Skip to main content

Diganggu pontianak dipersimpangan jalan

Rumah sewa di kawasan padang tamat kroh P/hulu Perak.Kisah benar.

Tajuk:- Diganggu kak ponti di persimpangan
            Jalan.

Kisah ini adalah kejadian benar yg dialami oleh penulis sendiri,jadi pastinya kalian akan tertanya-tanya dimanakah lokasi rumah sewa tersebut.Biarlah ia menjadi satu misteri.

Azan,Hesri dan mat jat adalah sahabat baik.Maklumla ketiga-tiga mereka bujang.Menyewa bersama di kampung padang tamat pengkalan hulu.Kisah seram ini dialami sendiri oleh penulis.

Kisah pertama pembonceng misteri

Kisah ini berlaku pada tahun 2006 ketika saya baru balik kerja dari Kelian Intan singgah sebentar di tempat kerja kerana serah peralatan kerja dan mahu pulang ke rumah sewa.
Ketika kejadian saya tengah menunggang motosikal mahu segera balik ke rumah sewa.Jam waktu itu menunjukkan tepat jam 1.45 pagi.Suasana sungguh sunyi sekali.Kedengaran dari jauh bunyi salakan anjing bersahut sahutan,menimbulkan rasa seram ketika itu.Motor dan Kereta tiada pula yang lalu lalang yang ada hanyalah bunyi enjin motor EX5 kepunyaan saya.Sedang saya membawa motosikal membelah keheningan malam,. Lalu sebuah motosikal hendak bersaing dengan saya.Setelah motor itu berjaya memotong dengan laju,dengan tidak semena-mena bulu roma saya berdiri.
Tiba-tiba motosikal saya menjadi berat dan sukar untuk dikawal.Dengan rasa sifat ingin tahu saya memberanikan diri melihat kearah cermin sisi belah kanan arah belakang.
Ya Allah!!!ape yang saya nampak ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu,apa yang saya lihat adalah mahkluk berbaju putih,rambut panjang mengurai sambil menundukkan rupa sedang membonceng motosikal saya.
Masih ku ingat ketika itu,dengan keadaan terperanjat begitu nyaris-nyaris saya hendak jatuh.Saya terpaksa memberanikan diri membawa motosikal walaupun takut tapi tetap digagahi jua.sampai di simpang hendak balik ke rumah sewa saya,.dengan keberanian yang ada saya terus berkata kepada mahkluk yg membonceng motor,dengan berkata begini "aku nak balik ni,jangan ganggu aku!!sampai sini sahaja aku boleh bagi kau tumpang motor!!kau boleh turun sekarang!!"selepas itu saya bertakbir sekuat hati.Lalu dengan kuasa Allah S.W.T makhluk itu pun hilang dari pandangan ku.
Sesampainya dirumah sewa,.petua orang tua dulu-dulu kenalah meludah di belakang sebanyak 2 kali.Setelah memberi salam,saya pun terus masuk ke rumah sewa dan tidur.Mujurlah tiada gangguan ketika berada di rumah.

Sekian cerita saya,.akan bersambung lagi di lain kali,.
Sekadar gambar hiasan.

Comments

  1. Alamakkk!!! Apasal laa aku baca kisah seram ni... Gila weiii... Seram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara kerana sudi membaca dan komen.,.nantikan lagi kisah seram yang akan saya ceritakan lagi ya

      Delete
  2. Eh eh.. Npe la aku bace kisah ni.. Da aku takot nk bwk moto mlm2 buta.. 😭😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe,..Terima kasih saudara kerana sudi komen,.nantikan lagi kisah benar seram dan misteri yang akan saya ceritakan lagi ya.,

      Delete
  3. ♥ ♠ ♦ ♣ OPERA QQ ♥ ♠ ♦ ♣
    88OPERA.COM - BandarQ | AduQ | Sakong | Poker | Domino99 | CapsaSusun | Game Online Indonesia - Agen Kartu Online Terbesar dan Terpercaya SeAsia
    ��Pelayanan Cepat dan Ramah dengan Customer Service Profesional 24 jam

    ��Proses Depo & Wd Tercepat
    ��Bonus Rollingan 0,3%
    ��Bonus Referall 15% Berlaku Seumur Hidup
    ��Minimal Deposit|Withdraw Rp 20.000
    ��100% FAIR PLAY


    9 Games Dalam 1 UserID
    Daftar Disini !!!
    �� Domino99 ��
    �� BandarQ ��
    �� Poker ��
    �� AduQ ��
    �� Capsa Susun ��
    �� Bandar Poker ��
    �� Sakong Online ��
    �� Bandar 66 ��
    �� Perang Baccarat ��
    Fasilitas BANK yang di sediakan :
    - BCA
    - Mandiri
    - BNI
    - BRI
    - Danamon

    Menerima Deposit VIA :
    * Pulsa Telkomsel Tanpa Potongan
    * OVO
    - GOPAY
    * DANA
    * LINKAJA
    Hubungi Kami Langsung di WA : +62 822-5710-6104
    Customer Service Online 24 Jam Setiap Harinya ^_^

    ReplyDelete
  4. Adoyai..camna la aku buleh baca sambil bwk moto tngh2 mlm cenggini..

    ReplyDelete
  5. Ahhh..sudahh..camna aku nk hantar cod makanan kat org kalau lagu ni

    ReplyDelete
  6. Iya sih ..kuntilanak asalnya mahu tumpang itu

    ReplyDelete
  7. Kuntilanak maunya numpang leawt malem aja..bisa bikin jantungan dehhh

    ReplyDelete
  8. sereem amat ya...waduhh gawat sih ada kuntilanak numpang lewat sama mas ya??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketika Sa

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

     Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak. Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya