Skip to main content

Terserempak dengan lembaga putih seperti pocong di jalan yang sunyi

sekadar gambar hiasan

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar misteri dan seram,.pada malam ini saya berkongsi kisah benar seram dan misteri rakan saya yang tidak mahu namanya disiarkan.


Kisah ini berlaku di suatu masa pada zaman dahulu di dalam tahun 1994.Sewaktu itu saya masih bersekolah di sekolah menengah..begini kisah benar dan seram saya,...


Pada suatu malam saya bersama seorang sahabat baik saya bernama Nin telah berbasikal ke kedai Pak Ya yang terletak di hujung kampung..Kedai itu terletak di seberang jalan raya. Tujuan kami adalah untuk melihat surat kot-kot ada surat kami sampai memandangkan waktu itu jika orang ingin menghantar surat alamat kedai yang berhampiran akan diberikan.Mungkin bagi memudahkan posmen menghantar surat memandangkan perumahan di kawasan kampung kami memang masa itu tidak di sediakan peti surat.


Dipendekkan cerita pada malam itu saya yang mengayuh basikal manakala kawan saya Nin hanya membonceng. Untuk pergi ke kedai Pak Ya terpaksa melalui jalan kebun kelapa dan pokok koko dikiri kanan jalan dan memang orang jarang melalui jalan itu lebih-lebih lagi di waktu tengah malam hari.Memang sunyi keadaan di sepanjang jalan kerana tiada  rumah penduduk kampung di situ.Jarak untuk berjumpa dengan rumah penduduk kampung pun kira-kira dalam 1km barulah boleh jumpa sebuah rumah.Suasana pada waktu malam itu sungguh sepi dan sunyi serta jalan agak terang sedikit kerana di sinari sinaran cahaya rembulan.., berbanding pada malam-malam yang lain walaupun dimasa itu basikalku tidak mempunyai lampu. 


Semasa kami pergi untuk mengambil surat tiada perkara pelik yang berlaku..dan setelah sampai di kedai.Surat yang kami cari tiada di peti surat kedai.Jadi sia-sia sahajalah usaha saya mengayuh basikal waktu itu.

Dalam perjalanan balik saya dan Nin rancak berbual.Topik perbualan kami berdua pun sudah tidak ingat sebab terlalu lama peristiwa ini.Nin dibelakang saya sedang rancak bersembang dan kami pun balik melalui jalan yang sama yang kami lalui tadi.Tiba-tiba sahaja dalam samar-samar di bawah cahaya bulan ditengah jalan dalam jarak lebih kurang 50 meter dihadapan saya tenampak sesosok tubuh berwarna putih.Sosok tubuh itu seperti pocong jelas kelihatan tetapi mungkin kedudukannya  masih jauh jadi wajah lembaga tersebut tidak kelihatan cuma nampak gelap sahaja..


Alhamdulillah mungkin Allah S.W.T  memberikan saya ketenangan dimasa itu.Secara tidak semena mulut saya secara spontan membacakan surah dari Ayat Kursi dengan lancar tetapi perlahan. Saya pun gagahkan mengayuh dan saya melihat lembaga itu berganjak pergi dan masuk ke dalam kawasan kebun kelapa dikiri jalan..


Mulut saya terkunci rapat lalu saya mengayuh basikal dengan lebih laju lagi tanpa memberitahu kepada Nin peristiwa itu.Didalam hati saya lebih baik beritahu Nin apabila sampai di rumah nanti.Sepanjang perjalanan kami hendak balik ke rumah, saya hanya mendiamkan diri dan saya rasakan jarak untuk sampai di rumah terlalu jauh tidak seperti kebiasaan nya.Perasaan saya bercampur baur kerana memikirkan samaada apa yang ku lihat tadi manusia atau hantu.Terlalu banyak persoalan bermain dikepala sewaktu kejadian itu.Nin masih rancak bercerita kepadaku seperti tiada apa yang berlaku.Berkemungkinan cuma saya seorang sahaja yang nampak mahkluk tersebut.Sampai sahaja di rumah saya melihat jam baru menunjukkkan pukul 11 malam. Selepas itu barulah saya berani menceritakan apa yang saya lihat tadi kepada Nin.


Bila difikir logik akal, kalau mahkluk itu manusia kenapa dia berada disitu di waktu tengah malam hari dan berada di dalam kebun yang semak sunyi dan  kenapa seluruh pakaiannya berwarna putih..?? Atau adakah hantu pocong yang  mengganggu kami sebentar tadi..???


Untuk pengetahuan pembaca semua,. jalan yang kami lalui tadi adalah sepanjang 1km dan akan terjumpa simpang  3.Di simpang 3 itu akan ada sebuah tembok dan ada orang bercerita mereka pernah terjumpa lembaga sedang mencangkung diatas tembok pada waktu senja ataupun malam hari,..


Alhamdulillah selepas daripada itu kami sudah jadi lali.Biasalah budak nakal tak kan pernah serik selalu keluar rumah pada waktu lewat malam...

Sekian sahaja kisah benar,seram dan misteri dari rakan saya,..

Akan ada lagi kisah-kisah benar seram dan misteri di masa akan datang.,

Akhir kata dari penulis,..

"Alam ghaib itu ada,..kita semua tidak bersendirian..,"


Azan AFS menulis,...


Comments

  1. Seruuu banget bang jalan ceritanya...selamat hari raya idul adha semua kenalan yang mengenali diri gue..

    ReplyDelete
  2. Apa apaan sih...di kampung ane juga jualan mee goreng apaan jua masakannya enak2 gitu..

    ReplyDelete
  3. Kok beneran...kalau di tambah sama jualan kue amat laku keras dong

    ReplyDelete
  4. Gue mkn kue raya sambil baca blog bapak..semua ceritanya enak di baca

    ReplyDelete
  5. I'm from Australia, I'm reading your story with English translation..its damn scary..thank you

    ReplyDelete
  6. Ayoo semua..bantu bapak Azan AFS dngn mengklik iklan..sukses sukses ya bapak Azan AFS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ya gan,..gue jadi seronok bila mendengarnya,.terbaik la gan ni

      Delete
  7. Iya iya la..gue kalo habis baca gue akan klik semua iklan untuk bapak Azan AFS dpt uang..iya lah..itukan sumber uang nya dong

    ReplyDelete
  8. Betul betul betul..upon ipin dari malaysia amat lucu dong

    ReplyDelete
  9. Bukan upon lah anjir...ipin...wkwkwkwkwk

    ReplyDelete
  10. Ayoooo...gue mahu lagi ceritanya dong!!!! Buatin lagi ceritanya....gue mahu yang seremmmm seremmmm!!! Tambahin lagi cerita2 yang angker masss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya,..nanti saya tambahin lagi ceritanya yg bener2 gitu ya

      Delete
  11. Gue ada cerita serem..nantikan di kolum komenter blog ini ya

    ReplyDelete
  12. Asikkk!!! Di tunggu ceritanya gan..

    ReplyDelete
  13. Mulut Anda Kotor , Bangsat

    ReplyDelete
  14. Ini kisah benar pengalaman sy sendiri..

    ReplyDelete
  15. Ayo kunjungi website kami link alternatif pohon4d untuk mendapatkan cashback di merchant tertentu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketika Sa

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

     Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak. Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya