Skip to main content

Kejadian menyeramkan yang terjadi di sebuah Apartment Port Dickson Negeri Sembilan


 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar misteri dan seram,.pada malam ini kawan saya akan berkongsikan kisah seram nya kepada pembaca semua.Nama kawan saya Azuan(bukan nama sebenar)berceritakan kisah seram nya ketika dia mahu balik ke rumah nya di apartmen(tidak dibenarkan disiarkan namanya) di Port Dickson Negeri Sembilan.Begini kisah benar seram beliau,..


Kisah ini adalah kisah benar seram saya yang lama,.kejadian ini berlaku sekitar tahun 2003 dahulu.Ketika itu saya berumur 21 tahun dan masih bujang.Saya bekerja di sebuah kilang (tidak dibenarkan disiarkan).Saya duduk menyewa di sebuah rumah apartment bersama 2 orang lagi rakan saya.Kami selalunya balik bersama,dan mereka akan naik sekali kenderaan saya.Oh ya kenderaan saya ketika itu adalah kereta kancil berwarna biru.

Kisah seram nya bermula begini,..

Setelah sahaja seharian suntuk kami bekerja di kilang,.kami bertiga pun pulang kerumah,kebiasaannya kami akan pulang dalam jam 3 pagi,.Huzir(bukan nama sebenar) dan Kamil(bukan nama sebenar)adalah sahabat baik saya,mereka berdua bekerja sekali dengan saya dan menyewa rumah pun bersama.

Kami bersama memang puas mencari rumah sewa ni.Pernah juga hendak menyewa di rumah teres tetapi jauh pula hendak pergi ke tempat kerja.Jadi kami pun terus mencari lagi rumah sewa dan akhirnya kami temukan rumah apartmen tidak jauh dari tempat kerja kami bertiga.Apa yang pelik tentang rumah sewa kami ini adalah penghuni di apartmen tersebut tidak ramai.Boleh la di kira dalam sembilan ke sepuluh orang sahaja yang duduk di apartmen itu.Pada setiap malam pula kami bertiga selalu diganggu oleh bunyi burung gagak.Nyaring sungguh bunyinya.Bunyi itu berlaku pada setiap pagi antara jam tiga setengah dan jam empat pagi.,

Hendak dijadikan cerita,.pada kejadian seram itu berlaku.Kami bertiga baru sahaja pulang dari kerja,.saya Huzir dan Kamil pun baru sahaja keluar dari kereta iaitu di tempat parking apartment.Suasana ketika itu sungguh nyaman dan sejuk,bulan mengambang penuh.Bunyi salakan anjing memecah keheningan pagi waktu ketika itu. Ketika kami mahu melangkah berjalan mahu naik ke tingkat empat apartmen kami secara tiba-tiba sahaja ada bunyi burung gagak yang amat membingitkan telinga kami.Kami mencari-cari suara itu di mana.Ketika itu lah Kamil menunjuk-nunjuk sambil terketar-ketar di arah pokok besar berdekatan pantai di apartmen kami itu.

Kami berdua bertanya pada Kamil tentang apa yang dia nampak.Kamil memberitahu kepada kami berdua dengan suara terketar-ketar dia berkata ternampak penampakan kepala perempuan di atas pokok besar itu.Kami apa lagi terus sahaja menyuruh Kamil berlari mahu balik ke bilik rumah apartment kami bertiga.

Ketika inilah saya ternampak akan kepala perempuan itu.Keadaan kepala perempuan itu amat menyeramkan sekali,dibawah bahagian kepalanya ada jantung,hati dan usus-usus berjuntaian.Matanya merah,giginya tajam memandang tepat kearah kami bertiga ketika itu.

Kami bertiga seolah-olah terpukau melihat kepala yang berada di atas pokok besar itu.Mujur ketika itu saya tersedar dari lamunan,saya terus melaungkan kalimah "Allah Huakbar" sebanyak tiga kali dan kami apa lagi terus sahaja berlari menuju ke lif.

