Skip to main content

Seram!!!misteri kucing hitam!!!,..


Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam jumaat kliwon ini, saya akan berkongsikan kisah benar,seram dan misteri tentang kisah Ida(bukan nama sebenar)yang menyeramkan kerana dia pernah membawa seekor kucing hitam yang amat misteri masuk ke dalam rumah nya.


Kejadian ini sudah lama berlaku,.katanya terjadi pada tahun 1995 dahulu.Ketika itu dia masih berada di bangku sekolah rendah lagi.Umur nya ketika itu sekitar dalam 11 tahun.Ida adalah seorang pencinta haiwan.Haiwan yang paling di sayangi dan di sukai oleh nya adalah kucing.


Kisah benar seram dan misteri nya bermula ketika,....


Aku(Ida) menetap di kampung(rahsia) di Seremban Negeri Sembilan bersama ayah dan ibu ku.Aku adalah anak tunggal.Kisah seram aku terjadi beberapa tahun yang lalu. ketika itu aku sedang tidur di dalam bilik.Jam menunjuk kan tepat pukul 1.00 pagi.Memang menjadi kebiasaan aku tidur seorang diri di dalam bilik.Aku ada membela 3 ekor kucing.Tetapi pada malam itu kucing aku tidak menemani aku tidur bersama.


Ketika aku mahu melelapkan mata.Tiba-tiba aku terdengar bunyi suara kucing di luar rumah."Meoww...,meowwww,..."bunyi suara itu kedengaran berulang-ulang kali.Aku menjadi kasihan mendengar suara kucing itu.Mungkin kucing itu lapar agaknya,.fikir ku ketika itu.


Lantas aku pun segera bangun dari katil dan membuka tingkap bilik.Untuk makluman pembaca semua,rumah Ida ini adalah rumah kayu.Maklumla Ida duduk perumahan rumah di kampung melayu.Rumah Ida adalah rumah turun temurun dari nenek nya diwarisi pula oleh ayah Ida.Jadi sejak lahir lagi Ida memang sudah menetap di situ.

Berbalik kepada cerita beliau semula.Ketika aku(Ida) membuka tingkap bilik,.aku terus mencari-cari di manakah gerangan nya bunyi kucing itu.Setelah puas menjenguk di luar tingkap.Aku ternampak sepasang mata yang bersinar terang di atas pokok manggis.Ternyata ia adalah seekor kucing yang berada di atas pokok manggis.Aku lantas segera keluar dari bilik dan membuka pintu rumah lalu keluar untuk mencari kucing tersebut.

Aku segera memanggil-manggil kucing tersebut.,"mioowww,...Oooo mioowww,..mana kau ni miooww,.."!!!teriak ku pada malam itu.Ibubapa ku telah lama hanyut di buai mimpi.Ketika itu hanyalah aku seorang sahaja di luar rumah.Aku tercari-cari kucing itu.Hairan aku kerana tidak nampak pun kelibat kucing tersebut.Aku segera pula melihat di sebelah rumah ku berdekatan dengan kubur lama.Aku ternampak sepasang mata bersinar.Rupa-rupa nya ia adalah seekor kucing hitam.

Apa yang pelik aku lihat kucing itu seperti melompat-lompat di atas salah satu kubur di situ.Sekejap kucing itu mengeow,..sekejap lagi pula kucing itu mendiamkan diri.

Aku menjadi asyik melihat gelagat kucing hitam itu.Sedang aku mengelamun memerhatikan kucing hitam itu.Tiba-tiba sahaja aku terasa seperti bahu aku di tepuk orang dari arah belakang.Aku segera menoleh di belakang.Tetapi tiada siapa pun di belakang ku.Ketika aku hendak menoleh di hadapan ku semula,. tiba-tiba sahaja,.Ya Allah!!!berderau darah aku,.Kini apa yang kulihat adalah dihadapan ku yakni di dalam jarak 25 meter sahaja.Aku melihat seorang perempuan berambut panjang.Wajahnya ditutupi oleh rambutnya yang panjang dan memakai pakaian serba putih,.sedang membelai-belai kucing hitam itu.Wanita itu seperti terawang-awangan berdiri di atas kuburan di hadapan kucing hitam itu.Kucing itu pula aku lihat seakan menyukai perbuatan wanita serba putih itu membelai-belai kepala serta badannya.

Tiba-tiba sahaja wanita itu mengilai.,"Heee,..heeee,..heee,..heeee"....gelak nya membuatkan ku ketakutan ketika itu."kau mahu kucing hitam aku yaaaa"...katanya dengan suara nya yang garau.Aku lantas ingin segera berlari masuk ke dalam rumah tetapi segala pergerakan ku seperti dikunci.Ingin menjerit meminta tolong tetapi suara aku tidak mahu keluar.Apa yang aku mampu laku kan ketika itu adalah duduk mencangkung dan menangis sambil menutup mata dengan kedua-dua belah tangan ku.

Didalam hati, aku memohon kepada Allah S.W.T agar di jauhkan diri dari sebarang gangguan iblis,jin dan syaitan.Aku memberanikan diri untuk membuka mata ku secara perlahan-lahan.Di hadapan ku ketika itu terdapat seekor kucing hitam.Ia lantas mengeow-ngeow di hadapan ku.

Ketika itu aku mendapat kekuatan ku kembali,lantas aku terus mengambil kucing hitam tersebut dan membawanya masuk kedalam rumah.Setelah aku membawa kucing hitam itu masuk ke dalam rumah.Pintu rumahku ketika itu secara tiba-tiba sahaja di terjah bertalu-talu dari luar."Bammm!!!Bammm!!!Bammm!!!"..bunyi ketukan itu lantas mengejutkan ayah dan ibuku dari tidur.Mujur ketika itu ayah serta ibu ku terbangun dari tidur, lega sedikit hatiku.Ayah ku segera mendapatkan ku dan menyuruh ibuku mengambil garam kasar di dapur.

Ayahku membaca surah-surah dari ayat suci Al-Quran lantas membaling garam yang diberikan ibuku sebentar tadi di hadapan pintu rumah.Aku mendengar bunyi hilaian dari luar rumah.Bunyinya sekejap dekat sekejap jauh.Ibuku segera memeluk ku dengan erat sambil berzikir.Ayah ku mengatakan itu adalah bunyi hilaian pontianak.Menggigil aku serta ibuku mendengar nya.

"Pulangggkannn!!!!!,..pulangggkann!!!!,..pulangggkannn,..!!!!"terdengar olehku serta ibubapaku suara seorang perempuan yang garau memekik-mekik di luar rumah.Aku segera teringat akan kucing hitam yang ku gendong erat di tanganku.

Aku segera melepaskan kucing hitam itu.Ayah ku ketika itu terus mengalunkan Azan di dalam rumah.Tidak semena-mena kucing hitam itu bertukar menjadi batu nisan.Aku,ayah serta ibuku terkejut melihat perubahan kucing hitam itu.

Ayah ku segera membuka pintu rumah.Dan apa yang terjadi adalah batu nisan itu seolah-olah terbang melayang layang di udara dan terus keluar dari rumah.

"Terima kasihh ya kerna memulangkan semula anak ku,....heeee,.heee,..heeee,..heeee,....."kedengaran oleh ku serta ibubapa ku ketika itu akan satu suara yang garau mengucapkan terima kasih kepada kami bertiga.Aku berasa amat ketakutan mendengarnya.Setelah menutup pintu rumah,ayah ku segera mengambil air dan diberikan kepadaku dan ibuku untuk diminum dan dipulih kan semangat kembali.Ibu ku juga menggigil-gigil ketakutan.Kata ibuku tidak pernah lagi terjadi kejadian yang paling menakutkan di dalam hidup nya sejak dia berkahwin bersama ayah ku di kampung.Ini adalah kali pertama beliau di ganggu  dengan sangat teruk.Ini membuatkan aku dan ibu ku demam seminggu akibat kejadian itu.

Setelah sembuh dari demam,.aku memberanikan diri memberitahu kepada ibubapaku tentang perkara sebenar akan apa yang terjadi sebenarnya.Kejadian itu terjadi kerana aku mengambil kucing hitam yang berada di luar rumah.Ayah dan ibuku menasihatiku supaya jangan mengambil lagi haiwan yang di jumpai di luar rumah ketika waktu lewat malam.Aku mendengar nasihat mereka berdua dan berjanji tidak akan sesekali mengambil haiwan di luar rumah,walau pun seekor anak kucing.Aku kini menjadi  sangat trauma dengan kucing hitam.

Itulah pengalaman benar,seram dan misteri yang terjadi kepada Ida(bukan nama sebenar).Semoga pembaca semua terhibur dengan kisah ini.Akan ada lagi kisah-kisah benar,seram dan misteri yang akan penulis ceritakan dari masa ke semasa.Jika ada pembaca yang ingin berkongsi kisah seram boleh lah menghantar chat kepada penulis melalui fb.

Akhir kata dari penulis,....


"Alam ghaib itu ada,....kita semua tidak bersendirian,...."


Azan AFS menulis......




Comments

  1. Kisah seram hantu kucing hitam.Kucing berada diantara Cahaya and Kejahatan.Bagus cerita ini.

    ReplyDelete
  2. Serem banget deh...jangan ambil binatang waktu malam..takut dehh

    ReplyDelete
  3. Cerita ni kalau buat film atau publish kan buat video di YouTube mesti laku ni!! Sy memang penggemar cerita seram!! Greeting from Brazil, sy ni masih student lg,belajar di sana.

    ReplyDelete
  4. Kali ni seram dia lain macam!! Boleh bgtau kwn2 ni ada blog seram real mcm ni!!

    ReplyDelete
  5. Best kalau ada org buat drama/film tentang kisah2 seram tuan ni!! Mintak2 la ada yg sudi buat cerita tuan ni senaskah drama/film

    ReplyDelete
  6. Terbaikk!! 10K binatang tahap seram sejuk

    ReplyDelete
  7. Bikin jantungan degup kencang om..serem horror

    ReplyDelete
  8. Woshhh!!! Bikin lgi dehh...gue mahu lagi dong...

    ReplyDelete
  9. Saber ..lo kalo ngak saber lo makan duluan dong

    ReplyDelete
  10. Superbest story creepy and horror!!!

    ReplyDelete
  11. Mantull...cerita mcm ni lah yg bg aku tahap keseraman dia lebih best dari main game Xbox 360

    ReplyDelete
  12. Xnk komen Pape ..yg penting cerita ni real..Dan best

    ReplyDelete
  13. Takut lah,..kenape nk p ambik kucing tengah2 malam?? tu bukan kucing,boleh jadi jin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

     Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak. Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya

Kisah menakutkan tentang Ilmu kepala taik

Sekadar gambar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri. Ada suatu kisah benar dan seram yang akan dikongsikan ceritanya oleh encik Mat bukan nama sebenar kepada saya. Disini saya bukan menceritakan perihal tentang ilmu minyak dagu,tetapi tentang ilmu kepala taik.Kedengaran seperti melucukan bukan,.? tetapi hakikatnya ilmu ini sangat merbahaya kepada wanita.  Kata encik mat kepada saya ilmu ini diketahui olehnya melalui kawannya yang menggunakan ilmu kepala taik itu.Untuk mendapatkan ilmu tersebut si pengamal mestilah tidak akan mandi seumur hidupnya dan yang paling menjijikkan adalah apabila si pengamal ingin pergi buang air besar,si pengamal mestilah mengambil hujung kepala tahi najisnya sendiri dan disapukan ke pada kedua tapak tangan lalu dengan membaca beberapa mantera si pengamal akan menyapukan tangan yang dilumurkan tahinya kearah rambut serta dimukanya. Yang menghairankan encik mat adalah si pengamal tidak berba

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketika Sa