Sekadar gambar hiasan.
Kisah yang bakal saya ceritakan ini adalah kisah benar seram yang diceritakan oleh arwah ayah saya kepada saya.Nama tempat,watak,negeri, terpaksa saya rahsiakan untuk menjaga sensitiviti masyarakat tertentu.
Dikisahkan ada satu nama hantu yang tidak boleh disebut kerana mungkin ia akan datang kepada kita pada malam hari samada bertemu dalam mimpi atau realiti.Kisah ini berlaku pada tahun 1960an.Seperti yang diceritakan oleh arwah ayah saya kepada saya,.begini kisahnya,...
Tajuk:- Asal usul kisah hantu kemolok
Al kisah diceritakan terdapat sepasang suami isteri yang memakan harta anak yatim.Ketika hidupnya mereka amat suka menyusahkan kehidupan orang lain.Setelah terbongkarnya rahsia mereka memakan harta anak yatim, maka mereka berdua telah pun bersumpah kepada semua penduduk kampung bahawa jika benar mereka memakan harta anak yatim mereka akan bangkit dari kubur menjadi hantu selama 7 hari serta 7 keturunan mereka.Dengan disaksikan sumpahnya oleh penduduk setempat maka mereka telah terselamat dari hukuman yang bakal diterima oleh mereka berdua.
Hari berganti hari,bulan berganti bulan,.tahun berganti tahun.Mereka berdua telah pun tua dan uzur,untuk pengetahuan pembaca semua mereka telah pun dikurniakan anak dan cucu.Pasangan tua tersebut telah sakit,yang terlebih dahulu meninggalkan dunia adalah suaminya yang telah bersumpah itu.
Maka pada malam matinya lelaki tua tersebut,diceritakan bahawa kubur lelaki tua itu telah merekah dan mengeluarkan asap.Lalu keluarlah jasad lelaki tua terbabit.Keadaannya amat mengerikan dengan tangannya telah terkeluar dari kain kafannya,sebelah tangan lagi menutup dahinya yang berlubang.Hantu kemolok itu bergerak kebawah seakan terawang-awangan tidak menjejak bumi.Keadaan baunya amatlah busuk seperti bangkai dan tersangatlah hanyir sehingga menusuk hidung bagi sesiapa yang terbau akan nya.
Kisah terjadinya penemuan hantu kemolok tersebut bermula apabila terdapat seorang lelaki menaiki basikal seorang diri untuk balik kerumah setelah seharian bekerja di kebun mengutip getah beku.
Sambil bersiul-siul lelaki itu menyanyi-nyanyi menghiburkan hatinya yang seakan resah kerana takut akan suasana pada malam yang sejuk dan dingin pada waktu itu.Ketika dia melewati tanah perkuburan di kampungnya,.tanpa disedari oleh beliau,.secara tiba-tiba sahaja hantu kemolok muncul dari arah belakang terus naik ke atas basikal nya.Dengan ketawa terkekek kekek dan terbahak bahak hantu itu terus menggeletek lelaki tersebut.Yang sadisnya hantu itu menggeletek lelaki itu hinggalah lelaki itu kehilangan ajalnya.
Pada keesokan paginya , gemparlah penduduk kampung ketika itu dengan penemuan mayat lelaki tersebut.Ada kesan lebam seperti jari di bahagian pinggang dan tengkuk pada mayat lelaki terbabit.Bau mayat lelaki itu pula tersangat-sangatlah busuk dan meloyakan semua penduduk kampung yang mendekatinya.
Ada penduduk yang menceritakan terjumpa hantu kemolok yang sedang asyik memakan telur ayam direban belakang rumahnya.Pada zaman itu penduduk kampung hanya memakai obor api untuk menerangi jalan ketika hendak keluar dari rumah untuk ke pekan.Hanya orang berada(senang) sahaja yang memakai lampu suluh.Setelah melihatkan kejadian hantu kemolok memakan telur ayam,orang kampung itu lantas mengacah-acahkan api obor kearah hantu itu, dengan segera juga hantu kemolok itu ketawa terkekek-kekek dan terus terapung terawang awangan secara perlahan pergi ke arah makam dalam liang kuburnya.Maka dengan itu tahulah penduduk kampung akan siapakah gerangan hantu yang mengganggu seluruh penduduk kampung mereka selama ini.
Ada juga penduduk yang menceritakan bahawa hantu kemolok pernah datang memakan nasi dan lauk di dapur.Habis diselongkarnya periuk nasi yang terdapat makanan didalamnya.Yang paling menjijikkan apa sahaja yang disentuh oleh hantu kemolok tersebut akan berbau busuk dan tidak boleh dibasuh dengan sabun kerana bau nya dikatakan tidak akan hilang walaupun telah dibasuh berulang-ulang kali.Segala barang yang disentuh oleh hantu kemolok itu akan dibakar kerana ada segelintir penduduk kampung takut akan terkena badi hantu kemolok itu.
Kisah hantu kemolok ini tidak berakhir begitu sahaja,.yang paling menyeramkan dan menakutkan keturunan mereka setelah mati ketika malam hari akan menjadi hantu kemolok selama 7 hari serta 7 keturunannya akibat dari sumpahan yang telah dibuat oleh moyang mereka.Kasihan kan!
Menjadi tanda tanya kepada saya adakah masih ada lagi keturunan mereka dan adakah sumpahan hantu kemolok itu telah terhapus dan berakhir?
Sekian kisah benar dan seram seperti yang telah diceritakan oleh arwah ayah saya kepada saya.,jika ada lagi kisah yang menarik akan saya kongsikan kepada pembaca semua.
Spoiler:- Maklumat tambahan
Ramai yang ingin tahu nama hantu tersebut,.baiklah saya akan beritahu nama asal hantu tersebut adalah hantu kemolok atau temolok.Ia mendapat nama kerana di tengkuknya terdapat kesan bengkak sebesar telur ayam.Ada juga yang mengatakan di dahinya berlubang dan ketika bergerak hantu itu akan menutup dahinya yang berlubang itu menggunakan tangannya.Asal-usul keturunan hantu tersebut saya tidak boleh sebut demi menjaga kepentingan masyarakat tertentu yang amat sensitif kepada kepercayaan atau kebudayaan mereka.
Itu sahaja yang saya boleh beritahu.Sebenarnya saya dilarang untuk memberitahu nama hantu itu.Tetapi dizaman serba moden ni,saya rasa perlu untuk diberitahu kepada kita semua akan kisah hantu lagenda ini kerana ramai yang tidak tahu akan ceritanya.Jadi saya pun terpanggil untuk menceritakan nya.
Terima kasih kerana sudi membaca.
"Alam ghaib itu ada,..kita tidak bersendirian"...
Azan AFS menulis
Jarang dapat jumpa blog siri kisah benar dan seram mcm ni.. Kepada pengarah/penerbit tlg laa ambik cerita ni buat drama..penonton mesti ramai punyaa..dan kepada blogger, syabas sy ucapkan kerana anda telah membuatkan sy berada dlm ketakutan.. Terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi membaca,.insyaAllah kalau ada rezeki boleh juga cerita ni di dramakan,.Kisah ni kisah kejadian benar arwah ayah ceritakan kepada saya,dan saya menceritakan ia semula,.Terima kasih kerana memberi komen yang membina.,syukur alhamdulillah
DeleteJarang dapat jumpa blog siri kisah benar dan seram mcm ni.. Kepada pengarah/penerbit tlg laa ambik cerita ni buat drama..penonton mesti ramai punyaa..dan kepada blogger, syabas sy ucapkan kerana anda telah membuatkan sy berada dlm ketakutan.. Terima kasih
ReplyDeletePerghhh... Seram!!kalau di filemkan lagi seram!!
ReplyDeleteTerima kasih saudara,.kalau ada pihak produksi untuk dramakan kisah benar seram dan misteri ni, saya lagi berlapang hati suka dan seronok.
DeleteSgt mendebarkan kisah seram misteri ini
ReplyDelete♥ ♠ ♦ ♣ OPERA QQ ♥ ♠ ♦ ♣
ReplyDelete88OPERA.COM - BandarQ | AduQ | Sakong | Poker | Domino99 | CapsaSusun | Game Online Indonesia - Agen Kartu Online Terbesar dan Terpercaya SeAsia
๐Pelayanan Cepat dan Ramah dengan Customer Service Profesional 24 jam
๐Proses Depo & Wd Tercepat
๐Bonus Rollingan 0,3%
๐Bonus Referall 15% Berlaku Seumur Hidup
๐Minimal Deposit|Withdraw Rp 20.000
๐100% FAIR PLAY
9 Games Dalam 1 UserID
Daftar Disini !!!
๐ฒ Domino99 ๐ฒ
๐ฒ BandarQ ๐ฒ
๐ฒ Poker ๐ฒ
๐ฒ AduQ ๐ฒ
๐ฒ Capsa Susun ๐ฒ
๐ฒ Bandar Poker ๐ฒ
๐ฒ Sakong Online ๐ฒ
๐ฒ Bandar 66 ๐ฒ
๐ฒ Perang Baccarat ๐ฒ
Fasilitas BANK yang di sediakan :
- BCA
- Mandiri
- BNI
- BRI
- Danamon
Menerima Deposit VIA :
* Pulsa Telkomsel Tanpa Potongan
* OVO
- GOPAY
* DANA
* LINKAJA
Hubungi Kami Langsung di WA : +62 822-5710-6104
Customer Service Online 24 Jam Setiap Harinya ^_^
tak pernah lg dgr nama hantu ni.tima kasih admin sbb bgtaw nama hantu ni
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteawat seram sangat ni...kisah benar lak tu..ape2 pun best sgt2
ReplyDeletehantu temolok???kat negeri sembilan ni.,seram betul kisah benar yg diceritakan.kalaulah di filmkn kisah ni mesti best
ReplyDeleteSerammm
ReplyDelete