Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar misteri seram.Pada tengah malam ini saya akan menceritakan pengalaman kisah benar seram rakan saya yang bernama Rizal(bukan nama sebenar).
Kisah ini berlaku pada tahun 2004,.Rizal ketika itu sedang bekerja sebagai security guard di hospital yang berada di dalam daerah negeri Perak.Katanya dia ketika itu sedang bertugas pada waktu pagi dan hanya dia bekerja berseorangan di dorm A di hospital itu.Rakannya telah balik ke rumah kerana ada hal yang mustahak.Hendak tak hendak Rizal terpaksa akur juga dengan kehendak rakannya.
Ada juga rakan-rakan yang memberikan nasihat kepada Rizal dan mengatakan bahawa di hospital tempat Rizal bekerja itu keras dan berpenunggu.Rizal tidak kisah dengan cerita dari rakan nya kerana disitulah tempat Rizal mencari rezeki untuk menyara anak dan isterinya.
Hendak dijadikan cerita,pada malam itu,hujan turun renyai-renyai.Salakan anjing memecah keheningan pagi.
Rizal seperti biasa membuat tugas rondaan nya di setiap penjuru bangunan hospital.Tetapi kali ini Rizal bertugas keseorangan kerana rakannya ada hal yang tidak dapat dielakkan.
Waktu bertugas Rizal pada waktu itu adalah pada jam 12 tengah malam hingga ke jam 8 pagi.Waktu kejadian seram yang berlaku kepada Rizal ketika itu adalah di antara jam 2.30 pagi.Waktu itu Rizal sedang membuat rondaan seorang diri arah belakang bangunan hospital.Ketika Rizal sedang memeriksa dari arah belakang bangunan hospital itu secara tiba-tiba sahaja dari kejauhan dia ternampak akan seseorang perempuan sedang membongkok sedang memakan sesuatu di hadapan tong sampah.(Tong Sampah besar hospital)
Rizal berasa sangat curiga akan perempuan itu.Pakaian yang dipakai perempuan itu adalah pakaian pesakit berwarna putih.Kerana merasakan perempuan itu pesakit dari hospital.Rizal terus menempik dengan berkata "Hoi!! buat apa tu?"sambil Rizal menyuluh dengan lampu touch light tepat kearah perempuan itu.
Tiba-tiba sahaja perempuan itu menoleh kearah Rizal.Ya Allah!berderau darah Rizal melihat keadaan perempuan itu.Mulutnya penuh dengan darah berwarna coklat kehitaman.Tangan nya sedang memegang sesuatu seperti tuala yang sangat kotor.Bau hanyir terus menusuk hidung Rizal ,menyebabkan Rizal berasa loya dan terasa hendak muntah.Wajah perempuan itu tidak kelihatan kerana ditutupi oleh rambutnya yang panjang.Perempuan itu terus sahaja ketawa mengilai-ngilai diselang seli dengan salakan anjing memecah keheningan pagi. Perempuan itu seakan tersenyum pada Rizal menampakkan taringnya,.lalu secara perlahan-lahan hilang dari pandangan.
Rizal apa lagi terus sahaja berlari dari situ.Dia terus berlari hingga ke pondok security di Dorm B.Mujur ada rakannya yang bertugas di dorm B. Rakannya yang bertugas di dorm B mula bertanya kepada Rizal apa yang telah terjadi.Rizal dengan wajah pucat dan menggigil terus menunjuk-nunjuk kearah tong sampah yang di periksanya tadi.Rakan nya terus sahaja memberikan Rizal air untuk diminum dan menyuruh Rizal mengucap dan istiqfar.Rizal menceritakan apa yang telah terjadi kepada dirinya sebentar tadi.Rakannya yang mendengar cerita Rizal berasa seram sejuk.Dia pun memberi idea supaya Rizal lepak sahaja dengan dia di Dorm B. Rakan nya hendak pergi memeriksa di tong sampah tempat perempuan itu menghilang, tetapi terus sahaja dihalang oleh Rizal.Rizal berkata biarkan lah sahaja makhluk tu.Nantu dia kacau pulak kita berdua pagi ni.Rakan Rizal mengangguk tanda faham.
Itu sahajalah kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada Rizal.
Nantikan lagi kisah-kisah benar seram dan misteri yang akan datang.
Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca kisah benar123 yang beragama islam.
Akan ada banyak lagi kisah-kisah benar seram misteri yang akan penulis sampaikan dari semasa ke semasa.
Akhir kata dari penulis,..
"Alam ghaib itu ada,...kita semua tidak bersendirian"......
Azan AFS menulis,...
bestlah cerita ni,.buatlah lagi cerita ya
ReplyDeletesaya ada kisah seram,.nnt saya share ya
ReplyDelete