Skip to main content

Seram!!!Saka tidak bertuan,.mengikut pulang ke rumah!!!!

     sekadar gambar hiasan


 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar misteri dan seram,..pada malam ini saya akan berkongsikan kisah benar misteri,seram yang terjadi kepada pembaca yang telah chat saya di FB.,Kisah ini adalah kejadian benar,seram dan misteri yang dialami oleh Anip (bukan nama sebenar).


Kisah seram ini terjadi ketika aku(Anip) keluar memancing ikan bersama rakan-rakan pada waktu hujung minggu.Kisah ini terjadi pada tahun 1990 an.Yang turut serta memancing bersama aku ketika itu adalah Ajai dan Seli.Memang menjadi kebiasaan kami memancing di ( lokasi dilarang untuk diberitahu) di salah satu persisiran pantai di Johor.

Ketika itu jam sudah menunjukkan tepat jam 7 petang.Kami ni kalau memancing memang dari pagi hinggalah membawa ke malam.Memang seronok memancing bersama,apakan tidak boleh lah menghilangkan stres di tempat kerja kami bekerja.

Berbalik kepada kisah aku tadi.Pada waktu petang itu ketika jam menunjukkan jam lebih kurang 7.24 petang.Ketika aku sedang leka memancing,aku terlihat di celah-celah batu di kiri aku ada sesuatu benda seperti botol kaca.Aku terus mengutipnya,kerana aku terlihat di dalam botol kaca tersebut ada bungkusan kain berwarna kuning.

Kerana sifat ingin tahu aku itu,aku terus membuka penutup botol kaca tersebut.Lalu aku pun mengeluarkan bungkusan kain kuning itu.Setelah aku membuka kain itu,aku mendapati di dalam kain itu terdapat jarum peniti beserta sedikit kesan darah dan terdapat juga kain putih.Ketika itu lah ditelinga belah kanan aku terdengar seperti suara garau berkata "terima kasih ya,...hee heee heee.,," Terus terkejut aku dibuat nya,sampai tercampak botol itu terus tenggelam di air laut yang ketika itu air sedang pasang.,Lantas kawan aku bernama  Seli terus sahaja menempik aku dan berkata "woi Anip!!!kau ni dah kenape??kenape kau p bukak penutup botol tu??kau ni main ambik dan bukak je"!!Aku takut ada benda lain je dalam botol tu.,!!Ni sekarang aku dah terdengar suara perempuan gelak-gelak,.dah jom gerak,lagi pun dah nak masuk waktu maghrib ni,.!!Aku dan Ajai terus sahaja mengambil joran pancing dan peralatan memancing serta sedikit ikan.Padan muka aku kena bebel dengan Seli.Ajai pun sama jugak marah-marah pada aku.Aku pun cakap la "korang ni benda tahyul pun nk percaya,.!!"terus mereka berdua menggeleng-gelengkan kepala.

Setelah sahaja kami bertiga berada di tempat parking kereta,Aku pun mengambil ikan yang dipancing kerana mahu memasukkan nya ke dalam kereta.Lalu terus dimarahi oleh Seli,katanya nanti kotorla kereta.Lantas dia pun mengambil bungkusan berisi ikan tersebut dan memasukkan nya ke dalam bonet kenderaannya.

Kami bertiga pun mengikuti jalan pintas ketika itu,jalan itu memang jarang ada kenderaan yang lalu.Waktu sudah menunjukkan jam 09.10 minit malam.Secara tiba-tiba aku terhidu suatu bau yang amat busuk.Lantas Ajai berkata "bau ape busuk sangat ni macam bau bangkai je!!,."Seli terus memberikan isyarat di mulutnya supaya kami berdua diam.

Aku dan Ajai terpinga-pinga melihat isyarat diam dari Seli.Tiba-tiba sahaja di bahagian belakang bonet kedengaran seperti ada sesuatu benda sedang mengetuk-ngetuk dari dalam luar bonet.Tukk,..tukkk,..tukkk,..bunyi suara ketukan itu kedengaran.Kami bertiga saling berpandangan ketika itu.Seli mulai membawa keretanya dengan terhuyung-hayang sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan.Aku berkata kepada Seli,."kau kenape ni Seli,.??Seli berkata yang kereta nya terasa berat,.dan hanya mampu mencapai hanya 50 km/jam sahaja.Memang ketika itu enjin kereta mengaum-ngaum seakan membawa suatu benda yang berat.

Habis berpeluh kami bertiga di buatnya.Seakan bermandi dengan peluh.Walaupun telah dipasang penyaman udara oleh Seli.Ajai secara tiba-tiba sahaja membuka tingkap belakang kenderaan.Ketika inilah aku terasa seperti ada angin sejuk menghembus masuk di dalam kenderaan kereta Seli.Serentak dengan itu,kami terus sahaja terhidu bau yang amat busuk,.lantas terus sahaja aku menutup hidung menahan bau itu.

Perjalanan mahu balik ke rumah sewa kami rasakan amat lama,kerana keadaan kereta Seli yang perlahan dan menderam-deram bunyi enjin nya.Lantas Seli memberhentikan keretanya di bahu jalan.Seli keluar dari kereta dan aku mengikuti Seli dari belakang.Seli terus membuka bahagian penutup bonet enjin dan terus memeriksa enjin nya.Setelah berpuas hati dengan keadaan enjin,Seli menutup bonet kereta nya.Secara tiba-tiba sahaja dalam jarak 50 meter di hadapan kereta Seli aku terlihat penampakan seperti seorang perempuan yang kelihatan sedang menari-nari seakan menari tarian dari jawa asli Indonesia.Aku terus menepuk bahu Seli dan menunjukkan jari aku ke arah perempuan yang sedang menari-nari itu."Allah Huakbar!!!!"kata Seli secara kuat lantas segera menyuruh aku memasuki keretanya.Seli lantas menghidupkan enjin kereta nya.Tetapi enjin nya tidak boleh di hidupkan.Aku melihat perempuan itu tiba-tiba sahaja menghilang,.dan Bammm!!!!bunyi ada orang memijak atap kereta Seli dari arah atas,.Aku,Seli dan Ajai terkejut dan cemas dengan situasi itu.Lantas Ajai terus melaungkan Azan di dalam kereta ketika itu dengan suaranya terketar-ketar,..

Setelah selesai sahaja Ajai melaungkan Azan,.serentak dengan itu kereta Seli dapat dihidupkan semula.Bunyi dari atas kenderaan Seli juga sudah tidak kedengaran lagi.Lantas Seli terus membawa kereta nya dengan laju.Kami bertiga merasa begitu lega.

Syukur alhamdulillah,akhirnya kami bertiga selamat sampai jugalah di rumah sewa kami di salah sebuah kampung di ( rahsia ).Kami bertiga pun terus keluar dari kereta.Seli lantas membuka bonet kereta.Alangkah terkejutnya Seli kerana bungkusan ikan yang kami pancing tadi telah dikoyakkan dan yang paling pelik,.ikan itu cuma tinggal sedikit kepala sahaja.Paling pelik darah ikan pun tiada,seperti ada sesuatu benda yang makan dan menjilat kesemua darah-darah ikan itu.Seli lantas memanggil aku dan Ajai,dan menunjukkan perihal hal aneh yang terjadi kepada kami.Terkejut jugalah aku melihatnya.Kali ni naik terus bulu roma tengkuk aku.

Setelah masuk kerumah,kami bertiga pun mandi,makan serta bersembang kejadian seram yang berlaku sebentar tadi.Ketika ini jam menunjukkan tepat jam 11.30 malam.

Ketika sedang rancak bersembang,.tiba-tiba sahaja, kami terdengar bunyi ketukan pintu di luar rumah.Terus Terdiam kami dibuatnya..Tukk,.tukk, tukk,.bunyi ketukan itu kedengaran.Kami lantas saling berpandangan.Seli mengatakan kepada kami berdua agar jangan membuka dan menyahut apa-apa yang di dengar oleh kami bertiga ketika itu.

Aku merasakan bahawa diri aku sangat lemah.,dan akhirnya aku tidak sedarkan diri.Seli menceritakan kepada aku,apabila sahaja aku tidak sedarkan diri Seli melihat aku secara tiba-tiba sahaja merangkak-rangkak sambil menderam-deramkan suara,.Seli kemudian mendengar bukan suara aku yang keluar tetapi seperti suara seorang perempuan garau yang keluar dari mulut aku.Percakapan antara aku dan Seli berbunyi begini,.

Aku(dirasuk):- "Hehhheeheeehee,..woiii!!!kau bawak aku kemana ni haaaa!!!aku ni hamba kepada tuan baru aku!!!dia dah bebaskan aku!!!!heehhhehhheheheheheee,.."

Seli:- pergilah kau setan!!!jangan kau kacau kawan aku ni!!!lantas Seli membaca doa mengusir jin,.

A‘udzu bi wajhillahil karimi wa bi kalimatillahit tammatillati la yujawizuhunna barrun wa la fajirun min syarri ma yanzzilu minassama’i, wa min syarri ma ya‘ruju fiha, wa min syarri ma dzara’a fil ardhi, wa min syarri ma yakhruju minha, wa min fitanillaili wannahari, wa min thawariqillaili wannahari, illa thariqan yathruqu bi khairin, ya rahman.

Artinya: Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mulia dan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna yang tidak ada orang yang baik dan tidak pula orang yang durhaka dapat melampauinya, dari kejahatan apa saja yang turun dari langit dan dari kejahatan apa saja yang naik ke langit; dari kejahatan apa saja yang masuk ke dalam bumi dan dari kejahatan apa saja yang keluar dari bumi; dari fitnah-fitnah di waktu malam hari dan di waktu siang hari; dari bencana-bencana dari malam hari dan siang hari, kecuali bencana yang datang dengan kebaikan, wahai Dzat Yang Maha Penyayang.

Setelah sahaja selesai Seli membaca doa tersebut.Aku terus jatuh terduduk dan terus pengsan.Aku tersedar ketika Seli merenjis-renjiskan air ke arah muka aku.Ajai terus menghulurkan segelas air suam kepada aku.Aku lalu meminum nya.Seli memberitahu aku sebab apa aku di rasuk dan kami bertiga diganggu mungkin kerana akibat perbuatan ku mengambil dan membuka penutup botol kaca yang aku jumpai pada waktu senja tadi di  pantai.Aku menganguk tanda faham ke arah Seli dan Ajai.

Seli menyuruh Ajai menjaga aku di rumah.Manakala Seli pergi ke rumah seorang ustaz berdekatan dengan rumah sewa kami.Ketika ketiadaan Seli,.aku dan Ajai mendengar bunyi seperti cakaran-cakaran di pintu.Ia amat menakutkan kami berdua ketika itu.Bunyi seperti ada orang batuk-batuk di dalam tandas,bunyi pili air terbuka dengan sendiri,bunyi suara orang berborak-borak tetapi seperti berbisik.Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu betapa takutnya kami berdua ketika itu.

Lantas kedengaran suara Seli memberi salam,.Ajai terus membuka pintu rumah.Mujur Seli dan ustaz sampai dengan segera kalau tidak aku nak lari dari rumah ni kata aku di dalam hati.

Ustaz tersebut terus melaungkan Azan di segenap penjuru rumah sewa kami.Habis bergoncang-goncang cawan,pinggan mangkuk kami bertiga di dalam rak pinggan mangkuk.Seram aku ketika itu melihatkan situasi yang aneh tersebut.

Ustaz menyuruh Seli membuka pintu bonet keretanya,.pelik dengan permintaan ustaz tersebut Seli terus sahaja keluar ke rumah dan membuka pintu bonet kenderaan nya.Alangkah terkejutnya Seli mendapati terdapat secebis kain kuning dan putih kecil berbentuk empat segi berada di dalam bonet keretanya.Seli terus berlari dan menyuruh ustaz tersebut mengambil secebis kain kecil yang pelik itu,risau jika dia menyentuhnya.

Ustaz tersebut mengambilnya dengan secara berhati-hati sambil bibirnya tidak berhenti-henti mengucapkan kalimah Allah Huakbar,Allah Huakbar,.Allah Huakbar,..

Setelah mengambil kain itu,.ustaz itu terus sahaja menyuruh aku membaca 

surah Hud ayat ke 56,..

إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللّهِ رَبِّي وَرَبِّكُم مَّا مِن دَآبَّةٍ إِلاَّ هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيم

Maksudnya,...

“Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.”

Setelah aku selesai membaca surah Hud,.ustaz terus menyuruh aku membakar kain tersebut.Setelah ustaz meletakkan kain tersebut di halaman rumah,.aku terus mengambil pemetik api lantas membakar kain itu.

Ketika membakar kain itu,aku terdengar seperti jeritan suara perempuan garau meminta tolong.Tetapi aku tidak mempedulikan suara itu.

Setelah habis sahaja kain itu dibakar hingga jadi debu,ustaz tersebut terus sahaja mengambil habuk-habuk debu itu dan meletakkannya di dalam beg plastik hitam,katanya mahu di buang habuknya di dalam sungai atau laut.

Ustaz memberitahu aku bahawa benda yang mengganggu aku,Seli dan Ajai adalah jin "saka".Benda saka itu ingin menjadikan aku tuan baru nya kerana aku telah membebaskan nya dari kurungan di dalam botol kaca itu.Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz tersebut kerana membantu aku,Seli dan Ajai mengusir makhluk saka itu.

Mujur aku tidak di jadikan tuan nya kepada saka itu.Entah siapa punya pun aku tidak tahu.Menjadi pengajaran kepada aku dan kepada para pembaca semua supaya jangan sesekali gatal tangan mengambil sesuatu benda asing yang berada di tepi pantai(laut) atau di tepian sungai mahu pun di tasik-tasik.Aku ni jenis gatal tangan,siap bukak pulak penutup botol tu.Aku dah serik untuk mengambil apatah lagi membuka penutup botol-botol yang aku jumpa di mana-mana sekali pun hatta di tepi jalan.

Sekian sahajalah kisah benar,seram dan misteri yang di lalui oleh Anib.(bukan nama sebenar)Akan ada banyak lagi kisah-kisah benar,seram dan misteri yang akan penulis cuba kongsikan kepada pembaca di masa akan datang,.teruskan menyokong dan membaca karya penulis ya,..

Akhir kata dari penulis,...

"Alam ghaib itu ada,..kita semua tidak bersendirian,.."


Azan AFS menulis,...










Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketika Sa

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

     Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak. Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya