Skip to main content

Peristiwa menakutkan Didatangi hantu kum-kum!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.disini saya akan menceritakan lagi kisah benar dan seram tentang pengalaman benar seram yang telah dialami oleh saya pada masa dahulu.
Kejadian menakutkan ini terjadi pada tahun 1991, ketika itu saya dan kembar baru berusia lapan tahun.

Tajuk:- Peristiwa menakutkan Didatangi 
             Hantu kum-kum!!!

Masih segar diingatanku ketika itu aku dan kembarku berumur dalam lingkungan 8 tahun,.ketika itu heboh dengan cerita dan penampakan hantu kum-kum di dada akhbar tempatan.

Kejadian menakutkan ini terjadi ketika menjelang waktu senja.Ketika itu aku dan kembarku sedang bermain permainan robot yang baru dibeli oleh kakakku yang kami panggil kak ngah.
Ketika kejadian cuma aku,kembarku,kakngah,kakcik serta arwah ibuku sahaja yg berada dirumah ketika itu.Untuk pengetahuan pembaca semua rumahku adalah sebuah rumah kampung,Separuh kayu dan separuh dapur pula telah direnovate dengan batu.(Sekarang ni telah diubah menjadi sebuah rumah banglo).
Masih ku ingat pada waktu kejadian ketika itu  hujan turun,arwah ibuku pula sedang sibuk memasak di dapur.Kakak ku kak ngah dan kakcik mungkin sedang tidur dibiliknya.
Saya dan kembarku seperti biasa bermain di dapur berhadapan dengan pintu dapur rumah.Sambil bermain kami menunggu arwah ayahku pulang dari kerja dan balik kerumah.ketika itu arwah ayahku bekerja sebagai pemandu bas Park May Seremban/Jelebu.
Ketika saya dan kembarku leka bermain permainan. Tiba-tiba terdengar oleh ku dan kembarku ada orang memberi salam."Assalamualaikum","Assalamualaikum",Assalamualaikum"...suaranya seperti suara arwah ayahku memberi salam.
Serentak kami membalas ucapan salam itu, "waalaikummussalam ayah"...yee yee ayah balik..."kata kami berdua,dan kembarku terus sahaja membuka engsel pintu dibahagian bawah.Untuk pengetahuan pembaca semua pintu dapurku ada dua slot engsel untuk membuka dan mengunci pintu.Yang dibuka slot engsel pintu oleh kembarku hanya dibahagian bawah pintu sahaja.
Tiba tiba sahaja, Pintu dapur rumah kami telah ditendang dan diterajang oleh sesuatu!!!!damm!!!dam!!!dam!!!" bunyi pintu dapurku ditendang.Serentak dengan itu kedengaran seperti suara seorang perempuan  garau di luar rumah,berkata,."kummmmm"....."kummmmm....."kummmmmmm".......
Saya dan kembarku terlalu takut dan menangis.Ibuku berkata "jangan main pintu senja-senja ni tak baik!!!"saya dan kembar serentak membalas"bukan kami yang tendang ibu!!!ada orang kat luar rumah tendang"!!!!

ibuku mengucap panjang kerana terkejut dengan jawapan kami berdua.lantas ibuku berkata dengan nyaring  "jangan ganggu kamilah setannnnn!!!!"sambil mulut ibuku terkumat kamit membaca surah-surah dari ayat suci Al-Quran.
Ibuku menyuruh kami semua ke serambi(ruang tamu rumah)lalu kami mengikut sahaja kata ibu dengan cemas.Pintu dapur rumahku tetap ditendang-tendang dengan kuat,diselang seli dengan suara garau perempuan "kummmmmm..kummmmmm,..."

Ibuku nekad membuka tingkap untuk melihat siapakah gerangannya yang menendang pintu rumah dapur kami.Sambil itu ibuku terus mengalunkan bacaan surah-surah ayat suci Al-Quran.
Apa yang kulihat ketika ibuku membuka tingkap rumah  kelihatan olehku
seorang perempuan bertudung hitam serta berbaju hitam tetapi mukanya tidak kelihatan sedang berdiri di hadapan pintu luar rumah dapurku. Perempuan itu secara tiba-tiba berpusing-pusing seperti angin dengan ligat serta dikelilingi oleh daun-daun yang mengikuti rentak pusingan perempuan itu.Perempuan misteri itu terus hilang disebalik belukar berhadapan dengan pokok buluh dihadapan rumahku mungkin akibat takut dan panas dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang ibuku baca dan hembus ke arahnya.

Selang dalam sejam kemudian ayahku pun pulang dari kerja dan balik kerumah.Kami semua menceritakan apa yang telah terjadi kepadanya.Kata arwah ayahku "setan itu mungkin hauskan darah anak dara". Kebetulan pula kakakku ada dirumah.Mungkin disebabkan itu hantu kum-kum pergi ke arah rumahku kerana hauskan darah....

Demikian lah sudah kisah benar dan seram yang saya alami sendiri,.

Nantikan lagi kisah-kisah benar seram dan misteri di masa akan datang.,teruskan membaca kisah benar seram dan misteri di blogger saya.,terima kasih kerana sudi membaca...

"Alam ghaib itu ada,..Kita tidak bersendirian"......

Azan AFS menulis......
Sekadar gambar hiasan.

Comments

  1. Saudara mempunyai bnyk pengalaman yg menakutkan dan tidak kedekut berkongsi cerita dengan kami.. Terima kasih saudara.. Sy merupakan peminat kisah2 seram original. Memang superb!! Terbaikk!!berdebar2 jantung sy bila membaca..kepada pembaca2 di luar sana, sila lah kongsi/share kisah saudara azan ni.memang padu!!!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saudaraku.syukur alhamdulillah kerana memberikan komen yang membina.Teruskan membaca kisah kisah benar dan seram di blog saya ya.,

    ReplyDelete
  3. Kalau di dramakan lg best siri kisah seram ni bro!! Apa kata bro publishkan ke layar perak!! Masuk tv.. Huhu

    ReplyDelete
  4. Mudah-mudahan ada yang sudi ambil kisah saya ni dan didramakan.,insyaAllah.,kalau ada rezeki,syukur alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. Waduh.. Patutnya di buat film cerita ini.. Kalau di indonesia..udah laku keras tayangannya

    ReplyDelete
  6. Woi indon!! Kau jngn nk claim blog ni kau punya pulak

    ReplyDelete
  7. Gue kok ngerti.. Napain orang malaysia marahin gue

    ReplyDelete
  8. Sabar sabar.. Malaysia indonesia sama sahaja.. Orang melayu.. Jangan lah marah sama orang indonesia mass

    ReplyDelete
  9. Aku tak marah.. Aku cuma nk ingatkan je jangan ambik jalan cerita ni buat filem pulak kat indonesia..no copy and paste ok

    ReplyDelete
  10. Ya ampun.. Gue jadinya mau apa ya.. Kok tau gue penerbit sinetron? Gue mau kerjasama sama blog bapak ini.. Ya udah.. Kalau ngak mau.. Terserah aja..trima kasih aja,

    ReplyDelete
  11. Jangan gaduh2,.Terima kasih kerana sudi komen dan jika ada pihak yang sudi membuat kisah saya ini di didramakan dan difilm kan saya sudi memberi kerjasama,.nanti boleh la beritahu saya ya.,Malaysia dan Indonesia itu bersaudara

    ReplyDelete
  12. Nk buat kisah ni jd filem ke? Ok2 itu aku sokong..kita boleh bincang sampai jadi

    ReplyDelete
  13. Saya selaku orang malaysia ingin meminta maaf andai ada terkasar bahasa sama orang Indonesia,..silakan membaca dan berkomentar ya.,

    ReplyDelete
  14. Im your newbie followers blogger.. I'm from pattani Thailand..peace

    ReplyDelete
  15. Thank u for be my followers,.teruskan membaca ya,..

    ReplyDelete
  16. Kalau ada sesiapa mempunyai kisah seram atau ada hajat yang lain boleh la email saya di ahmad_azan13@yahoo.com

    ReplyDelete
  17. kisah benar ke bang???takutla I bila bacaa

    ReplyDelete
  18. Yang bener...jadi kayak takut bila baca...seruuuuuu

    ReplyDelete
  19. Perfect reading!!! Mission success

    ReplyDelete
  20. I'm from Brunei..best sgt baca blog saudara Azan Afs ni..di jamin nk baca sampai habis..teruskan berkarya lagi saudara

    ReplyDelete
  21. im from london...perfect horror stories

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketika Sa

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

     Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak. Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya