Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

Seram!!!Kisah diganggu Hantu tanpa kepala di Kuarters Kompleks KLIA!!!

      Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua para pembaca kisah benar,seram dan misteri.,Pada malam jumaat kliwon ini,saya akan menceritakan suatu kisah yang benar-benar terjadi.Kisah ini adalah kisah dari sahabat saya yang bernama Omar.Beliau menceritakan kisah yang benar-benar terjadi kepada salah satu penghuni dari Kuarters Kompleks KLIA.Begini kisah seram beliau,... Cerita ini berlaku ketika zaman era Kuarters Kompleks KLIA dibuka jika tidak silap pada tahun 1998.Ketika itu ramai kakitangan awam berpindah ke situ semasa Kuala Lumpur International Airport atau dipanggil KLIA dibuka.Mereka tinggal di Kuarters Kompleks KLIA.Kawasan asal dahulu adalah kawasan hutan dan ladang kelapa sawit.Jadi pelbagai peristiwa misteri dan seram banyak berlaku di situ.Kuarters KLIA ini terletak di sempadan  Sepang,Selangor dan Nilai,Negeri Sembilan. Salah satu misteri dan kisah urband legend di situ adalah kejadian yang berlaku di gerai burger.Beginilah kisah seram beliau,.. Pada suatu malam,A

Seram!!!misteri kucing hitam!!!,..

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam jumaat kliwon ini, saya akan berkongsikan kisah benar,seram dan misteri tentang kisah Ida(bukan nama sebenar)yang menyeramkan kerana dia pernah membawa seekor kucing hitam yang amat misteri masuk ke dalam rumah nya. Kejadian ini sudah lama berlaku,.katanya terjadi pada tahun 1995 dahulu.Ketika itu dia masih berada di bangku sekolah rendah lagi.Umur nya ketika itu sekitar dalam 11 tahun.Ida adalah seorang pencinta haiwan.Haiwan yang paling di sayangi dan di sukai oleh nya adalah kucing. Kisah benar seram dan misteri nya bermula ketika,.... Aku(Ida) menetap di kampung(rahsia) di Seremban Negeri Sembilan bersama ayah dan ibu ku.Aku adalah anak tunggal.Kisah seram aku terjadi beberapa tahun yang lalu. ketika itu aku sedang tidur di dalam bilik.Jam menunjuk kan tepat pukul 1.00 pagi.Memang menjadi kebiasaan aku tidur seorang diri di dalam bilik.Aku ada membela 3 ekor kucing.Tetapi pada malam itu

Himpunan kisah seram anggota Polis di Ipd (rahsia)Perak.

    sekadar gambar hiasan.  Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar misteri seram,.agak lama juga saya tidak berkarya di sebabkan kekangan kerja,.jadi pada malam ini saya akan menceritakan kisah pengalaman benar,seram dan misteri yang terjadi kepada salah seorang anggota polis.Biarlah saya namakan dia Budin(bukan nama sebenar).Kisah ini terjadi di Ipd (rahsia) Perak. Pada pagi itu Budin bekerja bersendirian di pejabat iaitu di pejabat Cawangan TSM untuk menjawab segala panggilan telefon(operator).Kejadian ini berlaku pada tahun 2018.Memang sudah lumrah Ipd yang lama semestinya ada penghuni yang lain.Begitulah yang terjadi kepada Budin. Kisahnya begini, semasa Budin tengah bertugas dia telah di ganggu oleh satu gangguan.Untuk makluman pembaca semua Ipd tempat budin bertugas ada 4 tingkat dan Budin bekerja di tingkat tiga.Pada waktu kejadian seram itu, jam menunjukkan tepat jam 3 pagi.Budin ketika itu sedang berada di kerusi dan sedang membuat tugas rutin haria

Seram!!!Saka tidak bertuan,.mengikut pulang ke rumah!!!!

     sekadar gambar hiasan  Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar misteri dan seram,..pada malam ini saya akan berkongsikan kisah benar misteri,seram yang terjadi kepada pembaca yang telah chat saya di FB.,Kisah ini adalah kejadian benar,seram dan misteri yang dialami oleh Anip (bukan nama sebenar). Kisah seram ini terjadi ketika aku(Anip) keluar memancing ikan bersama rakan-rakan pada waktu hujung minggu.Kisah ini terjadi pada tahun 1990 an.Yang turut serta memancing bersama aku ketika itu adalah Ajai dan Seli.Memang menjadi kebiasaan kami memancing di ( lokasi dilarang untuk diberitahu) di salah satu persisiran pantai di Johor. Ketika itu jam sudah menunjukkan tepat jam 7 petang.Kami ni kalau memancing memang dari pagi hinggalah membawa ke malam.Memang seronok memancing bersama,apakan tidak boleh lah menghilangkan stres di tempat kerja kami bekerja. Berbalik kepada kisah aku tadi.Pada waktu petang itu ketika jam menunjukkan jam lebih kurang 7.24 petang.Ke

Diculik bunian akibat bermulut celupar di Tasik Banding Gerik Perak

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua yang membaca blog kisah benar misteri seram.Malam ini saya akan kongsikan kisah pengalaman seram seorang pembaca bernama Zaidi(bukan nama sebenar) yang telah insaf akibat dari selalu bermulut celupar dan panas baran.Begini kisah seram beliau.... Zaidi(bukan nama sebenar) adalah seorang yang amat tidak disukai oleh ramai rakan-rakannya kerana bermulut celupar dan sentiasa panas baran.Ketika mereka pergi memancing,berenang,mendaki bukit bersama pun Zaidi akan bermulut celupar dan panas baran.Dia akan mengatakan hal-hal yang tidak disukai oleh ramai rakan-rakannya.Pernah sekali Zaidi tidak dapat ikan ketika memancing di tasik,dia mengatakan perkataan "pergi mampus lah ikan ni!!tak guna punya tasek!!"!!Ini sebab jembalang kacaulah ni!!"kata Zaidi.INi  membuatkan rakan-rakannya kesal akan sikap Zaidi yang panas baran dan bermulut celupar. Kebanyakan rakan-rakan Zaidi menasihati Zaidi agar jangan terbawa-bawa dengan perasaan bara

Kisah dan pengalaman yang menyeramkan semasa hijab terbuka

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada pembaca kisah benar misteri dan seram.Pada malam ini ada kisah benar pengalaman daripada saudara kepada rakan saya yang telah berhubung dengan penulis melalui aplikasi whatsap,.begini kisah seram benar dan misteri beliau,... Disini saya ingin menceritakan suatu kisah yang terjadi kepada anak saudara saya bernama Siti (bukan nama sebenar) yang pernah dijadikan anak angkat kepada sebuah keluarga Bunian..jika menurut pandangan orang dahulu, bunian adalah dalam kategori Jin Islam..( wallahualam ) Firman Allah Ta’ala: وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون Maksudnya,... “Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 ) Sebelum ini,.pernah saya ceritakan kepada pembaca semua tentang kisah perkampungan Bunian yang telah lama bertapak di rumah saya dan dipercayai berusia ratusan tahun sebelum kami tinggal di rumah kami di sebuah perkampungan di Tanjung Karang Selangor.. Memang tida

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketika Sa

Kejadian menyeramkan yang terjadi di sebuah Apartment Port Dickson Negeri Sembilan

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar misteri dan seram,.pada malam ini kawan saya akan berkongsikan kisah seram nya kepada pembaca semua.Nama kawan saya Azuan(bukan nama sebenar)berceritakan kisah seram nya ketika dia mahu balik ke rumah nya di apartmen(tidak dibenarkan disiarkan namanya) di Port Dickson Negeri Sembilan.Begini kisah benar seram beliau,.. Kisah ini adalah kisah benar seram saya yang lama,.kejadian ini berlaku sekitar tahun 2003 dahulu.Ketika itu saya berumur 21 tahun dan masih bujang.Saya bekerja di sebuah kilang (tidak dibenarkan disiarkan).Saya duduk menyewa di sebuah rumah apartment bersama 2 orang lagi rakan saya.Kami selalunya balik bersama,dan mereka akan naik sekali kenderaan saya.Oh ya kenderaan saya ketika itu adalah kereta kancil berwarna biru. Kisah seram nya bermula begini,.. Setelah sahaja seharian suntuk kami bekerja di kilang,.kami bertiga pun pulang kerumah,kebiasaannya kami akan pulang dalam jam 3 pagi,.Huzir(bukan nama se

Kejadian menyeramkan di Sekolah Asrama Baling Kedah

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini sahabat saya ada menceritakan kisah seram yang terjadi kepada anak nya yang bersekolah disebuah sekolah asrama( tidak dibenarkan disiarkan nama sekolah) di Baling Kedah. Kata beliau,."Kejadian seram ini berlaku ketika anak dia masih bersekolah dan tinggal di asrama di sebuah sekolah di Baling Kedah(nama sekolah dirahsiakan).Anak saya yang sulung ni lebih mesra dengan panggilan Kaklong.Dia pernah menceritakan kepada saya bahawa dia bersama kawan sekolahnya pernah mengalami peristiwa yang paling menyeramkan semasa di asrama di sekolahnya,.. Begini kisah seram anak beliau.., Pada suatu malam,. sewaktu saya(kaklong) tengah study dengan seorang kawan yang dikenali dengan nama Alin.(bukan nama sebenar) kami telah diganggu dengan suatu kejadian yang sangat menyeramkan.Semasa itu,kami tengah study di katil masing-masing.Jam sudah menunjukkan tepat pukul 02.00 pagi.Kami belajar sampai lewa

Seram!!Cemas!!!Diganggu ketika bermalam di Sekolah Rendah ketika menghadiri kem motivasi UPSR

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada para pembaca blog kisah benar seram dan misteri.Pada malam jumaat kliwon ini penulis akan berkongsikan kisah benar seram dan misteri yang terjadi kepada Nora.( bukan nama sebenar )Kisah ini penulis dapat dari pembaca yang telah mesej penulis di Facebook.Katanya kisah benar seram ini terjadi sewaktu Nora bersekolah rendah di Sekolah Rendah(nama sekolah tidak dibenar kan untuk diberitahu) di kawasan Ampang Selangor.Begini kisah seram beliau.... Pada waktu malam kejadian seram itu terjadi,.sekolah saya ada membuat kem motivasi untuk para pelajar darjah enam menduduki peperiksaan UPSR.Ketika itu seingat saya dalam tahun 1997.Saya bersama rakan-rakan pun mulai berkumpul di sekolah.Kami dibahagikan kumpulan oleh guru.Murid perempuan di tempatkan di blok A manakala pelajar lelaki ditempatkan di blok B untuk penginapan kami.Kami berada di sekolah itu selama tiga hari dua malam. Pada malam itu,.masih ku ingat ketika itu setelah selesai sahaja kami solat

Diganggu Makhluk Jelmaan Penunggu Tasik ketika memancing ikan di Bersia Gerik Perak

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini,saya akan menceritakan kisah benar dan seram sahabat saya yang nama nya enggan di siarkan. Sahabat saya ni memang minat sangat memancing bersama sahabat-sahabatnya dan gemar berkhelah di tepi tasik atau  di tepi sungai,.begini kisah pengalaman benar dan seram beliau,... Kisah benar dan seram ini terjadi sebelum negara kita dilanda dengan wabak covid19,. Aku memang minat memancing ikan.Maklumlah dah jadi hobi aku,.selalunya setiap tahun kami akan set trip memancing sampai bermalam di tepi sungai atau tasik selama 2 ke 3 hari.Kisah benar dan seram ini terjadi ketika kami pergi memancing di Tasik Bersia Gerik Perak. Ramai kaki pancing yang lebih mengenali Tasik Banding berbanding Tasik Bersia.Hanya sebilangan kumpulan kaki pancing dan otai-otai sahaja yang tahu pasal lokasi atau lubuk yang banyak ikan ni.Tempat lokasi nya adalah jika melalui lebuhraya timur barat menuju ke Kelantan kita ak