Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua para pembaca kisah benar,seram dan misteri.,Pada malam jumaat kliwon ini,saya akan menceritakan suatu kisah yang benar-benar terjadi.Kisah ini adalah kisah dari sahabat saya yang bernama Omar.Beliau menceritakan kisah yang benar-benar terjadi kepada salah satu penghuni dari Kuarters Kompleks KLIA.Begini kisah seram beliau,...
Cerita ini berlaku ketika zaman era Kuarters Kompleks KLIA dibuka jika tidak silap pada tahun 1998.Ketika itu ramai kakitangan awam berpindah ke situ semasa Kuala Lumpur International Airport atau dipanggil KLIA dibuka.Mereka tinggal di Kuarters Kompleks KLIA.Kawasan asal dahulu adalah kawasan hutan dan ladang kelapa sawit.Jadi pelbagai peristiwa misteri dan seram banyak berlaku di situ.Kuarters KLIA ini terletak di sempadan Sepang,Selangor dan Nilai,Negeri Sembilan.
Salah satu misteri dan kisah urband legend di situ adalah kejadian yang berlaku di gerai burger.Beginilah kisah seram beliau,..
Pada suatu malam,Atoi (bukan nama sebenar), sedang berniaga gerai burger di dalam Kompleks Kuarters KLIA.Pada ketika itu banyak kedai atau gerai tidak dibuka seperti sekarang.Dahulu ada tiga tempat jika mahu beli makan pada malam.Satu di Kampung Jijan,satu lagi di kedai di area kawasan tasik dipanggil kedai "Tasik" dan satu lagi gerai tepi jalan atau pasar malam pada hari tertentu.
Atoi biasanya berniaga sampai lewat malam.Biasanya jika ramai pelanggan.Dia akan berniaga sampai pukul 1 pagi.Malam itu adalah malam jumaat keliwon.Atoi meniaga seorang diri kerana rakannya tidak sihat.Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam.Suasana Kuarters Kompleks KLIA kelihatan sunyi dan suram kerana tiada kenderaan atau motosikal yang lalu lalang.
Kebiasaan nya pada pukul 12 malam seperti itu akan ada orang yang balik dari kerja,seperti pekerja dari shift petang.Seterusnya selepas itu tiada lagi bas melalui kawasan itu untuk mengambil kakitangan pekerja.Atoi mulai ingin mengemas barang nya.Secara tiba-tiba sahaja,.kedengaran suatu suara memecah keheningan pagi,..
"Bang,burger daging satu"......
Atoi terkejut mendengar suara itu kerana dia tidak mendengar derapan bunyi tapak kaki berjalan dan orang berjalan ke arah gerai nya.
"Satu je ke bang..???..."kata Atoi kepada suara itu.
" Satuuu je......."suara itu kedengaran perlahan sahaja dan sayu.
Atoi melihat ada kelibat lembaga di sebalik rak kaca burger.Jadi Atoi mulai memasak burger.Atoi menoleh lagi,tetapi kelibat tadi masih ada.Jadi Atoi hanya fokus memasak.Setelah beberapa minit burger itu siap.Tiba-tiba angin bertiup dengan kuat dan kencang.Lantas Atoi terhidu bau sesuatu yang amat busuk menusuk hidung nya.Atoi sudah mulai rasa tidak sedap badan.Dia pun memangggil pelanggan nya tadi.
"Bang,burger sudah siap.Saya bagi extra burger untuk abang.Nah harga rm2 saja.Harga 2 dalam 1."
Lembaga itu memunculkan diri melangkah betul-betul di hadapan Atoi.
"Allahhuakbar"!!!!!
Lembaga itu tiada kepala.
Atoi mula longlai dan pengsan.Inilah pertama kali perkara menyeramkan berlaku sepanjang dia berniaga di situ.
Esok pagi nya Atoi telah di kejutkan oleh orang yang lalu lalang di situ.Atoi pun menceritakan kisah seram nya kepada seorang tukang kebun yang mengejutkan diri nya dari pengsan.Akhirnya habis kecoh satu Kuarters Kompleks KLIA akan kisah peniaga gerai burger yang di ganggu dan di kacau oleh hantu tanpa kepala.Kisah ini menjadi bualan antara generasi lama kepada generasi yang baru.
Kisah ini masih lagi segar di ingatan penghuni Kompleks KKLIA yang berada di situ ketika itu hinggalah sekarang.
Akan ada banyak lagi kisah-kisah benar seram dan misteri yang akan penulis cuba ceritakan kepada para pembaca.Teruskan membaca kisah benar misteri seram yang terdapat di blog penulis.Nantikan kisah-kisah yang lain pula di hari yang akan datang.,
Akhir kata dari penulis,...
"Alam ghaib itu ada,.....
Kita semua tidak bersendirian,...."
Azan AFS menulis,....
sy duk kuarters klia dlu... cerita yg xde kepala gngu kedai burger tu ada.. tp lain versinya..
ReplyDeleteTerima kasih kerana membaca,..ya kisah ni mmg legend,.saya dulu pun pernah bersekolah di SMKKKLIA,..
DeleteMmg name atoi ni fames ke kat kuaters klia
ReplyDeleteTempat kejadian ini berlaku di KELOMPOK 6 Kuarters klia
ReplyDeleteKelompok 6,kelompok aku tu..abg din x jd atoi..dulu dia meniaga kat kdai fama
DeleteWaduhhh...bisa2 aja ada hantu Tampa kepala sihhh...ingin makan burger pula...ini hantu kok lapar ya..?! Bikin jantungan gue dehhh..soalnya merinding membacanya
ReplyDeleteGimana hantu itu mau mkn kalo kepalanya tiada? ? Bikin lucu pula sihhh
ReplyDeleteGue baca rasa lapar pula...
ReplyDeletePerghhh..urban legend ni... kompleks kuarters kkklia ni tempat aku bersekolah dulu...teringat2 lagi lagu sekolah kkkklia..
ReplyDeleteAku penah nampak hantu budak kecik main2 kat tngh2 jalan kat kompleks kuarters kkklia ni dulu...amat seram..dah la mlm hari pukul 12 xkan bebudak keluar main2 kat tngh2 jalan...
ReplyDeleteJalan kg jijan dulu seram weiii kalau lalu lewat malam...
ReplyDeletesekarang kg jijan dah terang hantu xdak tempt nk ddk dah. hihi
DeletePerghhh...urban legend punya story ni weiii
ReplyDeletehanya bermain game bisa mendapatkan uang, yuk kunjungi website kami di jacktoto dan akan mendapatkan kesempatan untuk jackpot
ReplyDeletebaru jumpa blog ni...aku pun duduk kuaters KLIA ni dari 1998...sekolah pun kat situ sampai form 5..mybe aku kecik lagi time tu....aku tak berapa tau cite ni...
ReplyDeleteDan aku dengar dulu ada orang cakap ada kelompok 19 dan 20 kat kuaters klia ni....tapi jauh sikit dari kelompok 18 tu...katanya berhantu...nth la nak caye ke tak...
ReplyDeleteSeram nyaa,..aku ni dah la penakut.Takut2 pun sampai habis aku baca,.mana perginya penulis ni,.tertunggu-tunggu cerita selanjutnya.Mungkin sibuk kerja kot.Aku Salah sorang fan azan afs👍👍👍💪💪💪💪
ReplyDeleteความสยองขวัญ...แม้แต่ในประเทศไทยยังมีเรื่องราวสยองขวัญอีกมากมาย
ReplyDeleteWah,.best la cerita Azan AFS menulis ni,.seramm sgt2,.kesemua cerita bro ni mmg best lah,.👍👍👍👍👍👍
ReplyDelete