Skip to main content

Diculik bunian akibat bermulut celupar di Tasik Banding Gerik Perak


 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua yang membaca blog kisah benar misteri seram.Malam ini saya akan kongsikan kisah pengalaman seram seorang pembaca bernama Zaidi(bukan nama sebenar) yang telah insaf akibat dari selalu bermulut celupar dan panas baran.Begini kisah seram beliau....


Zaidi(bukan nama sebenar) adalah seorang yang amat tidak disukai oleh ramai rakan-rakannya kerana bermulut celupar dan sentiasa panas baran.Ketika mereka pergi memancing,berenang,mendaki bukit bersama pun Zaidi akan bermulut celupar dan panas baran.Dia akan mengatakan hal-hal yang tidak disukai oleh ramai rakan-rakannya.Pernah sekali Zaidi tidak dapat ikan ketika memancing di tasik,dia mengatakan perkataan "pergi mampus lah ikan ni!!tak guna punya tasek!!"!!Ini sebab jembalang kacaulah ni!!"kata Zaidi.INi  membuatkan rakan-rakannya kesal akan sikap Zaidi yang panas baran dan bermulut celupar.

Kebanyakan rakan-rakan Zaidi menasihati Zaidi agar jangan terbawa-bawa dengan perasaan barannya.Pernah sekali Kamil(bukan nama sebenar) menasihati Zaidi akan sikap barannya,tetapi apa yang Kamil dapat adalah penumbuk yang hinggap di mukanya.Apa lagi bergaduh besarlah mereka berdua hingga menyebabkan luka yang amat parah terhadap Kamil akibat Zaidi menggunakan pisau belati yang kecil menghiris jari Kamil hingga hampir putus.Darah membuak-buak keluar dari jari Kamil.Kejadian ini menyebabkan Zaidi pernah tidur di lokap berhari-hari kerana Kamil telah memaklumkan kejadian ini kepada pihak polis.

Ibu Zaidi serta keluarganya begitu kecewa dengan perangai Zaidi yang panas baran itu.Tetapi mereka hanya mampu menasihati beliau.Zaidi dibebaskan dari lokap atas jaminan pihak polis,tetapi perlu mematuhi prosedur tertentu.

Selang bertahun-tahun kemudian,ketika ini jamal(nama samaran)ada membuat aktiviti berkhemah di dalam hutan bersama 3 orang rakannya.Salah satu rakan yang dijemputnya adalah Zaidi.Mungkin Jamal merasakan Zaidi sudah semakin baik dan tidak panas baran lagi akibat dari perbuatannya yang terdahulu.

Sangkaan mereka salah sama sekali kerana Zaidi tetap sahaja dengan perangai lamanya,.tetap tidak berubah sama sekali.

Hinggalah,..

Pada suatu hari mereka pergi bersama berkhemah di dalam hutan.Yang turut serta adalah Jamal,Zaidi,Wahid dan Mazlan.

Mereka berkhemah di Tasik Banding Gerik Perak.Ketika itu aku( Zaidi ) mahu membuang air kecil di tepi busut.Tetapi telah ditegur oleh rakan nya bernama Jamal.Kata Jamal kepada aku "woii Zaidi!!!ko jangan kencing kat busut tu,.!!nanti bengkak anu kau tu nanti kena ludah kat penunggu busut!!baru kau taw!!!" Aku pun membalas kata Jamal "mane ada penunggu!!kalau ada aku sunatkan dia pulak!!" Kata aku dengan ego. Ikut kat ko la Zaidi malas aku tak tegur!!"kata Wahid pula pada aku.Aku terus sahaja kencing di atas busut itu tanpa rasa bersalah.

Kami berempat pun mendiri kan khemah di tepi tasek,..memang nyaman rasanya pada waktu malam.Sejuk je rasanya,..Sesekali terdengar olehku bunyi jengkerik yang membingitkan telinga diselangseli bunyi air berkocak.Mungkin bunyi kocakan air itu akibat ada ikan yang melompat.

Pada malam itu,.kami berempat pun membakar ikan serta memasak meggi.Memang sedap rasanya,.nyaman sungguh.Kami bergelak ketawa sambil bercerita kisah-kisah kami.Hinggalah aku dapat satu idea menceritakan kisah hantu kepada rakan-rakanku yang sememang nya penakut itu.Kata aku kepada mereka,."malam ni hantu pontianak akan datang melawat korang semua"habislah ko!!!hahahaha!!!"kata aku dengan nada bergurau.Aku melihat Jamal,Wahid dan Mazlan mula marah-marah.Kata mereka mulut aku ni capoi.( maksudnya kurang ajar ) Aku pun gelak-gelak.Aku kata mana ada hantu!!kalau ada aku luku-luku kepala dorang seko2.,Ini membuatkan mereka bertiga berdiam diri dan mula tidak mahu bercakap dengan aku.Cehh pedulik ape aku,.!!ada aku kisah.,!!kata aku dalam hati.

Wahid,Jamal dan Mazlan tidur sekali di dalam khemah.Mereka mula memulaukan aku pada malam itu.Aku tidur keseorangan.Aku pun mula mengantuk,.aku tidak mahu tidur lagi.Lantas aku keluar dari dalam khemah dan aku ambil gitar dan mainkan lagu Isabella.

Menyanyilah aku sorang-sorang sambil ditemani cahaya dari unggun api yang kami bakar sebentar tadi.Tiba-tiba sahaja aku terdengar bunyi seperti ada orang berjalan di belakang ku.Lantas aku terus menoleh di belakang.Tetapi tiada apa-apa yang kelihatan.Aku pun sambung menyanyi lagi,.secara tiba-tiba sahaja ada suara lain yang turut menyanyi sama dengan aku.,suaranya seperti suara perempuan,..Dia menyanyi di rangkap ini,.."Dia Isabella,..lambang cinta dua duniaa,..berpisah kerana alam yang berbeda,.." 

Aku mula jadi panik,.kenapa ada suara perempuan menyanyi di dalam hutan ni.Sedangkan hanya kami berempat sahaja yang berkhemah di Tasik Banding ni.Ahh sudahh,..sape pulak yang menyanyi lagu macam ni,.dah la lirik pun salah.,aku mula berfikir bukan-bukan ketika ini.Lantas aku kata "woi setan!!!kau diam lah!!!,.dengan tiba-tiba sahaja aku terdengar bunyi suara perempuan ketawa mengilai-ngilai.Bunyinya seperti terlalu ramai perempuan ketawa.Amat seram,..Hihihi,..hahahaha,..hihihihi,..hahahaha,...huuuu.,huuuu,..huuuu,..

Aku tiba-tiba merasakan ada jari memegang leher aku.Aku terkejut,.lantas aku pegang leher aku tetapi tiada apa-apa.Aku mula memerhati disekeliling dan disegenap pokok-pokok yang ada di situ.

Apa yang aku lihat seperti ada cahaya berwarna merah seperti sepasang mata sedang memerhatikan aku,.banyak sekali cahaya yang berwarna merah di atas pohon-pohon pokok.

Aku mula menjadi takut.Peluh mula keluar dari badan ku.Habis basah lencun baju yang aku pakai waktu itu.tiba-tiba sahaja aku melihat di sebelah kiri dan kanan ku ada sebatang pokok yang amat tinggi tetapi yang peliknya pokok itu seperti berbulu.berwarna hitam,.aku mendongak keatas,.memang pokok itu amat tinggi sekali,.yang peliknya tadi ketika aku memainkan gitar dan menyanyikan lagu memang tiada pokok itu.Kenapa pula secara tiba-tiba sahaja muncul.

Pokok yang hitam berbulu itu secara tiba-tiba sahaja bergerak dan secara perlahan-lahan menutup seluruh badan aku.Aku tidak mampu untuk menjerit,bersuara dan berlari kerana badan aku seolah-olah seperti di gam.Aku hanya mampu melihat sahaja.Pandangan aku mula menjadi gelap.Terlalu gelap hingga aku mula menjadi panik dan tanpa ku sedari air mata aku menitis.Ketika inilah aku mula mengingati Allah S.W.T,..Aku mula menyesal akan perbuatan ku yang selalu sahaja bercakap besar dan panas baran.

Aku pun tidak pasti berapa lama aku diselubungi dengan pokok itu hinggalah tiba-tiba ada satu cahaya keluar dari celahan pokok hitam dan berbulu itu.Aku pun mula merangkak-rangkak mengikut jalan keluar dari situ dengan berpandukan cahaya.Setelah sahaja keluar dari kegelapan itu.Aku pun melihat pokok apakah yang menutupi ku sebentar tadi.Ya Allah berderau darah aku!!rupa-rupanya ada makhluk yang tinggi seperti gergasi yang menutupi ku sebentar tadi.Aku rasa mungkin itu adalah hantu galah.pada pendapat aku lah,.tidak tahulah pandangan korang pula bagaimana.Aku pun mula berlari mengukuti cahaya yang makin mengecil itu.Ketika ini aku telah terlupa akan sahabat-sahabatku.Yang aku tahu aku mesti lari dari tempat ini.

Aku pun mula berlari tanpa tujuan,.Aku sudah semakin hampir dengan cahaya itu.Lalu aku masuk di dalam lubang yang bercahaya dan apa yang dapat aku lihat di dalam nya ada satu perkampungan yang aneh.Aku lihat ada sekumpulan orang yang amat pelik.,mereka semuanya berpakaian serba hitam.Mereka tidak senyum pada aku,.seperti marah.Aku pun tidak tahu apa sebabnya mereka marah-marah pada aku.

Tiba-tiba aku telah ditangkap oleh seorang lelaki berpakaian hitam seperti hulubalang pada zaman dahulu.Aku jadi pelik,.aku bertanya kepada dia,.apa salah aku?? Dia hanya mendiamkan diri.Hanya memegang erat tangan aku.Aku tidak mampu meronta kerana terlalu kuat cengkaman dari tangan beliau.

Aku dibawa ke satu Istana yang amat besar dan sangat cantik.Aku melihat ramai lelaki dan perempuan-perempuan yang muda berwajah tampan dan jelita,.aku merasa seperti berada di dalam awang-awangan.Seperti bermimpi.

Aku dihadapkan ke tok penghulu.Wajahnya tampan dan segak.Aku menjadi pelik kerana tidak nampak seorang pun di antara mereka yang tua.Aku memberanikan diri bertanya kepada tok penghulu kenapa aku ditangkap.Tok penghulu mengatakan kepada aku kerana aku bermulut celupar dan kencing di atas tempat tidurnya.Aku menjadi pelik.Bila masa aku kencing dekat tempat tidur tok penghulu ni.Aku cakap mana ada aku kencing tok,.

Tok penghulu mula marah,.aku melihat mukanya merah,.tiba-tiba keluar taring dari giginya.Aku mula menggigil ketakutan melihat perubahan tok penghulu.Aku palingkan muka ku dari melihat wajah tok penghulu yang menakutkan itu.Lantas tok penghulu berkata padaku "tidak kah kau ingat di waktu senja tadi,.kau kencing dimana??!!!" Aku mula teringat yang aku kencing di atas busut waktu petang tadi.

Aku mengatakan kepada beliau aku minta maaf,."tok,.maafkan saya tok,."saya janji saya tidak buat lagi,.kata aku bersungguh-sungguh kepada tok penghulu.Tok penghulu berkata dengan nada marah,."kau kata nak luku-luku kepala aku ya,.??!!! Aku tergamam,.aku mula teringat akan kata-kata celupar aku petang tadi.Peluh dingin mula keluar dari badanku.,

Aku mula menangis,.aku merayu kepada tok penghulu supaya melepas kan aku.Tok penghulu dengan tegas mahu aku menerima balasan atas apa yang aku buat petang tadi.

Tok penghulu berpesan kepada aku katanya,."aku boleh lepaskan kau dengan satu syarat.,"

Aku:- Apa syaratnya tok,.??

Tok penghulu:-Syaratnya aku nak kan nyawa kau dalam tempoh 15 tahun dari sekarang!!!hahahahha!!!,.

aku pun menangis semahu nya.,"tok jangan tok,..saya tak nak nyawa saya diambil tok,." Kataku merayu,..Aku mula melihat di kiri kanan ku tiba-tiba sahaja berubah,.

Aku melihat tok penghulu serta ramai penduduknya serta istana hilang secara perlahan-lahan seperti kabus.,apa yang ku lihat ketika itu satu pandangan yang amat pelik.Sepertinya aku berada di tempat yang asing.Aku mula teringat akan kawan-kawanku.

Aku mula menelefon mereka.,tetapi hampa kerana bateri henfonku tiada.Aku mula berjalan mencari jalan pulang.Hingga lah aku terdengar bunyi kereta,.aku pun segera menahan sebuah kenderaan di tepi jalan raya.Mujur kenderaan itu berhenti.

Pemandu kenderaan itu berkata kepadaku,.kenapa aku kelihatan sangat kurus dan berada di dalam keadaan tidak terurus.Aku jadi pelik.Aku katakan kepadanya yang aku telah tersesat.Aku memancing di tasik Banding bersama kawan-kawan aku.Beliau jadi pelik.Katanya 'be,.bio betul abe ni,.ni kat Machang lah,..kat  kelate ni.

Beliau lantas mempelawaku masuk di dalam kereta nya lantas membawa ku ke balai Polis berdekatan.Aku pun menceritakan kepada pegawai polis tentang pengalamanku tersesat di dalam hutan.Pegawai polis itu mengaku yang aku ni memang orang yang dicari kerana telah hilang sejak sebulan yang lalu.

Aku menjadi sangat pelik.Aku baru rasakan yang aku tidak hilang cuma baru semalam sahaja tersesat sebab dibawa oleh orang-orang berpakaian hulubalang berwarna putih dan hitam.

Kata pegawai polis itu.Itu mungkin orang bunian rasanya.Aku memberitahu kepada beberapa pegawai polis yang terdapat di situ yang tok penghulu mahu nyawa aku dalam tempoh 15 tahun dari sekarang.Pegawai polis serta beberapa anggota polis berkata bahawa aku perlu berubat dan perlu dipulihkan semula semangatku.

Pihak polis pun menelefon keluarga ku dan aku telah pun dibawa pulang oleh mereka.Setelah pulang dari rumah,.aku pun mula menceritakan pengalamanku kepada ibu serta ayahku.,mereka berdua terkejut mendengarnya.Keesokan harinya,.ibu dan ayah ku pun memanggil pengamal ilmu perubatan islam untuk datang mengubati diri ku.

Kisah ku ini memang amat panjang diharap para pembaca bersabar ketika membacanya.Ketika aku berubat terjadilah perbualan antara aku(telah dirasuk) dan pengamal perubatan tersebut.Seperti yang diceritakan oleh ibu ku, ketika itu aku seperti telah di rasuk dan bukan suara aku yang keluar.Ini adalah antara perbualan ku dengan pengamal perubatan itu.

Pengamal perubatan:- Assalamualaikum,.kamu ni jin islam atau jin kafir!!?

Aku(telah dirasuk) :- heheheh,.aku kafir!!aku nak nyawa budak ni!!dia celupar!!!

Pengamal perubatan:- Astaqfirullah hal zim,.jangan kau kacau cucu cicit nabi adam,.!!

رَّبِّ اَعُوْذُ بِكَ مِنْ هَمَزٰتِ الشَّیٰطِیْنِۙ وَ اَعُوْذُ بِكَ رَبِّ اَنْ یَّحْضُرُوْنِ


Robbi a’uuzu bika min hamazaatisy-syayaathiin wa  a’uuzu bika robbi ay yahdhuruun


Artinya: “Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari bisikan-bisikan syaitan dan aku berlindung pula kepada-Mu ya Tuhanku, agar mereka tidak mendekati aku.”

Surah Al-Mu’minun Ayat 97-98

Lantas ustaz itu terus memegang ibu jari kaki ku dengan kuat.Aku menjerit-jerit minta dilepas kan,.ketika itu,.ustaz menyuruh ibuku mengambil botol kosong yang ada di dalam rumah.Ibuku memberikan nya kepada ustaz tersebut.Ayah ku memegang badanku sambil ustaz tersebut membaca ayat-ayat Ruqyah dan menghembusnya kepada diri ku.,Sambil itu botol itu di letakkan di ibu jari kaki ku.Setelah selesai sahaja ustaz membaca Ayat-ayat dari petikan ayat suci Al-Quran,.ustaz terus menutup botol tersebut dengan pantas.Kata ibuku ustaz menarik-narik sesuatu yang dia tidak nampak supaya keluar dari badanku dan terus mengambilnya dan memasukkan nya ke dalam botol.

Aku mulai tersedar ketika ustaz memercik-mercik kan air di muka ku sambil mulutnya berselawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.

Aku mengucapkan terima kasih kepada ustaz tersebut kerana mengubati dan memulihkan semangatku seperti biasa.Kata ustaz itu berterima kasihlah kepada Allah S.W.T,.saya ni cuma membantu sahaja,.Pesan ustaz itu lagi kepada ku,.katanya,."jangan lagi kamu bersikap sombong,ego,bermulut celupar,panas baran dan lain-lain perbuatan lagi yang tidak elok nanti buruk akibatnya"..Aku mengangguk tanda faham.Aku bersyukur kerana telah pulih dari menjadi mangsa jin itu.

Kisah ini adalah kisah yang benar-benar terjadi keatas diri Zaidi(bukan nama sebenar) .Supaya di jadikan pengajaran kepada para pembaca semua.

Akan ada banyak lagi kisah-kisah benar,seram dan misteri yang terjadi dan akan diceritakan semula oleh penulis,.

Jika mahu berkongsi kisah benar misteri dan seram diceritakan,.bolehlah chatting penulis di Fb,..ringkaskan kisah-kisah anda.nama samaran,kejadian dan di mana terjadi nya peristiwa itu.

Akhir kata dari penulis,..

"Alam ghaib itu ada,...Kita semua tidak bersendirian,...


Azan AFS menulis,......





Comments

  1. Seremm banget sih.,pinging jantungan gue.,asikkk benget

    ReplyDelete
  2. Ok seremm amat,.malah bikin seruuu.,Salam serumpun Dari jawa barat Indonesia

    ReplyDelete
  3. Bapak ini gue lihat hensem banget,.udah punya pacar belum,..??

    ReplyDelete
  4. Ayo temen2,..sokong karya bapak ini.,saya suka banget dengan karya bapak Azan AFS menulis,..seruuu baget

    ReplyDelete
  5. Pacar aja sama gue Azan AFS menulis,.

    ReplyDelete
  6. Ayo kunjungi website kami link alternatif pohon4d untuk mendapatkan uang tambahan setiap harinya

    ReplyDelete
  7. Perghhh!!! Amat seram cerita ni bro, buleh buat film ni

    ReplyDelete
  8. best...nk lagi..cerita lagi ya abg azan afs menulis..

    ReplyDelete
  9. Ayoooo....ayoooo...seruuuuu amatttt semua cerita abg ini...asikkkkkk

    ReplyDelete
  10. Mcm mana sy nk cuba hntar kisah seram peribadi dlm blog ini? Terima kasih

    ReplyDelete
  11. best baca,.semoga penulis banyakkan lagi kisah2 seram ni

    ReplyDelete
  12. Giler,.lagu Isabella mmg serwm kalau nyanyi tengah2 malam.,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketika Sa

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

     Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak. Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya