till jannah kata orang muda belia pula.Tanpa berceloteh panjang lebar saya akan menceritakan kejadian yang benar dan seram yang terjadi ketika kakak ku yang kugelar dengan panggilan kakngah berkahwin dengan pasangannya.,Begini kisahnya,..

Meriah sungguh majlis pada hari itu,.iyalah hari perkahwinan kakak ku,.ramai tetamu-tetamu yang datang.Tak menang tangan ayahku dan ibuku( kedua ibubapa penulis sudah lama meninggal dunia )bersalaman kepada semua tetamu yang hadir pada hari yang bersejarah itu.

Ramai tetamu dari saudara mara,jiran-jiran tetangga dan rakan-rakan yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan kakakku.

Dizaman 90an majlis perkahwinan memang amat menyeronokkan,.kami dapat melihat suasana orang bersilat,berzanji dan menyanyi karaoke.,oh ya semasa kakngah ku kahwin kami tidak menggunakan khidmat catering.Kami semua penduduk kampung yang terdekat bergotong-royong memasak serta menjamu tetamu yang hadir ke majlis.Cuma khemah sahaja guna khidmat  catering. 

Ketika kejadian seram ini, saya masih bersekolah rendah.Rasanya dalam darjah tiga kalau tidak silap penulis.

Dipendekkan cerita,..setelah hari beransur petang sekitar jam enam,.ramai tetamu yang pulang ke rumah masing-masing.Ada juga tetamu yang tidur di rumah kami dan ada pula yang membasuh pinggan mangkuk.Yang kelakarnya dulang-dulang besar beserta kuali dikhaskan untuk pengantin membasuh.Kata orang tua-tua dahulu untuk mengeratkan lagi hubungan kakngah dan abang iparku sebagai suami isteri.

Masih ku ingat,setelah selesai majlis perkahwinan kakak ku diwaktu senja inilah ketika mereka berdua masuk kebilik pengantin untuk membersihkan diri mereka,dengan tidak semena-mena sahaja tiba-tiba kami semua terdengar teriakan dari dalam bilik pengantin.Lantas ayah dan ibu serta keluarga kami pergi ke bilik pengantin untuk melihatkan hal apa yang terjadi.Setelah ayah mengetuk pintu bilik pengantin dari luar,abangah pun membuka pintu bilik lalu abangah memberitahu kepada kami semua bahawa isterinya menjerit kerana  ternampak sepasang labah-labah jenis besar berwarna kuning berada tepat di atas katil.Pelik dengan situasi itu,ayah pun masuk untuk mencari labah-labah itu lalu melihatnya.Ketika ini kelihatan kakakku kakngah, wajahnya pucat tidak berkata-kata mungkin akibat terkejut melihat labah-labah besar itu.

Apa yang kulihat memang benar ada labah-labah besar berwarna kuning hitam.Besarnya seperti sepenumpuk orang dewasa dan ia berpasangan.Setelah ditepis hingga jatuh ke lantai oleh ayah.Labah-labah itu segera dibunuh olehnya dengan menggunakan kayu buluh kuning.

Kata ayah saya labah-labah itu ada orang yang hantar.Mungkin ada orang yang khianat dan iri hati melihat kebahagiaan kakakku yang berkahwin dan bersanding.

Pada malam itu pula,.setelah kami semua berehat.Terjadilah lagi kisah yang menyeramkan.Memang menjadi perkara biasa saudaraku Anuar(bukan nama sebenar) untuk tidur diluar pangkin rumah kami.kami memang ada mengajak dia tidur didalam rumah tetapi Anuar menolak permintaan kami dan  berkata "tak naklah,.den laie suko dok lua ni ha.,sojuk jo,leh isap rokok surya ni,.best"katanya dalam dialek negeri sembilan.

Ketika kami semua enak dibuai mimpi,.tiba-tiba sahaja kedengaran olehku bunyi seperti bayi menangis sayup-sayup dari kejauhan.,dan secara tiba-tiba bunyi rengekan bayi itu semakin kuat.Rengekannya berbunyi seperti begini,."Uweekkkk,...uweekkkkk,.uweekkkk,..uweeekkk",..bersambung-sambung tangisan dan rengekannya.Setahuku tidak ada bayi didalam rumahku.Tetamuku ketika itu tidak membawa anak-anak kecil mereka.

