Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar misteri seram,.agak lama juga saya tidak berkarya di sebabkan kekangan kerja,.jadi pada malam ini saya akan menceritakan kisah pengalaman benar,seram dan misteri yang terjadi kepada salah seorang anggota polis.Biarlah saya namakan dia Budin(bukan nama sebenar).Kisah ini terjadi di Ipd (rahsia) Perak.
Pada pagi itu Budin bekerja bersendirian di pejabat iaitu di pejabat Cawangan TSM untuk menjawab segala panggilan telefon(operator).Kejadian ini berlaku pada tahun 2018.Memang sudah lumrah Ipd yang lama semestinya ada penghuni yang lain.Begitulah yang terjadi kepada Budin.
Kisahnya begini, semasa Budin tengah bertugas dia telah di ganggu oleh satu gangguan.Untuk makluman pembaca semua Ipd tempat budin bertugas ada 4 tingkat dan Budin bekerja di tingkat tiga.Pada waktu kejadian seram itu, jam menunjukkan tepat jam 3 pagi.Budin ketika itu sedang berada di kerusi dan sedang membuat tugas rutin harian nya.Ketika itu telefon di pejabat nya berbunyi.
Dia lantas mengangkat ganggang telefon.Tetapi yang peliknya tiada suara orang yang bercakap.Lantas dia mendail semula telefon yang baru sahaja menelefon pejabatnya.Setelah Budin menelefon semula,.ternyata ada orang yang menjawab.Tetapi yang peliknya yang kedengaran hanyalah suara gemersik seperti suara angin.Budin lantas meletakkan ganggang telefon.Dia memeriksa no telefon pejabat yang menelefon nya sebentar tadi.Setelah diperiksa rupanya dari telefon pejabat bilik Cawangan Hal Ehwal Awam.Apa yang pelik,sepatutnya anggota Caw.Hal ehwal awam tiada di pejabat kerana mereka bekerja pada waktu pejabat dari jam 8 pagi hingga 5 petang.Budin tidak puas hati,dia merasakan mungkin ada anggota dari Caw.Latihan atau Caw.Jibs yang menggunakan bilik pejabat tersebut kerana pejabat itu adalah pejabat yang bercampur dengan pejabat Caw. Jibs,caw.Latihan dan bilik KPD.Budin lantas keluar dari pejabatnya lantas terus pergi ke pejabat tersebut untuk memeriksa.
Setelah puas diperhatikan dan diperiksa,memang pejabat itu gelap dan tiada orang.Tiba-tiba Budin ternampak sesuatu benda hitam bergerak dari dalam bilik itu terus tembus keluar dari pintu hadapan pejabat tersebut.Budin apa lagi terus sahaja berlari dengan langkah seribu dari situ dan terus masuk semula di pejabat Tsm tempat tugasnya.
Sebenarnya banyak lagi kejadian pelik yang terjadi,.seperti yang diceritakan kepada saya oleh salah seorang anggota dari Cawangan H.E.A,.katanya pernah terjadi sewaktu dia hendak masuk ke pejabat diwaktu pagi pada jam 7.45 pagi.Ketika dia membuka pintu pejabat nya.Setelah masuk dia perasan terdapat tahi yang besar di dalam pejabat berhadapan dengan pintu.Mujurlah dia tidak terpijak tahi itu.
Ada juga anggota yang ternampak penampakan perempuan berambut panjang pada waktu malam di atas tangga di Ipd tersebut.Anggota itu lantas membaling batu yang dikutipnya di koridor dalam pasu bunga.Lantas perempuan berambut panjang itu hilang serta merta.
Kejadian seram juga terjadi di kuarters pegawai/anggota Polis dimana isteri pegawai/anggota polis telah diganggu oleh bunyi ketukan,bunyi hilaian suara seperti suara kuntilanak dan kejadian dimana secara tiba-tiba sahaja pili air di rumah terbuka dengan sendiri pada waktu tengah malam.Ini membuatkan Kpd ketika itu menyuruh pegawai/anggota,Baka dan Kta membuat solat hajat serta bacaan Yaasin di perkarangan kawasan lapang di rumah pegawai/anggota untuk menghindari dari gangguan-gangguan misteri yang semakin menjadi-jadi.
Ada juga anggota mendakwa ternampak hantu askar jepun tengah berkawad di padang berhadapan kuartes blok C.Ketika itu anggota terbabit berada di dalam bilik,entah kenapa secara tiba-tiba dia ternampak di luar tingkap bilik nya penampakan hantu askar jepun sedang berkawad di tengah padang.Anggota tersebut lantas menempik hantu tersebut.Secara tiba-tiba hantu askar jepun itu terus ghaib.
