Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kisah benar misteri dan seram,.
Disini saya ada suatu kisah seram yang benar-benar dialami oleh saya sendiri.Terpulang kepada pembaca untuk menilainya.
Kali ini saya akan mengimbau kisah seram saya bermalam di sekolah menengah kebangsaan yang berada di daerah Nilai,Negeri Sembilan.
Tajuk :- Kejadian menyeramkan ketika bermalam di sekolah
Kejadian misteri seram ini berlaku pada tahun 2000,ketika itu saya berada di tingkatan 3.Pada ketika itu pihak sekolah ada mengadakan bacaan surah Yaasin dan doa selamat untuk menghadapi peperiksaan PMR (ketika itu) sekarang ni dah diubah nama ke PT3.
Kejadian yang menakutkan ini terjadi ketika kami semua para pelajar selesai membaca surah Yaasin dan setelah selesai solat Isyak pada jam 10 malam.
Kawanku bernama Saiful memanggilku dan menunjuk sesuatu diatas bumbung bangunan sekolah.Katanya burung besar.Setelah ku amati ternyata ia bukanlah burung besar.Keadaan fizikalnya berselubung seperti kain dan berwarna putih.Ia seakan-akan bertenggek diatas bangunan berhadapan dengan dorm kelasku.
Secara tiba-tiba bulu di tengkukku meremang.Lantas dengan keberanian yang ada saya membaca surah-surah tertentu yang diingati didalam ingatan ketika itu lalu dihembus kearah mahkluk tersebut.
Serentak dengan itu dengan tiba-tiba sahaja mahkluk itu mendepangkan tangannya seperti burung dan terus terbang.Yang paling menakutkan makhluk tersebut bergerak masuk menembusi ke arah dinding atas tingkat 3 bangunan sekolah.
##################
Pada malam itu setelah selesai membaca surah Yaasin,kami para pelajar dipecahkan kepada 2 kumpulan.Pelajar lelaki tidur di dalam kelas tingkat 1 dan pelajar perempuan pula tidur di dalam kelas tingkat 3.
Farid,Saiful,Nizam dan Fendi merancang untuk menakutkan para pelajar perempuan di tingkat 3.Setelah cabutan dibuat yang menjadi hantu bungkus olok-olok adalah Saiful.Lantas dengan itu mereka pun membungkus Saiful dengan kain cadar berwarna putih.Paling menyeramkan mereka sepakat menghiris jari masing masing dengan darah dan meletakkan darah tersebut di kain cadar putih yang dipakai oleh Saiful untuk membungkus dirinya.Yang paling geli apabila mereka dandan wajah,mulut Saiful dengan darah mereka bertiga.
Bermulalah "operasi" mereka berempat untuk menakutkan pelajar perempuan yang berada di tingkat 3 bangunan sekolah.Farid membuat bunyi mengilai sambil Saiful meloncat-lompat seperti Pocong.
Saya memperhatikan sahaja gelagat mereka dari jauh.Saiful dan Farid menaiki tangga kearah tingkat dua.
Ketika inilah kejadian paling menyeramkan berlaku.Apa yang saya lihat ketika itu dari arah belakang Saiful,kelihatan dari arah hadapannya seperti ada lembaga berbungkus seperti pocong tengah meloncat-loncat persis seperti meniru gaya Saiful dan secara tiba tiba sahaja Farid menjerit seraya berkata "hantuuuuuuu!!!!!!" lalu terus lari meninggalkan Saiful yang berbungkus itu tadi.
Saiful yang terpinga-pinga terus jatuh tergolek dan menanggalkan kain sarung putihnya lantas berlari memotong Farid dan terus memasuki bilik kelas kami yang dijadikan tempat tidur para pelajar lelaki.Dengan keadaan tercungap-cungap Farid menjelaskan apa yang telah berlaku kepada Saiful.Apa yang pelik Saiful tidak nampak akan hantu pocong tersebut.Saya pun ada menjelaskan juga pada Saiful tetapi dia tetap dengan pendiriannya yang dia tidak nampak akan hantu itu.
##################
Nizam memberi idea kepada kami semua untuk bermain "Spirit of the Coin".Saya bersama kembar saya tidak mahu serta dengan perkara khurafat tersebut.Yang turut serta dalam permainan itu adalah Saiful,Nizam,Farid,Fendi dan segelintir lagi para pelajar lelaki yang saya tidak ingat akan nama mereka.
Setelah itu Nizam mengeluarkan papan Oija iaitu papan pemujaan roh.Mereka semua sepakat menghiris lagi jari mereka dengan pisau dan meletakkan sedikit darah mereka ke arah papan pemujaan Oija tersebut.
Nizam pun membaca mantera yang saya tidak faham akan maksudnya,seperti bahasa Jawa baku.
Setelah Nizam habis membaca mantera tersebut dengan secara tiba tiba sahaja,pintu bilik kelas kami semua telah di tendang dan di cakar oleh sesuatu.
Kami semua berasa amat takut ketika itu.Perkara ini berlanjutan hinggalah pada jam 3 pagi.
Setelah itu ramai pelajar yang tertidur kepenatan.Yang paling sukar hendak melelapkan mata pada ketika itu adalah saya dan pasangan kembar saya.
Pada ketika inilah tiba-tiba saya bersama kembar saya terdengar suara hilaian seperti suara perempuan ketawa dan batuk-batuk di hadapan kelas kami.Selang beberapa saat tiba tiba sahaja pintu bilik kelas kami telah di cakar!!!.Cakaran itu kedengaran seperti kuku yang amat panjang dan terasa amat begitu lama sekali,saya dan kembar saya berasa amat ketakutan pada ketika itu.Kami berdua membaca surah-surah tertentu yang kami ingati.
Dan secara tiba tiba sahaja pintu bilik kelas kami terbuka dengan sendirinya.Lalu muncullah sesosok tubuh wanita hodoh di hadapan pintu kelas kami yang terbuka.Keadaan wajahnya amatlah mengerikan wajahnya hodoh.Matanya merah menyala.Berambut panjang, bergigi taring,berbaju putih yang bercampur dengan lumpur dan berbau hanyir seakan bau darah.Hantu itu seperti terapung-apung sambil melihat kearah kami berdua dan ke arah pelajar-pelajar yang sedang tidur.
Saat inilah hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana takutnya kami berdua ketika itu.
Saya cuba menutup mata sambil cuba berbisik kepada kembar saya tetapi suara saya tidak keluar.Peluh jantan mencurah-curah menitik-nitik bercucuran keluar dari badanku,tanpa disedari habis basah bajuku lencun dengan peluh mungkin akibat ketakutan yang melampau.
Kembar saya melihat hantu perempuan itu menudingkan jarinya sambil menunjuk-nunjuk kearah kami semua.
Tiba tiba sahaja hantu tersebut seakan-akan merangkak dan memasuki kain selimut Saiful.Apa yang kulihat kain selimut Saiful bergoncang dan berombak-ombak.
Setelah itu hantu itu keluar dan memasuki pula selimut para pelajar yang bermain permainan "Spirit of the Coin".
Saya yang kepenatan dan terlalu takut tertidur waktu kejadian itu.
Apa yang diberitahu oleh kembarku yang tidak tidur pada waktu kejadian adalah pada ketika itu hantu itu berada di dalam selimut rakanku yang bernama Nizam.Hantu perempuan itu terus bangun terapung dan secara tiba- tiba sahaja dia menudingkan jari kearah kembarku dan dengan pantas cuba untuk mencekik leher kembarku.Kembarku terus pengsan saat hantu itu hendak mencekik lehernya.
Pada keesokan paginya kami semua bangun dari tidur.Kesemua pelajar yang bermain "Spirit of the Coin" berasa sakit-sakit badan dan di jari mereka semua terdapat kesan lebam seakan-akan kesan gigitan.
Paling teruk kena kesan lebam adalah Saiful. Habis satu badan badannya lebam.Kesan lebamnya seakan-akan berbentuk gigi taring.
Saiful berkata dia berasa sangat-sangat lemah seperti banyak kehabisan darah.
Kami semua terus memanggil guru pendidikan agama Islam dan kami menceritakan kejadian semalam kepada guru terbabit.
Sambil mengucap panjang guru itu terus memarahi pelajar yang bermain "Spirit of the Coin".
Katanya yang datang malam semalam adalah Pontianak.
"Selamat 'Dia' tidak melarikan kamu Saiful", kata guru terbabit berseloroh.
Setelah itu kami semua berubat dan minum air penawar yang telah diberikan oleh guru agama terbabit.
Kisah dan pengalaman ini tidak dapat saya dan kembar ku lupakan,jadi saya kongsikan pengalaman seram saya ini bersama pembaca semua.Semoga semuanya terhibur.
Sekian cerita kisah benar,seram dan misteri saya.Nantikan lagi kisah-kisah pengalaman seram dan benar.
Terima kasih kerana sudi membaca.
"Alam ghaib itu ada,...
Kita tidak bersendirian,....
Azan AFS menulis,...
Memang seram kisah2 saudara ni...teruskan berkarya,sy x jemu membaca kisah saudara
ReplyDeleteTerima kasih,..teruskan membaca kisah benar seram misteri dari blog saya,..
DeleteNnt saya akan ceritakan lagi kisah benar seram misteri yg terjadi ya
♥ ♠ ♦ ♣ OPERA QQ ♥ ♠ ♦ ♣
ReplyDelete88OPERA.COM - BandarQ | AduQ | Sakong | Poker | Domino99 | CapsaSusun | Game Online Indonesia - Agen Kartu Online Terbesar dan Terpercaya SeAsia
��Pelayanan Cepat dan Ramah dengan Customer Service Profesional 24 jam
��Proses Depo & Wd Tercepat
��Bonus Rollingan 0,3%
��Bonus Referall 15% Berlaku Seumur Hidup
��Minimal Deposit|Withdraw Rp 20.000
��100% FAIR PLAY
9 Games Dalam 1 UserID
Daftar Disini !!!
�� Domino99 ��
�� BandarQ ��
�� Poker ��
�� AduQ ��
�� Capsa Susun ��
�� Bandar Poker ��
�� Sakong Online ��
�� Bandar 66 ��
�� Perang Baccarat ��
Fasilitas BANK yang di sediakan :
- BCA
- Mandiri
- BNI
- BRI
- Danamon
Menerima Deposit VIA :
* Pulsa Telkomsel Tanpa Potongan
* OVO
- GOPAY
* DANA
* LINKAJA
Hubungi Kami Langsung di WA : +62 822-5710-6104
Customer Service Online 24 Jam Setiap Harinya ^_^
gilerr la seramm..berani betul la ko ni.gua respek sama luu
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman seram....
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi membaca kisah2 benar seram saya,..
DeleteWaduh..seremmm banget😭
ReplyDeleteCerita real ni..memang respect!!!kalau lah cerita ni dpt tayang kat tv kan best
ReplyDeletegiler la seram...kisah benar pula tu..respek pada penulis..anda memang berani..
ReplyDelete