Tiba-tiba sahaja pintu rumahku diketuk dari luar.Dammmm.,!!dammmm,..!!!dammmm,..!!!lalu ayah penulis membuka pintu.Ternyata yang mengetuk pintu rumahku adalah saudaraku Anuar yang tidur diluar pangkin rumah.Dengan perasaan cemas Anuar memberitahu kepada ayah ku dia mendengar suara bayi dan melihat sosok  bayi bertubuh kecil dan berwarna hitam legam berdiri di pagar luar rumah kami.Untuk pengetahuan pembaca semua rumahku dengan pagar dalam 15 ke 25 meter jauhnya.Ini disebabkan kami duduk di perumahan perkampung melayu.

Sambung kisah benar semula.saudaraku Anuar itu tadi menggelatar badannya dan ada reaksi ketakutan dimukanya.Ayah menyuruh ku untuk mengambilkan air lalu ayahku membaca surah-surah dari ayat suci Al-Quran dan dihembuskan ke air kosong lalu diberikan kepada Anuar untuk diminum.Setelah minum air yang diberikan oleh ayahku, Anuar kembali bertenaga semula kerana telah dipulihkan semangatnya. Ayahku serta beberapa orang lagi(penulis tidak berapa ingat jumlah) pun pergi ke kawasan lapang berhadapan dengan mahkluk yang berupa bayi tetapi berwarna hitam itu.Lantas ayahku membaca kan surah-surah ayat suci Al-Quran lalu dihembuskan kepada makhluk berupa bayi tersebut lantas ayah penulis menggunakan tangannya seperti memancung mahluk itu dari jauh.Lalu apa yang terjadi mahluk seperti bayi yang menangis itu terus diam dan hilang dalam pandangan kami.

Setelah itu kami semua mengajak Anuar untuk masuk kerumah untuk berehat dan tidur didalam rumah.

Pada keesokan harinya setelah selesai sarapan pagi,kami pun menceritakan kepada ayah apakah benda/mahkluk itu. Ayah saya menjawab dan mengatakan yang benda itu adalah mahkluk jin iaitu sejenis hantu bajang.Ayahku juga mengatakan yang hantu bajang tersebut tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana rumah kami telah di pagar dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh beliau.Lalu katanya lagi ada orang yang iri hati atau busuk hati dengan perkahwinan kakngah dan pasangannya.

( Sila sedekahkan surah Al-Fatihah kepada allahyarham ayah dan allahyarhamah ibu penulis ) terima kasih,..

Itu sahajalah pengalaman benar dan seram yang saya ingin kongsikan pada malam ini kepada semua pembaca kisah benar misteri seram,.semoga semuanya terhibur..,

Akan ada banyak lagi kisah-kisah benar dan seram dari penulis,..nantikan...,


Info mengenai hantu Bajang:-

Hantu bajang adalah hantu jelmaaan dari bayi yang baru lahir.Di kisahkan ada pengamal ilmu hitam yang mengorek jasad bayi di kuburan lalu mengambil fetus atau janin bayi tidak cukup bulan atau meninggal sesudah dilahirkan.Lalu pengamal ilmu hitam itu memuja dan membaca mantera kepada jasad si bayi.Setelah diseru syaitan akan masuk di dalam jasad bayi itu dan mendengar perintah dari pengamal ilmu hitam tersebut.Hantu bayi itu digelar hantu bajang bagi masyarakat Malaysia.

"Alam ghaib itu ada,..kita semua tidak bersendirian",...


Azan AFS menulis,....







Comments

  1. Menggamit kenangan jaman dahulu kala...

    ReplyDelete
  2. Kerennn banget!! Soalnya hantu itu namanya banjang?apa itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantu bajang adalah hantu jelmaaan dari bayi yang baru lahir.Di kisahkan ada pengamal ilmu hitam yang mengorek jasad bayi di kuburan lalu mengambil fetus atau janin bayi tidak cukup bulan atau meninggal sesudah dilahirkan.Lalu pengamal ilmu hitam itu memuja dan membaca mantera kepada jasad si bayi.Setelah diseru syaitan akan masuk di dalam jasad bayi itu dan mendengar perintah dari pengamal ilmu hitam tersebut.Hantu bayi itu digelar hantu bajang bagi masyarakat Malaysia.,

      Delete
  3. Macam mana nak hindarkan diri ganguan mahluk tersebut

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketika Sa

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

     Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak. Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya