Skip to main content

Seram!!Cemas!!!Diganggu ketika bermalam di Sekolah Rendah ketika menghadiri kem motivasi UPSR


 Assalamualaikum dan selamat malam kepada para pembaca blog kisah benar seram dan misteri.Pada malam jumaat kliwon ini penulis akan berkongsikan kisah benar seram dan misteri yang terjadi kepada Nora.( bukan nama sebenar )Kisah ini penulis dapat dari pembaca yang telah mesej penulis di Facebook.Katanya kisah benar seram ini terjadi sewaktu Nora bersekolah rendah di Sekolah Rendah(nama sekolah tidak dibenar kan untuk diberitahu) di kawasan Ampang Selangor.Begini kisah seram beliau....


Pada waktu malam kejadian seram itu terjadi,.sekolah saya ada membuat kem motivasi untuk para pelajar darjah enam menduduki peperiksaan UPSR.Ketika itu seingat saya dalam tahun 1997.Saya bersama rakan-rakan pun mulai berkumpul di sekolah.Kami dibahagikan kumpulan oleh guru.Murid perempuan di tempatkan di blok A manakala pelajar lelaki ditempatkan di blok B untuk penginapan kami.Kami berada di sekolah itu selama tiga hari dua malam.

Pada malam itu,.masih ku ingat ketika itu setelah selesai sahaja kami solat isyak.Kami semua pun mahu masuk ke dewan untuk mendengar ceramah dari tenaga pengajar atau guru.Ketika saya mahu masuk di dewan,tiba-tiba saya terdengar bunyi suara menjerit-jerit di dalam dewan.Lalu saya terus sahaja masuk di dalam dewan,dan apa yang ku lihat adalah seorang pelajar perempuan telah dirasuk.Keadaan pelajar yang dirasuk itu menjerit-jerit serta ketawa mengilai-ngilai.Ramai pelajar perempuan cuba membantu memegang dia tetapi gagal kerana kudratnya seperti lelaki.Ada juga pelajar lelaki cuba memegang kaki pelajar yang di rasuk itu.Tetapi sekali terjahan sahaja pelajar lelaki itu terus jatuh tersembam di lantai dewan.Ini memaksa guru memanggil ustaz di sekolah kami ketika itu supaya segera datang mengubati pelajar perempuan yang telah mengalami kejadian histeria itu.

Apa yang paling ku takuti adalah,.secara tiba-tiba sahaja ramai pelajar perempuan jatuh terduduk dan mula menjerit-jerit dan ketawa seperti telah dirasuk.saya menjadi sangat risau dengan kejadian yang di alami oleh para pelajar-pelajar yang telah di rasuk itu.Mujurlah saya membaca ayatul Qursi di dalam hati.Saya teringat pesanan ibu supaya membaca ayat ayatul Qursi ketika berhadapan dengan keadaan cemas dan seram.

Ketika ustaz datang mengubati para pelajar perempuan yang di rasuk itu.Tiba-tiba sahaja ada pelajar lelaki berlari di beranda sekolah.Saya pun mengikuti pelajar itu dan mendapati terdapat sepasang selipar berterbangan keluar dari blok B ke blok A.Ini amat membuatkan saya merasa pelik melihat situasi itu.Kami berpandangan sesama sendiri.Benarkah apa yang ku lihat itu selipar atau benda lain.Benda itu seakan selipar tetapi kenapa ia berwarna merah??..apa yang menyeramkan kami adalah terdapat jejak darah di hadapan blok A dan blok B.,Mungkinkah itu hantu penanggal.,??kenapa ia berada di dalam sekolah??pelik,.Saya cuba mengamati lagi benda yang berbentuk selipar itu,.Ia pergi pula ke dalam tandas pelajar perempuan."Ahh sudah,..buat apa pulak benda tu pergi tandas.,??

*******************************************


Setelah sahaja ustaz mengubati para pelajar perempuan yang telah mengalami kerasukan sebentar tadi.Ustaz ada bertanya kepada pelajar perempuan yang mula-mula sekali di rasuk sebentar tadi.Kata pelajar perempuan itu,.dia ada pergi ke tandas seorang diri sebelum masuk kedewan.Katanya semasa di tandas,.ketika dia membasuh muka di hadapan cermin,.dia terperasan ada seorang pelajar perempuan keluar dari bilik air dan cuba untuk membasuh muka juga,.ketika pelajar itu hendak menegur pelajar disebelahnya,.dia amati yang ditegurnya itu wajahnya sama macam wajah dia."Apa lagi saya terus lari lah dari bilik air tu ustaz",.kata pelajar perempuan itu dalam keadaan cemas.Sambung perbualan nya semula,."Setelah sampai sahaja di dalam dewan tiba-tiba sahaja saya rasa lemah terus jatuh terduduk dan tidak sedarkan diri.Ketika ini lah saya di rasuk,.sedar-sedar sahaja wajah saya telah basah,.ustaz percikkan air kat saya,."katanya dengan nada lemah.Ustaz pun terus sahaja memberinya air mineral yang telah di jampi kepada pelajar itu.Kesemua pelajar  perempuan yang dirasuk minum air mineral yang diberikan oleh ustaz.Setelah itu kami pun mendengar ceramah dari tenaga pengajar.Alhamdulillah tiada perkara seram yang berlaku ketika kami mendengar ceramah di dewan pada malam itu.

Ketika waktu malam pula,.ketika kami semua hendak masuk tidur,.tiba-tiba sahaja saya dan beberapa kenalan terdengar bunyi dari atas siling seperti bunyi ada orang menggiling cili dan menumbuk sambal.Pelik,.??kenapa ada orang menggiling cili dan menumbuk sambal pada lewat tengah malam ni,.lagipun ini kan kawasan sekolah.Meriding bulu roma saya bila memikirkan perkara yang tidak masuk akal itu.

Kejadian seram tidak habis begitu sahaja.Pada malam kedua pula,.ketika kami semua hendak masuk tidur,saya amat susah hendak pejamkan mata.Saya cuba untuk tidur tetapi tidak mahu lena.Kejadian seram itu terjadi pada malam jumaat kliwon,.seingat saya dalam jam dua belas setengah minit malam,.saya merasa secara tiba-tiba sahaja suhu di bilik menjadi sejuk.,Saya menggigil kesejukan,tiba-tiba sahaja saya ternampak di cermin tingkap seperti ada penampakan perempuan tengah menghendap-hendap di luar bilik tempat tidur kami.Sekejap ada penampakan sekejap tiada.Secara tiba-tiba sahaja saya terdengar ada bunyi suara garau di luar bilik saya berkata begini,."Siapa tak tidur lagi,...satu dah tidur,..dua dah tidur,..tiga dah tidur,...empat dah tidur,..lima pun dah tidur,..."Saya amat ketakutan dan menggigil mendengar suara perempuan yang garau itu.Serentak dengan itu tiba-tiba sahaja!!!pintu bilik kelas kami terbuka dengan sendiri,.lalu muncul lah sesosok perempuan berpakaian putih kekuningan.Wajahnya saya tidak nampak kerana terlindung oleh rambutnya yang panjang mengerbang,kakinya tidak menjejak lantai.,sedang mengamati kami semua.Di ulang percakapan nya seperti tadi,..

"Satu dah tidur,..dua dah tidur,..tiga dah tidur,..empat dah tidur,...lima dah tidur,...enam,...hehehehehehehehehehehehehehehehehe,..belum tidur ya nakkkkkkkkk,..",kata hantu perempuan itu.Saya menangis sambil menggigil ketakutan mendengar nya,.saya cuba memanggil rakan saya disebelah tetapi suara tidak keluar,.hendak bangun untuk lari,tetapi tidak berdaya.,saya cuba tutup mata.,Syukur waktu itu,.tiba-tiba sahaja ada ustazah yang lalu di bilik kami.Ustazah itu masuk ke bilik kami,dan apa yang ku lihat ustazah itu melanggar hantu perempuan itu,.hantu perempuan itu seperti kabus terus sahaja hilang dari pandanganku, seperti tiada apa yang terjadi.Lalu saya terus bangun dan terus memeluk ustazah itu sambil menangis.Ustazah itu terkejut dengan perbuatan ku itu dan bertanya ada apa yang terjadi.saya bilang kepada nya apa yang saya nampak ketika itu.Ustazah itu mengurut dadanya dan mengucap panjang mendengar cerita ku itu."Mungkin Allah S.W.T menggerakkan hati ustazah untuk melihat anak-anak murid ustazah yang tidur dikelas ni,."kata ustazah itu kepada saya.,

Ustazah itu terus mempelawa saya tidur dengan nya di bilik guru tempat ustazah itu tidur.Saya mengikuti sahaja tanpa banyak bicara.Lega hatiku ketika itu.

Pada keesokan hari adalah hari terakhir kami di kem motivasi,.Setelah selesai sahaja kem motivasi tersebut,.saya terus berjumpa dengan ustazah itu untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya,.Kata ustazah itu kepada saya,."kamu hendaklah membasuh kaki dan membaca doa ketika tidur,.jika tidak benda-benda halus ni selalu akan mengusik atau mengganggu mereka yang lemah semangat.Hendaklah berzikir dan ingat kepada Nya iaitu Allah S.W.T,..sembahyang lima waktu jangan di lupa".....kata ustazah itu kepada saya,...


Sekian sahajalah kisah benar seram dan misteri yang terjadi kepada Nora(bukan nama sebenar) kepada penulis,..akan ada banyak lagi pengalaman dari kisah-kisah benar seram dan misteri kepada para pembaca semua,..teruskan menyokong dan membaca blog saya,..kepada sesiapa yang mahu kisah benar seram nya di ceritakan,.boleh lah memberitahu saya di Fb saya iaitu di https://www.facebook.com/ahmad.azan.106

Akhir kata dari penulis,...

"Alam ghaib itu ada,...kita semua tidak bersendirian",........


Azan AFS menulis,......







Comments

  1. Part yg nenek kebayan mengira tu seram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana membaca ya,..teruskan membaca lagi di kisah-kisah yang lain pula ya

      Delete
  2. Kejadian histeria di sekolah kekal misteri hingga sekarang..jin dan syaitan itu wujud..

    ReplyDelete
  3. Waduhhh...serem merinding gue

    ReplyDelete
  4. Bnyk cerita2 seram budak2 yg keja jaga Dan budak hostel..nt diorang akan bagi kisah pengalaman mereka kepada tuan, thanks for the story

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana membaca,.nnt leh la pm saya di fb saya ya,..👍👍👍

      Delete
    2. Terima kasih kerana membaca ya,.teruskan lagi membaca kisah-kisah benar seram dan misteri yang lain pula,..kalau ada kisah seram boleh la beritahu saya di FB saya,.terima kasih,..

      Delete
  5. Gue ada cerita seremmm...mau cerita tapi serem kayak merinding jadi nya nih...

    ReplyDelete
  6. seram betul..terasa seperti berada kat dalam citer

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketika Sa

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

     Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak. Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya