Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Kisah menakutkan tentang Ilmu kepala taik

Sekadar gambar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri. Ada suatu kisah benar dan seram yang akan dikongsikan ceritanya oleh encik Mat bukan nama sebenar kepada saya. Disini saya bukan menceritakan perihal tentang ilmu minyak dagu,tetapi tentang ilmu kepala taik.Kedengaran seperti melucukan bukan,.? tetapi hakikatnya ilmu ini sangat merbahaya kepada wanita.  Kata encik mat kepada saya ilmu ini diketahui olehnya melalui kawannya yang menggunakan ilmu kepala taik itu.Untuk mendapatkan ilmu tersebut si pengamal mestilah tidak akan mandi seumur hidupnya dan yang paling menjijikkan adalah apabila si pengamal ingin pergi buang air besar,si pengamal mestilah mengambil hujung kepala tahi najisnya sendiri dan disapukan ke pada kedua tapak tangan lalu dengan membaca beberapa mantera si pengamal akan menyapukan tangan yang dilumurkan tahinya kearah rambut serta dimukanya. Yang menghairankan encik mat adalah si pengamal tidak berba

Kisah seram di rumah sewa di suatu taman daerah Pengkalan Hulu Perak

Sekadar gambar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,. Ada suatu kisah seram yang rakanku ingin kongsi kan bersama para pembaca semua,.. Biarlah saya namakan rakan saya Hafizil bukan nama sebenar. Kejadian ini berlaku di suatu taman yang dirahsiakan namanya  di Pengkalan Hulu Perak,. Kisah ini berlaku pada tahun 2018.Hafizil bersama isterinya baru sahaja berpindah di sebuah rumah sewa  kerana telah bertukar tempat kerja. Kejadian ini berlaku ketika isterinya balik ke kampung dan Hafizil tinggal bersendirian di rumahnya. "Pada suatu malam ketika saya balik kerumah saya ada merasakan sesuatu makhluk yang memerhatikan saya di dalam rumah sewa yang saya duduki sekarang ini"kata Hafizil kepada saya membuat kan bulu tengkuk saya meremang seketika. Tambahnya lagi,."dirumah sewa yang aku duduki sekarang aku selalu merasakan segala tingkah laku aku di perhatikan dan yang paling menakutkan ketika waktu malam ada

Kejadian menyeramkan yang tidak dapat dilupakan berdekatan dengan Highland tower,..

Sekadar gambar hiasan. Assalamualaikum dan selamat malam kepada para pembaca kisah benar,seram dan misteri,. Disini saya ada suatu kisah seram yang dialami oleh rakan saya Syafik bukan nama sebenar. Tajuk: Kejadian menakutkan yang tidak dapat  dilupakan berdekatan dengan Highland tower., Kisah benar dan seram  Syafik bermula begini..... Kisah ini berlaku ketika aku di tingkatan 2 yakni pada tahun 1999.Aku tinggal bersama keluargaku di perumahan polis 15 tingkat di ibukota Kuala Lumpur berdekatan di kawasan Ampang,Ulu Kelang,AU3.Dari rumahku tingkat 5 kelihatan panorama bukit-bukau yang menjadi tempat orang beriadah.Suasana terasa indah dan nyaman bila pagi.Seperti tiada apa-apa yang berlaku tapi jangan disangka tiada misteri.Pengalaman ngeri yang aku alami ini akan ku ceritakan.Dari rumahku juga boleh dilihat jauh kawasan bukit Antarabangsa,tempat tragedi runtuhan kondominium Highland Tower yang tragik. Kisahnya begini,aku bersama dua adik lelaki aku tidur dalam satu bilik

Menakutkan!!! Sulur Bidar muncul ketika memancing di Tasik Kenyir di negeri Terengganu

Sekadar gambar hiasan. Assalamualaikum selamat malam para pembaca kisah benar misteri dan seram,. Pernahkah anda dengar tentang kisah sulur bidar??tentu pernah dengarkan. Disini saya ada suatu kisah sulur bidar yang dikongsikan pengalaman nya oleh rakan saya,biarlah saya namakan rakan saya sebagai Haikal bukan nama sebenar. Tarikh samaran dan nama samaran terpaksa saya guna demi menjaga nama baik rakan saya yang menyuruh saya merahsiakan namanya dan tahun terjadinya peristiwa menakutkan sepanjang hidupnya itu. Tajuk:  Menakutkan!!!!Sulur bidar muncul ketika memancing di tasik kenyir!!! Kejadian ini berlaku pada tahun 1990an.Haikal ketika itu berumur 12 tahun dan amat suka ikut abangnya pergi memancing di tasik Kenyir. Ketika itu mereka hanyalah menggunakan rakit yang diperbuat dari buluh sahaja. "Cerita berkenaan Sulur Bidar bagi mereka adalah satu kisah dongeng yang sengaja diada-adakan bagi menakutkan kaki pancing ketika itu"kata Haikal kepada penulis. Tetapi ki

Tragis!!!kawasan misteri yang memakan korban manusia!!!

Sekadar gambar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri.,disini saya akan menceritakan lagi kisah benar seram yang dialami oleh rakan saya,.biarlah saya namakan dia sebagai Ali sahaja.Kejadian ini berlaku pada tahun 1970an. Tajuk:Kejadian misteri di suatu tempat yang memakan korban daging manusia Pada setiap hujung minggu Ali amat suka pergi ke sungai bersama kawan-kawannya.Sambil mandi dia suka memancing.Kejadian seram ini berlaku ketika dia berusia 11 tahun. Alkisahnya,di kampung Ali ini ada suatu tempat yang misteri dan amat merbahaya dan penduduk kampung tidak akan membenarkan kepada sesiapa sahaja untuk pergi ke tempat berpuaka tersebut kerana disitu dikatakan adalah tempat tinggalnya makhluk-makhluk halus. Tempat itu dikatakan berada jauh di pedalaman disebalik gunung yang berada di sebuah kampung.Dikhabarkan dikawasan itu mempunyai mata air panas dan terdapat kolam-kolam.Yang paling menyeramkan dikhabarkan bahawa

Misteri lagu keroncong

Sekadar gambar hiasan. Misteri Lagu Keroncong Kisah ini berlaku ketika menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi di Port Dickson.Ketika itu selepas aku mendaftarkan diri,aku mendapat bilik kunci asrama.1 bilik dua orang.Di pintu tertera nombor 315.Kemudian aku pun masuk dan setelah duduk sebentar berbincang dengan keluargaku,selepas itu mereka pulang.Ketika itu aku bersama seorang lagi rakan sebilikku bernama Hadi.Hadi berasal dari Johor manakala aku berasal dari Negeri Sembilan. Minggu pertama itu selepas balik dari sesi orientasi.Pada malam itu,Hadi memang suka mendengar radio.Radio itu sering menyiarkan lagu-lagu keroncong.Aku pun tanya pada Hadi,"Hadi,kenapa kau suka pasang lagu keroncong?Macam orang era 60an la kau ini,ada lagi ke yang layan lagu keroncong ini".Balas Hadi ketika itu duduk di meja belajar "Orang johor suka lagu keroncong la,kau apa tau..hahaha"."Oh...suka hati kaulah Hadi,macam orang tua la kau ini.. hahaha".Kemudian aku me

Pengalaman menyeramkan di suatu jalan kawasan Kuala Ketil Kedah

Sekadar gambar hiasan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri., Saya ada suatu kisah benar dan seram untuk diceritakan kepada semua pembaca.. Tajuk:- keretaku telah diselubungi oleh benda apa.....!!!!??? Saya,Hesri serta Ijat semasa zaman bujang dahulu amat suka pergi menyanyi karaoke di Sungai Petani Kedah. Hobi kami ini berlarutan  hingga ke lewat tengah malam dan kadang kadang sampai ke pagi. Masa bujang kami pada hujung minggu banyak dihabiskan dengan aktiviti menonton wayang,shopping dan main game.Saya amat minat akan aktiviti memancing tetapi  Ijat dan Hesri tidak minat memancing dan tidak mengikuti saya memancing bersama kawan-kawan yang sememangnya kaki pancing. Kisah seramnya bermula apabila ketika kami bertiga hendak balik ke rumah sewa kami di Kampung Padang Tamat Pengkalan Hulu Perak.Saya yang memandu kenderaan kereta kancil ketika itu.Untuk pengetahuan pembaca semua,.kereta yang ku bawa ketika itu adalah kereta

Kejadian menyeramkan ketika melalui jalan di Tugu Peringatan Bahau Negeri Sembilan

Sekadar gambar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.. Ada suatu kisah benar yang paling menyeramkan berlaku kepada Habib(bukan nama sebenar). Kisah ini berlaku pada tahun 2009 di satu laluan ke Bahau Negeri Sembilan. Tajuk:- Kejadian menyeramkan ketika              Melalui jalan menuju ke Bahau               Negeri Sembilan. Begini kisahnya...... Habib ketika itu mahu segera pulang dari rumah kakaknya dari Negeri Sembilan Seremban menuju pulang ke rumahnya dinegeri Pahang iaitu di Temerloh.Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk pergi kerumah adik beradiknya kerana mahu bermain bersama anak buah yang baru lahir.Hendak dijadikan cerita Habib harus melalui jalan menuju ke bahau.Ketika kejadian waktu ketika itu menunjukkan jam lebih kurang 11.45malam. ketika itu hanya kereta kancil Habib sahaja yg melalui jalan arah ke Bahau tersebut. Keadaan ketika itu sungguh sunyi dan sepi.Hujan gerimi

Penampakan entiti(hantu air)di jeti sungai Klang

Sekadar gambar hiasan. Kisah benar seram dan misteri ini adalah kisah benar yang dialami oleh kawan baikku Jusoh (bukan nama sebenar)  Tajuk:-Penampakan entiti di Jeti Sungai Klang Jusoh ketika itu ke Sungai Klang, Selangor kerana menjadi rutin hariannya bekerja sebagai pegawai menjaga bot di jeti Sungai Klang.Malam itu Jusoh sepatutnya bertugas dua orang pada shift malam tetapi rakannya Arif tidak hadir kerana kurang sihat.Jadi Jusoh terpaksa bertugas seorang diri malam itu.Mujur malam itu seorang rakannya bernama Boo yang juga kaki tegar memancing datang ke jeti itu tapi bukan kerana tugas tapi kerana hobinya.Jusoh pn berasa tidak sunyi kerana Boo datang. Malam itu menunjukkan hampir 12 setengah malam.Jusoh berada di pondok kawalan di jeti,manakala Boo memancing di hujung.kedudukan pondok dan hujung jeti itu agak jauh tapi masih nampak kerana kedudukan masing-masing kiri dan kanan hujung jeti.Jusoh menonton televisyen di pondok sambil memerhatikan bot-bot yang ditambat di jet

Peristiwa menakutkan Didatangi hantu kum-kum!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.disini saya akan menceritakan lagi kisah benar dan seram tentang pengalaman benar seram yang telah dialami oleh saya pada masa dahulu. Kejadian menakutkan ini terjadi pada tahun 1991, ketika itu saya dan kembar baru berusia lapan tahun. Tajuk:- Peristiwa menakutkan Didatangi               Hantu kum-kum!!! Masih segar diingatanku ketika itu aku dan kembarku berumur dalam lingkungan 8 tahun,.ketika itu heboh dengan cerita dan penampakan hantu kum-kum di dada akhbar tempatan. Kejadian menakutkan ini terjadi ketika menjelang waktu senja.Ketika itu aku dan kembarku sedang bermain permainan robot yang baru dibeli oleh kakakku yang kami panggil kak ngah. Ketika kejadian cuma aku,kembarku,kakngah,kakcik serta arwah ibuku sahaja yg berada dirumah ketika itu.Untuk pengetahuan pembaca semua rumahku adalah sebuah rumah kampung,Separuh kayu dan separuh dapur pula telah direnovate dengan batu.(Sekarang ni telah d

Rambut siapa ni!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kisah benar misteri dan seram,Disini saya akan menceritakan kisah benar misteri dan seram yang telah dialami oleh rakan baik saya yang bernama Amar(bukan nama sebenar).Kejadian ini berlaku pada tahun 2008. Nama,tempat,tahun dan lokasi terpaksa saya ubah atas desakan pencerita kepada saya yang tidak mahu namanya diketahui oleh umum serta rakan-rakan(Pemalu orangnya) Kisahnya bermula begini....... Amar dan rakan-rakannya  baru sahaja tiba di sebuah akademi penguatkuasaan di Langkawi.Lokasinya terletak di Bukit Malut kawasannya berbukit bukau dan bersebelahan dengan agensi jabatan penguatkuasaan yang lain.Mereka sampai awal dari stesen Negeri Selangor bersama seorang lagi yang mereka  gelarkan Ujang kerana Ujang berasal dari negeri Sembilan.Amar juga dari negeri Sembilan manakala Afif dari Kelantan .Mereka sering bergaduh dan tidak bersefahaman.Tetapi yang peliknya Amar dan Afif ditempatkan didalam satu bilik yang sama, manakala Uja

Diganggu pontianak dipersimpangan jalan

Rumah sewa di kawasan padang tamat kroh P/hulu Perak.Kisah benar. Tajuk:- Diganggu kak ponti di persimpangan             Jalan. Kisah ini adalah kejadian benar yg dialami oleh penulis sendiri,jadi pastinya kalian akan tertanya-tanya dimanakah lokasi rumah sewa tersebut.Biarlah ia menjadi satu misteri. Azan,Hesri dan mat jat adalah sahabat baik.Maklumla ketiga-tiga mereka bujang.Menyewa bersama di kampung padang tamat pengkalan hulu.Kisah seram ini dialami sendiri oleh penulis. Kisah pertama pembonceng misteri Kisah ini berlaku pada tahun 2006 ketika saya baru balik kerja dari Kelian Intan singgah sebentar di tempat kerja kerana serah peralatan kerja dan mahu pulang ke rumah sewa. Ketika kejadian saya tengah menunggang motosikal mahu segera balik ke rumah sewa.Jam waktu itu menunjukkan tepat jam 1.45 pagi.Suasana sungguh sunyi sekali.Kedengaran dari jauh bunyi salakan anjing bersahut sahutan,menimbulkan rasa seram ketika itu.Motor dan Kereta tiada pula yang lalu lalang yang ada hanyalah

Kejadian menakutkan ketika bermalam di sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kisah benar misteri dan seram,. Disini saya ada suatu kisah seram yang benar-benar dialami oleh saya sendiri.Terpulang kepada pembaca untuk menilainya. Kali ini saya akan mengimbau kisah seram saya bermalam di sekolah menengah kebangsaan yang berada di daerah Nilai,Negeri Sembilan. Tajuk :- Kejadian menyeramkan ketika bermalam di sekolah Kejadian misteri seram ini berlaku pada tahun 2000,ketika itu saya berada di tingkatan 3.Pada ketika itu pihak sekolah ada mengadakan bacaan surah Yaasin dan doa selamat untuk menghadapi peperiksaan PMR (ketika itu) sekarang ni dah diubah nama ke PT3. Kejadian yang menakutkan ini terjadi ketika kami semua para pelajar selesai membaca surah Yaasin dan setelah selesai solat Isyak pada jam 10 malam. Kawanku bernama Saiful memanggilku dan menunjuk sesuatu diatas bumbung bangunan sekolah.Katanya burung besar.Setelah ku amati ternyata ia bukanlah burung besar.Keadaan fizikalnya berselubung

Tangisan dan jelmaan hantu pontianak di rumah sewa Pengkalan Hulu Perak

Assalamualaikum dan selamat malam semua pembaca  bagi penggemar cerita kisah benar dan seram,. Disini saya ada suatu kisah pengalaman seram yang dialami sendiri bersama kawan serumahku itu pun kalau diaorang masih ingat. Tajuk:- Tangisan dan jelmaan Kak Ponti di rumah sewa Pengkalan Hulu Perak. Angin pada malam itu sepoi-sepoi bahasa,seakan-akan mahu hujan,maklumla musim hujan.,kejadian ini berlaku pada tahun 2015.Jam lebih kurang 0100hrs. Saya bersama hesri dan mat jat biasanya kalau tidak keluar kerumah akan bermain game PS2 dirumah sewa kami.Paling best masa tu game wrestling.Boleh la belasah hesri dan mat jat di dalam game.kalau kalah kena belanja air di kedai kakna (kedai AbgNan)di pekan Pengkalan Hulu Perak. Hendak dijadikan cerita.,setelah habis bermain game wrestling,kami bertiga akan membuka tv dan membuka pintu kerana hendak bagi angin diluar masuk.Sejuk kalau buka pintu ni rasanya macam berada di Cameroon Highland. Setelah membuka pintu saya,hesri dan Mat Jat pun menonton la

Asal-usul kisah Hantu Kemolok

Sekadar gambar hiasan. Kisah yang bakal saya ceritakan ini adalah kisah benar seram yang diceritakan oleh arwah ayah saya kepada saya.Nama tempat,watak,negeri, terpaksa saya rahsiakan untuk menjaga sensitiviti masyarakat tertentu. Dikisahkan ada satu nama hantu yang tidak boleh disebut kerana mungkin ia akan datang kepada kita pada malam hari samada bertemu dalam mimpi atau realiti.Kisah ini berlaku pada tahun 1960an.Seperti yang diceritakan oleh arwah ayah saya kepada saya,.begini kisahnya,... Tajuk:- Asal usul kisah hantu kemolok Al kisah diceritakan terdapat sepasang suami isteri yang memakan harta anak yatim.Ketika hidupnya mereka amat suka menyusahkan kehidupan orang lain.Setelah terbongkarnya rahsia mereka memakan harta anak yatim, maka mereka berdua telah pun bersumpah kepada semua penduduk kampung bahawa jika benar mereka memakan harta anak yatim mereka akan bangkit dari kubur menjadi hantu selama 7 hari serta 7 keturunan mereka.Dengan disaksikan sumpahnya oleh pend

Kisah benar didukung hantu lilin

Sekadar gambar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,.kali ini saya akan menceritakan kisah benar seram dan misteri tentang kisah hantu lilin. Nama,tempat,kejadian dan watak terpaksa saya ubah kerana si pencerita tidak mahu namanya disiarkan. Tajuk: Peristiwa menakutkan didukung            oleh hantu lilin Alkisahnya kejadian benar dan seram ini telah dialami oleh Habib (bukan nama sebenar) ketika itu dia berumur 10 tahun. Pada malam terjadinya kejadian yang menakutkan itu,Habib ketika itu amat suka bermain permainan bersama dengan abangnya. Sehinggalah menjelang waktu malam,tiba-tiba sahaja terjadinya litar pintas dan seluruh rumah Habib berada dalam keadaan gelap kerana ketiadaan elektrik akibat litar pintas. Pada waktu itu kakak Habib pun membawa beberapa batang lilin lalu menghidupkan api pada sumbu lilin,lalu cahaya lilin itu terus menerangi sekitar rumah. Habib dan abangnya berasa gembira bukan kepalang kerana mereka teramat suka bermain bay