Sesampainya kami bertiga di lif,saya terus menekan butang untuk naik ketingkat empat di rumah bilik sewa kami.Ketika ini terjadi lagi peristiwa seram.Ketika kami masuk sahaja di lif.Kami ternampak kepala perempuan itu melayang menuju tepat kearah kami bertiga.Mujur pintu lif tertutup ketika itu.Kami bertiga tidak berhenti-henti melaungkan kalimah Allah Huakbar.Saya juga ada membaca surah-surah dari ayat suci Al-Quran untuk menghindari dari gangguan makhluk halus ketika itu.

Setelah sahaja sampai di tingkat empat.Pintu lif pun terbuka lantas kami bertiga dengan nada cemas berlari tercungap-cungap mahu segera sampai di bilik rumah apartmen kami.Setelah sampai sahaja di pintu rumah kami.Saya segera ingin membuka pintu rumah tetapi malangnya kunci rumah pula tertinggal di dalam kereta.Aduh apa lagi bala yang nak datang ni kata saya dalam hati.Kamil dan Huzir marah-marah pada saya dan mengatakan saya cuai kerana tertinggal kunci rumah di dalam kereta.

Hendak tak hendak saya terpaksa pergi semula di tingkat bawah di kereta saya untuk mengambil kunci rumah.Peluh terus membasahi bajuku ketika itu.Saya mengajak Huzir untuk menemani saya di tingkat bawah tetapi dia menolak dengan alasan dia terlalu takut akan penampakan hantu kepala perempuan tersebut.

Dengan langkah cemas dan takut saya gagahi juga berjalan seorang diri menuju ke lif.Ketika sampai sahaja di lif saya menekan butang untuk segera ke tingkat bawah.Setelah sampai sahaja di tingkat bawah saya segera berlari ke arah kereta.Lalu terus mengambil kunci kereta saya di dalam kenderaan saya.Sewaktu inilah kejadian seram terjadi lagi.Ketika saya mahu mengambil kunci di dalam laci kereta tiba-tiba sahaja saya ternampak darah mencurah-curah di bahagian hadapan cermin kereta saya.,menitik-nitik darah tersebut terkena cermin kereta hadapan saya.Dan serentak dengan itu saya terdengar bunyi suara burung gagak yang amat membingitkan telinga saya.Aduhh sakit betul telinga saya mendengarnya.

Saya segera ambil kunci rumah sewa dan mengunci kereta saya semula.Apabila saya mendongak keatas melihat ke arah kereta saya apa yang saya nampak amatlah menakutkan,.saya ternampak akan kepala perempuan itu sedang memakan katak.Darah dari katak itulah yang menitik-nitik jatuh di bahagian hadapan cermin kereta saya sebentar tadi.

Hantu kepala perempuan itu secara tiba-tiba sahaja terbang tinggi naik ke atas pokok besar lalu terus sahaja menuju ke sebuah tingkap di bilik apartment kami di tingkat tiga.Saya dengan langkah seribu terus sahaja berlari dengan secepatnya di lif dan terus menekan butang lif ke tingkat empat.Setelah sahaja sampai di tingkat empat saya terus berlari selaju yang boleh menuju ke bilik rumah apartmen kami.Mujurlah saya melihat rakan-rakan saya Kamil dan Huzir masih ada lagi disitu.Saya segera mengeluarkan kunci rumah dan terus sahaja membuka pintu rumah.Alhamdulillah lega perasaan kami bertiga ketika itu setelah sahaja masuk di dalam rumah.Saya terus sahaja menutup pintu rumah sewa kami.

Setelah itu,.saya pun menceritakan kejadian seram tentang apa yang saya nampak kepada Kamil dan Huzir.Mereka berdua memberitahu saya bahawa mungkin hantu itu adalah hantu penanggal.Saya juga mengiyakan sahaja jawapan mereka berdua.Saya juga ada memberitahu kepada mereka hantu penanggal itu masuk ke tingkap di salah satu bilik apartmen di tingkat tiga.Tercengang mereka berdua mendengar jawapan saya.Mereka berdua berkata bahawa bilik tempat hantu perempuan itu masuk adalah tempat penyewa perempuan bukan rakyat tempatan tetapi warga Thailand.Perempuan itu menyewa seorang diri di situ.

Menjadi persoalan kepada kami bertiga, adakah perempuan warga thailand itu adalah hantu penanggal.Pada siang hari memang nampak normal perempuan itu,dia selalu sahaja mengenakan skaf di lehernya.Pada malam hari mungkin kepalanya akan tertanggal...Seram saya bila memikirkan keadaan perempuan itu.

Sejak peristiwa itu.Kami bertiga berpakat untuk menyewa di rumah Salim kawan saya yang juga bekerja di kilang yang sama.Tidak mengapalah jauh sedikit dari tempat kerja kami asalkan jangan lagi kami bertiga berjumpa dengan hantu penanggal itu..

Sekian sahajalah kisah benar seram dan misteri yang terjadi kepada sahabat saya,..akan ada banyak lagi kisah-kisah benar seram dan misteri,.Jika mahu berkongsi kisah benar seram bolehlah pm penulis di fb penulis.Nama fb penulis adalah Ahmad Azan AFS,..nantikan lagi kisah-kisah yang lain pula.,

Akhir kata dari penulis,....

"Alam ghaib itu ada,...kita semua tidak bersendirian,...."


Azan AFS menulis,....





Comments

  1. Takutnya kisah seram ni..di apartment memang ada penanggal ni,dulu di block kuarters kkklia ada penampakan penanggal..saya bersama abg sy selalu nmpak time nk dekat2 waktu senja..seram..kalau time nk dekat2 senja kami akan tunggu penanggal tu keluar dari tinggkap jendela,Dan memang benar,penanggal tu akan keluar berlegar2 di kompleks kuarters kkklia,skrg ni x tahu lh,ada lg x hantu penanggal tu..sbb kami sudah merantau di negeri org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana berkomentar,.nnt boleh lah kongsikan cerita seram encik ni pada saya ya,.sila pm saya di fb ya.,👍👍👍💪💪💪

      Delete
  2. Amat seram cerita ini.Lagipun saya berasal dari PD dan belajar di Politeknik PD.Suasana berhampiran tepi pantai dan pelbagai misteri ada di PD.Rumah lama di area Dataran Segar,Muzium Kota Lukut dan Rumah Api Tanjung Tuan di Port Dickson(Cape Rachado namo lamo area ini).Pelbagai misteri di Port Dickson.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana komen ya,.teruskan lagi membaca kisah-kisah benar dan misteri ya my friend

      Delete
    2. Salam bang..boleh sy tahu lebih mendalam kisah seram politeknik
      port Dickson..

      Delete
  3. best lah kisah ni..giler hantu penanggal tu leh kejar org..kalau aku dah terkencing kat situ dah

    ReplyDelete
  4. meriding gue...ya ampun ada penanggal nya di malaysia ya mass..ijinkan saya ambik kisah bapak ini utk di buat senetron nya di Indonesia ya..nnt balas ya mas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gue mahu jadi pelakonnya dong...dapet yang sambilan in jadi lah ya..

      Delete
  5. Woww..bila rilis tayang nya ya? Gue mahu tau dong..gue suka kalau cerita kayak gini di bikin senetron..ya ampun ..asikk banget dehhh

    ReplyDelete
  6. Hah!!apa?!! Mahu dibuat drama? Best ni!!! Aku bayar astro bulan2 blh la aku lyn senetron cerita hantu...bila nak tayang?

    ReplyDelete
  7. Akhirnya..ada juga yang mau bikin senetron horror .. asikkkkkk

    ReplyDelete
  8. Saberrr....kalo lo semua enggak saber, gue lagi ngak saber...

    ReplyDelete
  9. aduhh,..seram ceritanya,..best la gaya penulisan azan afs ni,..banyak kan lagi cerita,..

    ReplyDelete
  10. Serious,.banyak Kali baca pun tak jemu2

    ReplyDelete
  11. Seram dan menakutkan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketika Sa

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

     Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak. Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya