Skip to main content

Kisah benar didukung hantu lilin

Sekadar gambar hiasan.



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,.kali ini saya akan menceritakan kisah benar seram dan misteri tentang kisah hantu lilin.
Nama,tempat,kejadian dan watak terpaksa saya ubah kerana si pencerita tidak mahu namanya disiarkan.

Tajuk: Peristiwa menakutkan didukung
           oleh hantu lilin

Alkisahnya kejadian benar dan seram ini telah dialami oleh Habib (bukan nama sebenar) ketika itu dia berumur 10 tahun.

Pada malam terjadinya kejadian yang menakutkan itu,Habib ketika itu amat suka bermain permainan bersama dengan abangnya.
Sehinggalah menjelang waktu malam,tiba-tiba sahaja terjadinya litar pintas dan seluruh rumah Habib berada dalam keadaan gelap kerana ketiadaan elektrik akibat litar pintas.

Pada waktu itu kakak Habib pun membawa beberapa batang lilin lalu menghidupkan api pada sumbu lilin,lalu cahaya lilin itu terus menerangi sekitar rumah.
Habib dan abangnya berasa gembira bukan kepalang kerana mereka teramat suka bermain bayang-bayang sendiri ketika berdekatan dengan cahaya lilin yang menerangi bahagian rumah itu dan ia menghasilkan banyak bayang-bayang di dinding.
Ibunya telah melarang Habib serta abangnya dari bermain dengan bayang-bayang sendiri nanti kata ibunya Hantu lilin ni amat suka dengan budak-budak yang bermain dengan lilin dan bayang-bayang.Tetapi larangan tersebut tidak diendahkan oleh Habib serta abangnya.
Mereka berdua pun terus bermain bayang bayang dari cahaya lilin dan tertidur di tepi lilin akibat kepenatan kerana bermain dengan bayang-bayang sendiri.

Ketika mereka berdua sedang tidur,ketika inilah Habib merasakan yang dirinya telah didukung oleh seseorang.Pada Habib,mungkin ibu atau ayahnya yang mengendongnya untuk dibawa ke bilik tidur.
Habib berasa ada sesuatu yang tidak kena ketika itu,lalu Habib membuka matanya secara kecil perlahan-lahan.Kemudian dia mendapati yang mengendongnya bukanlah ibu atau ayahnya tetapi seorang perempuan yang wajahnya ditutupi oleh rambutnya yang panjang serta ada lilin diatas kepalanya.Cahaya lilin diatas kepala hantu itulah yang menerangi kegelapan rumah Habib pada malam itu.
Habib ketika itu tidak dapat bergerak,lidahnya kelu,tidak dapat bercakap.Habib amat takut ketika itu sehinggalah dia tertidur kepenatan ketika didukung oleh Hantu Lilin tersebut.
Pada keesokan paginya Habib terbangun dari tidurnya.Lalu dia mendapati yang dirinya telah berada diluar rumah dan sedang berbaring di atas tong besi yang dijadikan sebagai tempat duduk diluar rumah oleh keluarga Habib.
Habib berasa ketakutan yang teramat sangat ketika itu,dia terus berlari berteriak dan mengetuk-ngetuk pintu rumahnya,dan mujurlah ibunya telah membuka pintu rumah.
Selepas kejadian itu Habib berasa amat menyesal kerana tidak mengikuti nasihat dari ibunya untuk tidak bermain lilin dan bayang- bayang sendiri.

Sekianlah kisah benar dan seram yang dialami oleh Habib kepada saya.

Nantikan lagi kisah seram benar dan misteri...

Tungguuuuuu.....

Dari Ahmad Azan hakcipta terpelihara.

Comments

  1. 🙈🙈🙈🙈takut nk baca.. Tp kalau dah baca tu sampai abis.... Haahahha
    Cerita yg best.. Pengalaman benar pulak tu!!aduzzz..bro, lain kali kalau nk tulis tu jngn la seram sgt boleh x? Huhuhu

    ReplyDelete
  2. Hehe,.saya kalau cerita memang macamtu,.nak bagi feel.,

    ReplyDelete
  3. Siuk lah baca...tapi ada gak lah yang part seram kat situ

    ReplyDelete
  4. ♥ ♠ ♦ ♣ OPERA QQ ♥ ♠ ♦ ♣
    88OPERA.COM - BandarQ | AduQ | Sakong | Poker | Domino99 | CapsaSusun | Game Online Indonesia - Agen Kartu Online Terbesar dan Terpercaya SeAsia
    📌Pelayanan Cepat dan Ramah dengan Customer Service Profesional 24 jam

    📌Proses Depo & Wd Tercepat
    📌Bonus Rollingan 0,3%
    📌Bonus Referall 15% Berlaku Seumur Hidup
    📌Minimal Deposit|Withdraw Rp 20.000
    📌100% FAIR PLAY


    9 Games Dalam 1 UserID
    Daftar Disini !!!
    🎲 Domino99 🎲
    🎲 BandarQ 🎲
    🎲 Poker 🎲
    🎲 AduQ 🎲
    🎲 Capsa Susun 🎲
    🎲 Bandar Poker 🎲
    🎲 Sakong Online 🎲
    🎲 Bandar 66 🎲
    🎲 Perang Baccarat 🎲
    Fasilitas BANK yang di sediakan :
    - BCA
    - Mandiri
    - BNI
    - BRI
    - Danamon

    Menerima Deposit VIA :
    * Pulsa Telkomsel Tanpa Potongan
    * OVO
    - GOPAY
    * DANA
    * LINKAJA
    Hubungi Kami Langsung di WA : +62 822-5710-6104
    Customer Service Online 24 Jam Setiap Harinya ^_^

    ReplyDelete
  5. gilert laa..aku takut nk baca weii..dahla duk sorg2 ni

    ReplyDelete
  6. Kisah ini memang seram...true story...urban legend

    ReplyDelete
  7. Pengalaman yg pasti terkenang saat membacanya...menggamit kenangan zaman dahulu kala..

    ReplyDelete
  8. berani betul la!!seram bila baca

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketik...

Seram!!Diganggu Hantu Pelita(Hantu Pukang-pukang)ketika sedang menoreh getah di kawasan daerah Bera Pahang

   Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca/pendengar kisah benar seram dan misteri .Disini saya akan berkongsi kan pengalaman kisah seram benar Hamdan(bukan nama sebenar)katanya dia pernah diganggu oleh hantu pelita.Kejadian ini berlaku sekitar tahun 90an di daerah Bera Pahang.Begini kisah seram benar beliau,.. Hamdan ketika itu ber umur dalam lingkungan 18 tahun.Dia selalu membantu ayahnya pergi menoreh getah di kebun getah milik atoknya.Dapat juga dia duit sambil boleh membantu meringankan pendapatan seharian keluarganya. Pada kejadian yang seram itu.Hamdan pergi seorang diri ke kebun getah milik atoknya kerana ayahnya pada pagi itu tidak sihat.Dia selalunya pergi menoreh di kebun getah dalam jam lebih kurang 02.00 pagi. Pada pagi itu bulan begitu sangat cerah,.salakan anjing kedengaran sayup-sayup kedengaran dari arah kebun berdekatan dengan kebun getah milik atok Hamdan.Hamdan ketika itu menaiki basikal tua milik atoknya sambil itu dia menghisap rokok da...

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya...