Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini,saya akan menceritakan kisah benar dan seram sahabat saya yang nama nya enggan di siarkan.
Sahabat saya ni memang minat sangat memancing bersama sahabat-sahabatnya dan gemar berkhelah di tepi tasik atau di tepi sungai,.begini kisah pengalaman benar dan seram beliau,...
Kisah benar dan seram ini terjadi sebelum negara kita dilanda dengan wabak covid19,.
Aku memang minat memancing ikan.Maklumlah dah jadi hobi aku,.selalunya setiap tahun kami akan set trip memancing sampai bermalam di tepi sungai atau tasik selama 2 ke 3 hari.Kisah benar dan seram ini terjadi ketika kami pergi memancing di Tasik Bersia Gerik Perak. Ramai kaki pancing yang lebih mengenali Tasik Banding berbanding Tasik Bersia.Hanya sebilangan kumpulan kaki pancing dan otai-otai sahaja yang tahu pasal lokasi atau lubuk yang banyak ikan ni.Tempat lokasi nya adalah jika melalui lebuhraya timur barat menuju ke Kelantan kita akan menjumpai tasik Bersia dahulu sebelum sampai ke Tasik Banding.
Ketika terjadinya kejadian yang seram itu kami pergi dalam 9 orang berkumpulan. Kami menyewa 3 buah sampan di sana.Setiap sampan muat untuk 3 orang naiki.Perjalanan kami ke lokasi atau di tempat untuk memasang khemah itu mengambil masa lebih kurang 1 jam.Kami semua tertarik hati mahu memancing di sebuah pulau ni di kawasan tasik Bersia.Ini adalah kerana tempat tersebut di kawasan yang lapang dan mungkin terdapat banyak ikan di situ.Pulau ini terletak betul-betul di tengah tasik.Kami semua berpakat dan bersetuju untuk loading (turun) barang dan pasang khemah di situ.. Setelah siap loading turun barang dan dirikan khemah,kami pun mulai memancing di tasik tersebut.kami memancing lah seperti biasa.. Masing-masing cari port ikan untuk di buat lauk maklumla perut kami semua sudah lapar. Pada malam pertama kami tidur,.masing-masing tidur lena mungkin akibat kepenatan seharian di dalam perjalanan dan terus melakukan aktiviti memancing sebentar tadi.Maksudnya tak berehat. Keesokan harinya pula diwaktu pagi macam biasa,.kami masing-masing keluar pergi memancing ikan lagi.Masa ni banyak hasil tangkapan ikan yang kami dapat.Memang menyeronokkan kerana banyak betul ikan yang memakan umpan kami.Jadi berpesta ikan lah kami hari tu,.
Pada malam itu pula kami pun buat bakar-bakar ikan.Kami bersembang dan bergelak ketawa menceritakan pengalaman tentang rezeki hasil tangkapan ikan yang banyak pada hari tu.Ketika sampai waktu larut malam,apabila kami semua sudah mulai mengantuk dan tertidur kepenatan,.
Disini lah bermulanya kisah seram apabila aku tiba-tiba sahaja terjaga kerana mahu membuang air kecil. Waktu itu tepat menunjukan jam 2.30 pagi.Ketika aku mahu keluar dari khemah,aku perasan seperti ada seseorang yang menyerupai kawan aku, yg bernama Shah.Dia sedang berdiri betul-betul di bawah pokok buluh berhampiran dengan khemah aku.. Pada awalnya aku tidak mengesyaki apa-apa yang pelik, kemudian mahkluk yang meyerupai Shah itu terus mengajak aku untuk membuang air kecil bersama,.dengan cara bahasa isyarat iaitu dengan melambai-lambaikan tangan nya sahaja.Ketika itu aku ternampak dia "menyeringai seperti mahu ketawa.Aku berasa curiga dan rasa tidak sedap hati.Aku pun terdiam dan terpaku seketika.Perasaan dan hati aku tiba-tiba sahaja berdebar dan bulu romaku terus meremang kembang semacam.Untuk memastikan yang berdiri di luar itu adalah Syah, aku mulai berjalan terus menuju ke khemah tempat Shah tidur.Ya Allah!!!,.Shah memang sedang lena tidur di dalam khemah nya.. Habis siapa pula yang menegur aku sebentar tadi??..Aku pun apalagi terus sahaja masuk ke dalam khemah..rasa nak terkucil tadi terus aku batalkan.Terpaksalah aku tahan sampai ke pagi.
Aku memang tak lena tidur waktu itu,.secara tiba-tiba sahaja aku terdengar bunyi ranting berderap-derap seperti ada orang yang mematahkan dan memijak nya dari luar khemah aku.Aku lantas memasang telinga mendengar lagi,.bunyi unggas hutan membingitkan telingaku kemudian diselang seli dengan suara hilaian dan ketawa perempuan di luar khemahku.
"Heee,..heeee,heeee,heeeee,...!!!!"bunyi suara itu.Sekejap kedengaran dekat dan sekejap lagi kedengaran jauh,.Aku cuba membuka mata melihat di luar khemah,.Ya Allah!!!berderau darah aku!!,apa yang aku lihat di tempat kami bakar ikan itu terlihat oleh ku akan sesosok tubuh berselubung putih,berambut panjang sedang memakan sisa-sisa ikan yang kami buang di tepi longgokan sampah di tempat kami membakar ikan sebentar tadi.Jelas kelihatan olehku ada sesosok makhluk sedang memakan sisa-sisa ikan itu dengan lahapnya,.Lidah makhluk itu panjang hingga ke tanah.Mata makhluk itu bersinar kemerahan.Hidungnya rompong.Ada suara hilaian ketawa dari makhluk tersebut.
Aku amat ketakutan seperti mahu menangis melihat situasi yang paling menakutkan yang terjadi pada aku pada waktu itu.Aku hendak bersuara memanggil kawan disebelah ku tetapi suara aku tidak mahu keluar.Hendak bangun pula terasa lembik badan dan kaki.Ketika inilah kejadian yang seram terjadi lagi,makhluk itu seperti tahu aku melihatnya lantas makhluk itu secara tiba-tiba mendengus dan terbang lalu meluru ke arah ku.Aku dengan keadaan takut sebegitu terus sahaja ada kekuatan,.Lantas aku menyebut nama "Allah!!!Allah!!Allah!!,." Kemudian makhluk itu terus menghilang dengan sendirinya.Aku lantas tertidur kepenatan dan mungkin sahaja pengsan.
Kesokannya harinya..barulah aku menceritakan kejadian seram itu kepada sahabat-sahabatku.. Mujurlah petang itu hari yang terakhir kami memancing dan mahu bertolak balik.Mungkin kerana mereka pun takut dan seram akan cerita ku malam tadi.Kalau nak bermalam dan sambung tidur di situ lagi memang tak sanggup rasanya aku nak teruskan..Aku tak mahu lagi berjumpa makhluk itu.Kalau diaorang nk jugak tidur kat situ,aku sanggup balik sorang-sorang dari menghadap makhluk tersebut.Kerja gila tu!!!.,
Sewaktu di dalam perjalanan mahu menuju ke kenderaan kami..,kami ada berjumpa dengan seorang pakcik berdekatan dengan jeti Bersia.Beliau pun seorang kaki pancing juga.Dia bertanya kepada kami "tidur di mana.."??Kami pun beritahu tidur kat pulau kecik tu.. "Uishhh.. Dia berkata "hangpa tak ada apa-apa ke..??"Jarang ada orang tidur kat situ.."!! "Dulu masa ada pokok jerai, selalu ada org jumpa hantu pompuan kat situ.,mungkin hantu pontianak atau langsuir kadang-kadang pocong pun ada.!!" kata pakcik tersebut membuatkan kami semua tergamam mendengarnya,.Kata nya lagi tempat itu keras "Mengusik" dan berpenunggu.Istilah bagi orang-orang tempatan disini maksud mengusik adalah mengacau,.atau menggangu.Penduduk kampung di situ memberitahu kami bahawa tidak ada orang yang berani ke pulau tersebut kerana berpenunggu.Kami yang tidak tahu pasal kisah seram itu,.boleh pula tidur dan berkhemah lagi disitu.Gila lah,.!!Sebab kami ni orang luar jadi tidak tahu cerita sebenar kisah di sebalik pulau itu.Lagi pun kami hendak mencari pengalaman memancing di tempat yang baru.Dah tahu cerita sebenar dari pakcik tu memang kami tak kan pergi lagi dah ke pulau kecik tu.Serik dah,."kawan-kawan aku tak pelah tak kena usik,aku ni je yang kena usik.Ciss,.memang tak aci sungguh hantu tu!!!.,"kata aku dalam hati.
Kami masih lagi memancing bersama jika berkelapangan,.tetapi sekarang ni musim covid19,memang kena duduk rumah je lah.Ikut seruan kerajaan,.kita jaga kita,.!!hapuskan rantaian covid19 bersama.,.
Sekian sahajalah kisah benar seram dan misteri yang terjadi kepada kawan penulis,.semoga semua nya terhibur,.
Akan ada banyak lagi kisah-kisah benar seram dan misteri.Kisah-kisah ini penulis ambil dari kejadian benar dari diri sendiri,ahli keluarga,sahabat handai dan dari follower-follower atau di komen-komen di blog yang pm penulis..,
Akhir kata dari penulis,...
"Alam ghaib itu ada,..kita semua tidak bersendirian,...."
Azan AFS menulis
Seramya cerita awak ni..sy pun kaki mancing..pernah jugak kena kacau..ni yg risaunk pegi mancing semula ni. Ceritani mmg betul..sy dpt rasakan perasaan awak tu..sharelah lagi cerita seram ye.. terbaik
ReplyDeleteTerima kasih saudara kerana membaca dan komen,.nnt saya akan share lagi kisah-kisah benar seram dan misteri yg terjadi,..nantikan nya,...
DeleteBestttt...hulu perak penuh misteri 😊
ReplyDeleteseramnya..best
ReplyDeletepihak produksi film tolongla ambik cerita azan AFS menulis ni..mmg best kalai dibuat film mcm film momok
ReplyDeleteSaya sokong..pihak produksi filem kenalah jadikan cerita blog ini sebagai filem.sekadar pandangan..
ReplyDeleteCerita ni best
ReplyDeleteBanyak jg kejadian menyeramkankan di daerah Hulu Perak melaui pengalaman kawan2 dan jg keluarga sy sendiri..
ReplyDeleteDi Bera pahang juga penuh mengandungi kisah2 seram dan misteri
ReplyDeleteseramnyaa...karya2 kisah benar seram misteri azan afs ni sgt best..saya suka sangat membacanya..kadang2 saya akan baca berkali-kali..teruskan bercerita ya
ReplyDeleteMemang best la cerita ni,.saya sampai imaginasi berada di tempat cerita tu.Cerita ni mmg benar terjadi,saya dapat rasakan.Terbaiklah penulis,.👍👍👍👍👍👍
ReplyDelete