Penulis juga ada pengalaman benar dan seram.Ketika itu penulis mahu menjemput rakan di kuartes untuk makan di kedai Kakna.Ketika itu saya ingin menjemput Din giant(nama panggilan)untuk keluar makan sekali.Lantas Din giant pun beritahu saya Rul(bukan nama sebenar)ingin menumpang keluar makan sekali.Penulis pun memberi Rul naik kereta.Apa yang pelik,Rul seperti malu-malu untuk masuk di dalam kereta penulis,lantas penulis pun membukakan pintu belakang kereta untuk dia masuk.Maklumla Rul ni anggota baru yang baru sahaja melaporkan diri di Ipd(rahsia).
Ketika saya sedang memandu kereta,saya perasan yang si Rul ni asyik menunduk-nunduk seperti sedang melihat handphone.Saya dan Din giant bersembang seperti biasa.Saya ada juga menanyakan soalan kepada Rul,.tetapi dia hanya diam membisu dan menunduk-nundukkan kepalanya sahaja.Setelah sampai sahaja di kedai Kakna,saya dan Din giant pun keluar dari kereta.Tetapi yang peliknya kenapa si Rul tidak keluar-keluar dari kereta.Saya pun lantas membuka pintu belakang kereta.Ya Allah!!!berderau darah saya kerana tiada orang pun di dalam kereta ketika itu.Saya dan Din giant berpandangan sesama sendiri dan mencari-cari di mana kah Rul.Ketika itu handphone Din giant berdering,.lantas Din giant menjawabnya.Ternyata yang menelefon Din giant adalah si Rul.Si Rul marah-marah dan bertanyakan soalan kepada Din giant kenapa tinggalkan dia di rumah.Katanya dia berteriak dan berlari mengejar kereta yang di pandu saya ketika itu.Pelik dan hairan saya kerana tidak mendengar suara teriakan.Din giant pun memberitahu yang kami berdua memang membawa Rul naik kereta.Lantas Rul menafikan bukan dia yang menumpang kereta saya di waktu itu.Saya dan Din lantas mengakui yang kami memang terkena dengan benda itu.Benda itu memang boleh menyerupai sesiapa sahaja yang dia mahu.Biarlah,.mungkin dia ingin tumpang sahaja.Jangan ganggu kami berdua sudah.
Ada juga kisah misteri dimana penulis mahu masuk ke pejabat.Ketika itu kira-kira jam 7.30 pagi.Ketika itu saya seperti biasa membuka pintu pejabat.Ketika saya masuk sahaja di dalam pejabat,saya ternampak akan botol kecil seperti botol minyak atar.Apa yang pelik di dalam botol tersebut ada gumpalan rambut,sedikit minyak dan ada dua butir beras kuning.Keadaan botol itu juga seperti di layur dengan api.Saya serta Kpl Zakri(nama samaran)terus menelefon ustaz Baka supaya datang melihat apakah bendanya botol itu.Ustaz pun segera datang ke pejabat.Lalu dia melihat botol tersebut.Katanya ada orang yang khianat dan berniat meletakkan botol itu di pejabat kami.Ustaz Baka itu terus mengambil botol tersebut dan menanamnya secara terbalik di pasu bunga berhadapan dengan Ipd.Sebelum menanam botol itu,saya melihat ustaz membaca surah-surah dari bacaan ayat-ayat suci Al-Quran lantas menanamnya.
Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah benar seram dan misteri yang terjadi di Ipd (rahsia) tempat penulis bertugas.
Akan ada banyak lagi kisah-kisah benar,seram dan misteri yang akan penulis ceritakan dari masa ke semasa.Jika ada pembaca yang ingin berkongsikan kisah benar,seram dan misteri bolehlah ceritakan secara ringkas kisah benar,seram anda di chat Fb penulis.
Akhir kata dari penulis,...
"Alam ghaib itu ada,..kita semua tidak bersendirian",.....
Azan AFS menulis,.........
Cerita ni blh di jadikan movie ni !! Best of the best
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTunggu siri 2 pulak
ReplyDeleteOk cik,.nnt kongsikan kisah benar dan seram ya
DeleteSeram cerita di balai polis ini.Antara good and evil.Pengalaman seram tinggal di berek polis tidak kurang juga.Bagus cerita ini Azan AFS Penulis.
ReplyDeleteTerima kasih encik Spartabatking117,..ini adalah dari kisah pengalaman benar seram dan misteri yg benar2 terjadi,..teruskan membaca kisah2 yg lain pula ya,.👍👍👍👍
DeleteSeremm....bikin kaget! ! Kasih lagi ceritanya lagi pak...gue suka cerita horror begini..asikk banget
ReplyDeleteYa ampun...bikin capek gue..soalnya seruu amat bikin jantungan..seremmm
ReplyDeleteSeremmmm...seremmm banget
ReplyDeleteWahhh..cerita yg real...best of the best
ReplyDeleteSeram ceritanya. Mesti ada cerita dari polis polis yg lain, kumpulkan ah. Nanti ceritakan pd kami . Slmt maju jaya
ReplyDeleteTerima kasih kerana komen,.nntkan cerita2 yg lain.,
DeleteTerima kasih kerana komen,.nntkan kemunculan cerita-cerita seram yg baru ya,.tq support saya
DeleteSeramnyaa, .best.,
ReplyDelete