Skip to main content

Penampakan entiti(hantu air)di jeti sungai Klang

Sekadar gambar hiasan.


Kisah benar seram dan misteri ini adalah kisah benar yang dialami oleh kawan baikku Jusoh (bukan nama sebenar)

 Tajuk:-Penampakan entiti di Jeti Sungai Klang

Jusoh ketika itu ke Sungai Klang, Selangor kerana menjadi rutin hariannya bekerja sebagai pegawai menjaga bot di jeti Sungai Klang.Malam itu Jusoh sepatutnya bertugas dua orang pada shift malam tetapi rakannya Arif tidak hadir kerana kurang sihat.Jadi Jusoh terpaksa bertugas seorang diri malam itu.Mujur malam itu seorang rakannya bernama Boo yang juga kaki tegar memancing datang ke jeti itu tapi bukan kerana tugas tapi kerana hobinya.Jusoh pn berasa tidak sunyi kerana Boo datang.

Malam itu menunjukkan hampir 12 setengah malam.Jusoh berada di pondok kawalan di jeti,manakala Boo memancing di hujung.kedudukan pondok dan hujung jeti itu agak jauh tapi masih nampak kerana kedudukan masing-masing kiri dan kanan hujung jeti.Jusoh menonton televisyen di pondok sambil memerhatikan bot-bot yang ditambat di jeti.Air ketika itu mula pasang.Menurut Boo,ketika air pasang ikan akan datang ke situ.Jadi untuk kaki pancing,inilah "Syurga" bagi pemancing.Suasana malam itu agak sunyi.Kadang-kadang terdengar bunyi burung bangau putih terbang.Juga terdengar salakan anjing.Biasanya jika terdengar anjing menyalak bermakna anjing itu sedang menyalak ke arah kucing,biawak atau monyet-monyet yang kadang-kadang melalui hutan bakau yang terletak di tepi jeti itu.Jadi sudah menjadi kebiasaan.

Boo sedang asyik memancing.Jusoh memerhatikan dari jauh.Waktu itu hampir pukul 3 pagi.Suasana jadi sunyi.Jusoh keluar dari pondok lalu menegur sambil menjerit"Boo,dapat ikan besar tak malam ini?Boo tengah asyik memancing terkejut.Jusoh kadang-kadang memang suka menyakat Boo."Belum lagi la Soh,sampah banyak la kat sini,asyik naik sampah.Jusoh tergelak-gelak."Sungai Klang memang terkenal dengan sampah sarap jika air pasang.Mungkin sampah dari aliran dari ibu kota Kuala Lumpur atau sungai dari Selangor.Setiap kali air pasang,sampah-sampah ini mula terkumpul di jeti.Kebiasaannya Jusoh akan memerhatikan sampah-sampah itu.Pelbagai "khazanah" yang lalu di sungai itu.Harap-harap bukan mayat.Serammmmm.Pernah terjumpa bangkai lembu yang besar tersangkut di bot.Mujur ketika itu air pasang,jadi ditolak dengan kayu ke luar mengikut aliran air sungai.Kalau surut alamatnya bangkai itu terduduk di atas lumpur.

Lepas itu,Jusoh duduk semula ke pondok sambil menulis laporan.Tidak lama kemudian Boo mula mengemas jorannya dan mula bergegas hendak pulang.

Sebelum itu Boo singgah ke pondok lalu berkata"Soh aku pulang dahulu la,hari ini tak banyak ikan."Jusoh membalas"Eh,awal balik bukan selalu ke memancing sampai awal pagi esok?".Boo cakap"Nanti aku cerita esok".Muka Boo nampak pucat.Tapi Jusoh mendiamkan diri.Tidak mahu bertanya apa-apa lagi.Ketika itu anjing menyalak lama.Tidak seperti kebiasaan.Seperti sesuatu yang tidak kena.

"Jaga diri Soh."kata Boo sebelum dia menaiki tangga dari jeti ke jambatan yang agak panjang menuju ke darat.Jusoh berasa tidak sedap hati lalu dia membuka tv semula.Dicarinya rancangan tv.Kerana dia keseorangan.Kerana tugas dia memberanikan dirinya.Dibukanya bacaan surah-surah di telefon bimbitnya.Jusoh duduk keseorangan sehinggalah azan subuh berkumandang.Barulah Jusoh berasa lega.

Keesokan harinya,petang itu Boo dan Jusoh berjumpa di kedai kopi.Boo mula membuka cerita"Malam tadi sedang aku memancing,aku macam terdengar bunyi perempuan macam menangis-nangis,merengek-rengek,makin lama makin nyaring bunyinya.Lepas itu aku toleh ke arah hutan bakau tepi pondok kau.Aku nampak benda putih bertenggek kt dahan pokok itu.Aku tidak beberapa nampak,mungkin bangau ke..lepas itu aku toleh lagi,dah tiada."."Wei,jangan kau buat cerita,aku dekat situ pondok smlm tapi tak rasa apa-apa pun masa tu tapi lepas kau balik aku rasa semacam tengok kau balik tergesa-gesa"."Aku belum habis cerita lagi kenapa aku balik."balas Boo.Boo pun menyambung cerita,"Lepas itu aku teruskan memancing lagi.Lama kelamaan lepas itu tali pancing aku macam "mengena".Jadi aku tarik la.Tarik,tarik..tapi berat semacam..pastu air berkocak-kocak macam pelik.Jadi aku lepas dan tarik balik.Lama kelamaan dari jauh macam bukan ikan.Aku rasa semacam dah.Tarik sedikit lagi aku nampak macam kepala keluar dari air itu.Ada rambut.Jadi aku apa lagi,putuskan tali pancing aku.Aku cepat-cepat blah.Jumpa kau tapi aku tak nak cerita nanti kau takut kau lari dari situ,dah jadi cerita lain.Takde orang nak jaga bot.Tu aku pesan jaga diri"Sejak itu Jusoh tidak berani lagi bertugas seorang diri di pondok itu.Mungkin kawasan sungai itu selalu terjadi peristiwa orang "membuang" sesuatu lalu pelbagai peristiwa misteri berlaku di kawasan sungai itu.

Nantikan lagi kisah-kisah benar seram dan misteri...

"Alam ghaib itu ada,...Kita tidak bersendirian".....

Azan AFS menulis...

Comments

  1. Seram laa pulak baca kisah ni tambah pulak tngok kepala tu.. Ngeri weiii

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi membaca di blogger saya,..teruskan membaca ya saudara..

    ReplyDelete
  3. Iya ampun...udah gue tau cerita begini bikin jantungan dehhh...gue jadi takut ya ampun

    ReplyDelete
  4. Memang kaki pancing bnyk pengalaman seram..lebih2 lagi kalau balik xde ikan..making seram sebab kebuluq

    ReplyDelete
  5. Gue baca sorang2 jadi penasaran deh..ya ampun..

    ReplyDelete
  6. Degup degup jantung baca semua kisah2 saudara Azan AFS ni...takut tp nk baca...acaner tu...🤣

    ReplyDelete
  7. Hihihihihi...aku suka semua cerita kau...hihihihihi ..bagus....semua cerita yang benar..seram...Dan penuh misteri....hihihihihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketika Sa

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

     Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak. Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya