Skip to main content

Kisah dan pengalaman yang menyeramkan semasa hijab terbuka


 Assalamualaikum dan selamat malam kepada pembaca kisah benar misteri dan seram.Pada malam ini ada kisah benar pengalaman daripada saudara kepada rakan saya yang telah berhubung dengan penulis melalui aplikasi whatsap,.begini kisah seram benar dan misteri beliau,...


Disini saya ingin menceritakan suatu kisah yang terjadi kepada anak saudara saya bernama Siti (bukan nama sebenar) yang pernah dijadikan anak angkat kepada sebuah keluarga Bunian..jika menurut pandangan orang dahulu, bunian adalah dalam kategori Jin Islam..( wallahualam )

Firman Allah Ta’ala:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون

Maksudnya,...

“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )


Sebelum ini,.pernah saya ceritakan kepada pembaca semua tentang kisah perkampungan Bunian yang telah lama bertapak di rumah saya dan dipercayai berusia ratusan tahun sebelum kami tinggal di rumah kami di sebuah perkampungan di Tanjung Karang Selangor..


Memang tidak masuk akal bagi setiap orang yang belum pernah mengalami kejadian misteri dan mistik apalagi tidak logik di akal difikiran kita..namun hakikatnya peristiwa ini memang benar-benar berlaku..


Saya cuba untuk mendapatkan cerita ini dari empunya diri..malangnya beliau sudah tidak mengingatinya lagi disebabkan sudah terlalu lama peristiwa itu berlaku iaitu semasa dia masih kecil lagi.Lagipun hijabnya telah pun tertutup dan sudah pun putus hubungannya dengan dunia makhluk halus.Saya cuba mendapatkan kisahnya dari ibu beliau iatu kakak saya sendiri.


Kisahnya adalah sebuah rentetan yang panjang diharap pembaca sabar dan sudi membacanya..Begini kisah pengalaman benar seram dan misteri beliau,...


 Kisahnya bermula apabila kak cik (panggilan untuk Siti) berumur dalam lingkungan 3 tahun..dan disitulah bermulanya peristiwa dimana hijabnya telah terbuka dengan sendiri,..


Pada suatu hari..iaitu pada hari Jumaat sewaktu umat Islam selesai menunaikan solat fardu Jumaat, Siti sedang bermain dihalaman rumah seorang diri dan dia telah didatangi oleh seorang lelaki tua misteri yang memakai jubah putih dan berjanggut putih panjang dan berkepala botak.Lelaki tua itu telah memberikannya seketul batu kecil berwarna hitam.Setelah itu lelaki tua itu terus hilang dari pandangan Siti.Siti pun segera berlari balik kerumah dan memberitahu kepada kami semua," ada atok beri batu,.untuk di buat ubat.."kata Siti kepada kami,..Kebetulan pada waktu itu mak saya ada masalah gangguan tidur dan sudah beberapa hari tidak dapat tidur siang dan malam.Mak saya pun berikhtiar untuk sembuh lalu mengambil batu tu lalu merendamkan batu tersebut dalam air kolam untuk dibuat mandi. Dengan izin Allah S.W.T tak lama kemudian mak saya pun cuba tidur.Alhamdulillah tidur mak saya lena hinggalah ke petang..


Selepas daripada peristiwa itu hijab Siti telah pun terbuka, maka bermulalah rentetan beberapa kejadian seram dan misteri kepada Siti, dimana dia selalu sahaja ternampak makhluk-makhluk halus yang mengerikan dan juga sebaliknya.Bertahun lamanya sehinggalah di usia remaja,. Siti sudah terbiasa dengan penampakan makhluk-makhluk halus ini.,Bila ditanya memang dia berasa takut..tetapi makhluk-makhluk itu tidak pernah pun mengganggunya. Pernah beberapa kali dia ternampak banyak makhluk berterbangan di hadapan rumah, dipercayai Langsuir kerana rupa makhluk itu amat hodoh dan sangat menakutkan.Kata Siti makhluk langsuir itu matanya berwarna merah,sebelah lagi biji matanya tersembul keluar,.bergigi taring ,.berambut panjang menggerbang dan berpakaian putih lusuh terbang bergentayangan sambil mengilai.


Siti juga selalu nampak makhluk setinggi pokok kelapa.Badannya berbulu hitam.Ada juga yang bersaiz kecil suka bergayut di alang rumah berupa seperti Mawas.. yang dipercayai Hantu Raya..Juga kelibat makhluk berkepala botak setinggi budak berumur 2 tahun,.berwarna hijau di dalam rumah iaitu toyol.


Ada satu kejadian yang paling menyeramkan.Pada suatu malam sewaktu kami sekeluarga baru balik dari kawasan pekan.semasa dihalaman rumah.Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 11 malam Siti memberitahu kepada kami semua,. ada seorang nenek tua berwajah hodoh berambut kusut sedang berdiri di hadapan pintu memerhatikannya seolah-olah tahu yang Siti boleh melihatnya.Siti pun mulai memberitahu kepada kami sekali lagi dan saya menyuruh nya supaya diam dan jangan mempedulikan makhluk itu.


Tiba-tiba sahaja,.apabila kami semua masuk ke rumah,.Siti menjerit dan seolah-olah mahu menangis memberitahu kami katanya "Benda tu dah ikut masuk rumah dah."!.Apalagi suami saya pun segera melaungkan Azan untuk menghalau makhluk tersebut.Walaupun kami tak nampak tapi meremang juga rasanya bila tahu makhluk halus tu dekat dengan kami semua.tidak lama kemudian Siti memberitahu pula makhluk halus itu sudah keluar dari rumah.


Itu semua adalah makhluk-makhluk jelmaan yang sinonim dengan masyarakat melayu dan rupanya memang benar wujud.Cuma kita sahaja yang tidak boleh nampak dengan mata kasar.


Makhluk-makhluk halus yang mengerikan dan menyeramkan yang disebut hantu,. adalah  jelmaan daripada golongan Jin yang boleh berubah bentuk,wajah dan rupa. Bagi kita manusia biasa,. memanglah kita tidak akan sanggup bila berhadapan dengan makhluk-makhluk sebegini.Boleh jadi terkucil bila ternampak mereka.Tetapi bagi Siti,. itulah yang terpaksa dia hadapi dan lalui hari demi hari..Sehinggakan  Bunian pun tertarik menjadikannya anak angkat malahan hampir dijadikan menantu..percaya atau tidak..itulah hakikatnya..


Semasa Siti berumur 10 tahun..pernah terjadi peristiwa yang pelik kerana setiap kali selepas balik dari  sekolah Siti akan pergi ke belakang rumah.Bila hari hampir senja barulah Siti balik kerumahnya.Boleh dikatakan kerap juga dia pergi ke belakang rumah.Belakang rumah kami memang tiada rumah orang.yang ada hanyalah kebun kelapa sawit. Habis dia pergi ke mana? Bila ditanya dia kata pergi berjumpa dengan kawan bernama "Mariam"..Siapa Mariam?pelik kami bila memikirkan nya.


Pernah suatu malam sewaktu kami sedang tidur lena.Kami dikejutkan oleh ketukan dipintu bilik oleh Siti.Dia memberitahu saya dengan wajah cemas katanya " rumah kita terbakar"! ..Bila saya bersama suami bangun dan melihat biliknya,.kami terperanjat melihat pintu bilik tempat Siti tidur hampir hangus terbakar termasuk tilam tempat Siti tidur..Alhamdulillah tak lama kemudian api yang marak berjaya dipadamkan dan kami semua selamat dari menjadi mangsa kebakaran.Yang menghairankan kami semua,. bagaimana Siti boleh keluar dengan selamat tanpa ada kesan melecur sedikitpun.Bila ditanya kepada beliau,. Siti memberitahu semasa dia sedang tidur ada seseorang yang berpakaian telekong putih memperkenalkan dirinya sebagai "Mak Jah" mengejutkan dia dari tidur.tidak lama selepas itu dia pun hilang dari pandangan Siti.Siapa pula "Mak Jah"? Persolan demi persolalan mulai bersarang difikiran kami.Kehadiran "Mak Jah" seolah-olah telah menyelematkan kami semua.Kami semua merasa bersyukur kerana tiada kejadian yang tak diingini berlaku kepada kami pada malam itu..


Kemuncak peristiwa yang merisaukan kami sekeluarga ialah bila diberitahu oleh Siti,.dia pernah seperti di bawa oleh seseorang pergi ke kebun sawit di belakang rumah kami katanya terdapat  sebuah rumah bungalow yang tersangat besar dan cantik. Di sekeliling rumah tersebut ada juga terdapat rumah-rumah yang lain tetapi lebih kecil dari rumah bungalow tersebut.


Disitulah dia berjumpa dengan Mariam yang lebih kurang sebaya umur dengan dirinya. Mariam ada seorang kakak yang sangat cantik dan dewasa. Dengan merekalah Siti berkawan. Mereka mengajak Siti masuk ke dalam rumah besar tersebut yang dihuni oleh sepasang suami isteri. Rupanya Si Isteri itu yang bernama Mak Jah .Rupa Mak Jah kelihatan masih muda dan cantik walaupun diberitahu usianya telah pun berumur 500 tahun! Si Suami pula berpakaian jubah putih,.berjanggut putih dan berserban putih dikepala.Beliau memperkenalkan dirinya kepada Siti,.katanya dia adalah penghulu di tempat tinggalnya.Rupa-rupanya beliaulah lelaki misteri yang pernah memberikannya batu masa kecil dahulu.Di dalam rumah itu penuh dengan perhiasan emas dan disekeliling dindingnya penuh dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Kemudian Siti telah dibawa kesebuah bilik yang bagaikan sebuah bilik seorang puteri raja.Bilik itu penuh dengan perhiasan emas dan Mak Jah memberitahu kepada Siti..

"Ini lah bilik Siti nanti..nanti boleh la Siti tidur di sini"..kemudian suami MakJah mengambil senaskah Al-Quran dan menyuruh Siti membacanya ..Semasa Siti membaca Al-Quran banyak kesalahan dalam bacaan dan suami Mak Jah meminta Siti supaya balik dahulu untuk belajar lagi mengaji Al-Quran kemudian barulah boleh datang semula.Kemudian Siti pun meminta diri untuk balik ke rumahnya dan mereka sekeluarga pun membenarkan nya.,


Banyak lagi peristiwa yang berlaku dan teramat panjang untuk diceritakan..Semasa umur Siti 17 tahun kami telah mencuba beberapa kali membawa Siti berubat dengan rawatan Islam..Alhamdulillah dengan izin Allah setelah berjumpa dengan seorang ustaz..kini Siti tidak lagi dapat melihat makhluk-makhluk halus dan ghaib lagi.


Hijab Siti telah pun tertutup dan dengan ini maka terputuslah hubungannya dengan makhluk-makhluk halus tersebut.Kami pernah diberitahu oleh Siti,. pada umur 21 tahun nanti, Bunian tersebut akan datang lagi untuk menjadikan Siti menantu.Kami tidak sanggup kehilangan Siti.dan kami cuba berikhtiar supaya dunia mereka tidak dapat berhubungan dengan Siti.Alhamdulillah,.. kini Siti sudahpun dewasa.Semoga dia dapat menjalani kehidupan dengan tenang dan aman.Alam dunia mereka berbeza..masa kan mereka  dapat bersatu dan boleh bersama.,

Sekianlah sahaja kisah benar seram dan misteri daripada rakan saudara penulis,...

Akan ada banyak lagi kisah-kisah benar seram dan misteri yang akan cuba penulis ceritakan kepada pembaca semua,..nantikan,..

Kepada sesiapa yang ada kisah benar seram dan misteri boleh lah mesej penulis di Fb,

Akhir kata dari penulis,..

"Alam ghaib itu ada,..kita semua tidak bersendirian,..."


Azan AFS menulis,....


Comments

  1. Cerita ni kalau di filem kan mesti best

    ReplyDelete
  2. Kisah berjiran dengan perkampungan bunian sudah diceritakan sebelum ini adalah rentetan dari kisah dan tempat yg sama..

    ReplyDelete
  3. Jin bukan semuanya jahat..yg jahat dan suka mengganggu manusia adalah jin kafir dan jin fasik..jin islam sangat taat dgn perintah Allah..tp harus diingat sebaik2 jin adalah bersamaan sejahat2 manusia..

    ReplyDelete
  4. Untuk pengetahuan pembaca nama2 bunian tu menggunakan nama sebenar mengikut apa yg diceritakan oleh kakak..

    ReplyDelete
  5. ceritanya bikin jantungan..dupp dapp dupp dapppp

    ReplyDelete
  6. Seram sekali ceritanya,..best,.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketika Sa

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

     Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak. Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya