Sekadar gambar hiasan.
Misteri Lagu Keroncong
Kisah ini berlaku ketika menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi di Port Dickson.Ketika itu selepas aku mendaftarkan diri,aku mendapat bilik kunci asrama.1 bilik dua orang.Di pintu tertera nombor 315.Kemudian aku pun masuk dan setelah duduk sebentar berbincang dengan keluargaku,selepas itu mereka pulang.Ketika itu aku bersama seorang lagi rakan sebilikku bernama Hadi.Hadi berasal dari Johor manakala aku berasal dari Negeri Sembilan.
Minggu pertama itu selepas balik dari sesi orientasi.Pada malam itu,Hadi memang suka mendengar radio.Radio itu sering menyiarkan lagu-lagu keroncong.Aku pun tanya pada Hadi,"Hadi,kenapa kau suka pasang lagu keroncong?Macam orang era 60an la kau ini,ada lagi ke yang layan lagu keroncong ini".Balas Hadi ketika itu duduk di meja belajar "Orang johor suka lagu keroncong la,kau apa tau..hahaha"."Oh...suka hati kaulah Hadi,macam orang tua la kau ini.. hahaha".Kemudian aku melayan saja rentak lagu-lagu itu apabil Hadi memasang radio pada waktu malam.
Malam itu masing-masing duduk baring-baring di bilik.Ketika itu aku tiada telefon bimbit macam era sekarang ini.Cuma aku membawa buku komik dan majalah dari rumah untuk dibaca ketika lapang walaupun aku kaki "hardcore gamerz".
Aku pun berbaring.Lama-kelamaan terus terlelap selepas membaca komik sambil mendengar alunan merdu lagu keroncong.Aku bermimpi berada di dalam sebuah asrama.Di dalam mimpiku bermulalah kisahnya.Begini ceritanya,.ketika di alam mimpi aku lihat tiada orang yang lalu di koridor asrama ketika itu.Aku berjalan di koridor.Pelik.Tengah berjalan tiba-tiba aku ternampak sebujur tubuh berbalut di hujung koridor.Aku sangat takut.Lalu aku pun ingin segera melarikan diri tetapi langkah kakiku tiba-tiba sahaja menjadi kaku.Mengapa tak boleh bergerak ini?kata hatiku Sedangkan aku sudah berpusing banyak kali dari benda berbungkus itu.Kemudian aku terasa sedikit demi sedikit betis aku macam dipegang oleh sesuatu,Jari jemari misteri itu kurasakan semakin naik secara perlahan-lahan bermula dari bawah hinggalah ke atas.Aku cuba melarikan diri tapi tak boleh.Kemudian mahkluk berbungkus itu mula menarik aku dengan lidahnya yang panjang.Aku menjerit Allahuakkbar!!!!Tapi masih tak boleh bergerak!!Aku menjerit "Tolonggggggg!!!tolongggggg!!!".Kemudian aku terjaga sebab Hadi telah mengejutkan aku dari tidur.
"Wei,kau mengigau teruk nie.Aku tengok kau terjerit-jerit minta tolong.Aku pun cepat-cepat kejut kau."
"Astagfirullahalazim.Aku tadi mimpi pocong tarik aku dengan tangan dia pegang betis kaki aku,tarik aku dengan lidah dia sebab tu aku tak boleh lari.Tu sebab terjerit-jerit"balas aku.
"Tu la,nak tidur baca la doa tidur,kan dah mimpi macam-macam"kata Hadi.
Pernah sekali Hadi tidur seorang diri di dalam biliknya.Ketika aku pulang ke rumah,dia terus menceritakan pada aku yang dia tidak berani lagi tidur seorang diri lagi di bilik itu kerana dia telah "diganggu" sesuatu ketika tidur.Kalau aku tiada,dia akan menumpang tidur di bilik rakan yang lain.Selepas itu Hadi dan aku tidak berani lagi tidur seorang diri jika tiada teman sebilik.Pernah berlaku sesuatu peristiwa dimana radio seolah-olah terganggu seperti tiada siaran.Tidak lama kemudian kedengaran suara orang lain yang seolah-olah macam memanggil nama kami.Kami ketika itu sedang belajar di meja masing-masing saling berpandangan sesama sendiri.
"Hadi,aku rasa lagu keroncong itu la.Macam tarik "sesuatu" ke sini."kata telahan aku.
"Mungkin betul kata kau"balas Hadi.
Hadi pun agak menyetujui dengan kata-kata aku.Sejak itu dia tidak berani lagi memasang lagu keroncong pada waktu malam.Tiada lagi peristiwa yang menakutkan dan misteri selepas itu.
Pengajaran yang kita dapat dalam cerita ini adalah,sebelum kita tidur bacalah doa sebagai pendinding diri dan haruslah kita meminta perlindungan dari Allah S.W.T
Usah di biarkan...
ReplyDeleteHidup semua pembaca2 diselubungi...
Kisah misteriiiiiiii
Hi hi hi hi hi hi hi
Worghhhtttt
Tq,.betul tu saudara
ReplyDeleteraso seram lak nk buka radio malam2 baco kisah ini.
ReplyDeleteLagu keroncong ni lagu lama..x buleh di putarkan di radio.. Memang berhantu lagu ni
ReplyDeleteAku penggemar lagu keroncong.. Suka bukak bile time mlm.. Perghhh dier punyer seram x hingat.. Sajer jer bukak sbb baca blog ni..memang seram lah
ReplyDelete♥ ♠ ♦ ♣ OPERA QQ ♥ ♠ ♦ ♣
ReplyDelete88OPERA.COM - BandarQ | AduQ | Sakong | Poker | Domino99 | CapsaSusun | Game Online Indonesia - Agen Kartu Online Terbesar dan Terpercaya SeAsia
๐Pelayanan Cepat dan Ramah dengan Customer Service Profesional 24 jam
๐Proses Depo & Wd Tercepat
๐Bonus Rollingan 0,3%
๐Bonus Referall 15% Berlaku Seumur Hidup
๐Minimal Deposit|Withdraw Rp 20.000
๐100% FAIR PLAY
9 Games Dalam 1 UserID
Daftar Disini !!!
๐ฒ Domino99 ๐ฒ
๐ฒ BandarQ ๐ฒ
๐ฒ Poker ๐ฒ
๐ฒ AduQ ๐ฒ
๐ฒ Capsa Susun ๐ฒ
๐ฒ Bandar Poker ๐ฒ
๐ฒ Sakong Online ๐ฒ
๐ฒ Bandar 66 ๐ฒ
๐ฒ Perang Baccarat ๐ฒ
Fasilitas BANK yang di sediakan :
- BCA
- Mandiri
- BNI
- BRI
- Danamon
Menerima Deposit VIA :
* Pulsa Telkomsel Tanpa Potongan
* OVO
- GOPAY
* DANA
* LINKAJA
Hubungi Kami Langsung di WA : +62 822-5710-6104
Customer Service Online 24 Jam Setiap Harinya ^_^
tak nk dgr lagu keroncong mlm2,.takut
ReplyDeleteLagu keroncong utk ana M.Nasir tu berhantu ke
ReplyDeleteLagu keroncong ya? Nanti malem ane buka lagu keroncong Malaysia dirumahku Surabaya..
ReplyDeletewaduh2..tak ketahuan gue..sereemm
ReplyDelete