Skip to main content

Kejadian menyeramkan di Sekolah Asrama Baling Kedah


 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini sahabat saya ada menceritakan kisah seram yang terjadi kepada anak nya yang bersekolah disebuah sekolah asrama( tidak dibenarkan disiarkan nama sekolah) di Baling Kedah.


Kata beliau,."Kejadian seram ini berlaku ketika anak dia masih bersekolah dan tinggal di asrama di sebuah sekolah di Baling Kedah(nama sekolah dirahsiakan).Anak saya yang sulung ni lebih mesra dengan panggilan Kaklong.Dia pernah menceritakan kepada saya bahawa dia bersama kawan sekolahnya pernah mengalami peristiwa yang paling menyeramkan semasa di asrama di sekolahnya,..

Begini kisah seram anak beliau..,


Pada suatu malam,. sewaktu saya(kaklong) tengah study dengan seorang kawan yang dikenali dengan nama Alin.(bukan nama sebenar) kami telah diganggu dengan suatu kejadian yang sangat menyeramkan.Semasa itu,kami tengah study di katil masing-masing.Jam sudah menunjukkan tepat pukul 02.00 pagi.Kami belajar sampai lewat malam kerana hari esok sekolah cuti.Kebetulan masa itu adalah hari hujung minggu dan kami tidak balik ke kampung,jadi kami mengisi ruang waktu untuk belajar. Pada malam kejadian,.kesemua pelajar yang lain telah pun tidur,.cuma kami berdua sahaja yang masih bersengkang mata kerana belajar bersama.Tiba-tiba sahaja saya ternampak kesan tompokan darah yang masih basah dikeliling katil kami berdua. Kami berdua merasa amat hairan..Mana datangnya darah ni..darah siapa?? Sebab sebelum ni,memang tak ada darah pun di situ..tiba-tiba sahaja seluruh badan saya merasa meremang sebab memang darah tu nampak baru..pelik..


Lebih memeranjatkan lagi,.. tiba-tiba saya ternampak kelibat sosok tubuh berwarna putih melalui luar tingkap asrama..kebetulan tingkap tersebut ada sebahagian yang tidak bertutup dengan langsir..memang nampak dengan jelas lah..saya terus beritahu kepada Alin.."hang nampak tak apa yang aku nampak?"..Alin bertanya sambil terpinga-pinga.."Mana"?

Kemudian secara tiba-tiba sahaja,.Alin menunjukkan ke arah bawah katil tempat saya tidur,sambil jarinya terketar-ketar menunjuk di bawah katil.Reaksi wajahnya amat mencemaskan,seperti ternampak sesuatu yang menyeramkan.Lantas saya pun menjadi begitu cemas dan berasa begitu ketakutan.Saya terus berlari menuju ke arah katil Alin..lantas kami berdua terus menarik selimut sambil badan kami menggigil-gigil  ketakutan.Mulut kami masing-masing membaca surah dari ayat suci Al-Quran yang kami ingati.Dalam keadaan terketar-ketar itu Alin berbisik kepada saya sambil memberitahu ada "Benda" dekat bawah katil saya.Seriau saya mendengarnya,.Kami berdua terus menutup muka kami dengan selimut sambil berdoa semoga makhluk yang menggangu kami cepat pergi dari situ. Kami pun tak perasan masa bila kami terlelap.Sedar-sedar sahaja terdengar azan subuh di masjid yang berdekatan.


Semasa bangun dari tidur Alin beritahu saya benda yang dia nampak malam tadi adalah sesosok tubuh berbaju putih..berambut panjang..bermata merah,. betul-betul memandang tepat kearahnya sambil meniarap di bawah katil saya..ishhh menyeramkan jika diingatkan kembali peristiwa itu.


Kejadian menyeramkan ini dipercayai berlaku selepas pihak sekolah menebang sebatang pokok jambu yang betul-betul berada  bersebelahan dinding dibahagian belakang asrama.Tidak pasti samaada itu kebetulan atau pun tidak.Mungkin tempat tinggal makhluk itu telah ditebang sebab itu makhluk tersebut mengganggu kami berdua yang tidak tidur ketika itu.


Selepas kejadian itu..Kak long memberitahu saya beberapa kali dia mengigau dan berjalan sambil tidur diwaktu malam dan cuba membuka pintu untuk keluar asrama. Mujurlah ada kawan dia yang perasan dan terus menarik badan kak long masuk semula ke tempat tidur..Saya pun pernah cuba berikhtiar memberikan air penawar yang telah saya bacakan sendiri dengan ayat-ayat rukyah demi untuk menghindari diri anak saya dari gangguan makhluk halus tersebut.Alhamdulillah selepas daripada kejadian itu, gangguan-gangguan tersebut semakin berkurangan..begitulah cerita kisah benar dan seram anak saya( kaklong ) kepada saya,..

Akan ada banyak lagi kisah-kisah benar seram dan misteri,.nantikan kisah-kisah yang lain pula,..terima kasih kerana sudi membaca,..

Akhir kata dari saya,...

"Alam ghaib itu ada,..kita semua tidak bersendirian,..."


Azan AFS menulis,...

Comments

  1. Waduhhh...kok merinding gue rasa..seremm banget sih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ya kerana sudi membaca dan berkomentar,..nantikan lagi kisah-kisah benar seram dan misteri ya,.Malaysia dan Indonesia itu serumpun,..๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

      Delete
  2. Kerennn banget ceritanya..seruuu

    ReplyDelete
  3. Cerita ni best!! Perbanyakkan lagi cerita2 seram camni bossku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana membaca kisah benar seram dan misteri,..baca juga kisah-kisah benar seram yang lain ya,.๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

      Delete
    2. Best do seram๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. ู„ุงَ ุชَุฌْุนَู„ُูˆุง ุจُูŠُูˆุชَูƒُู…ْ ู…َู‚َุงุจِุฑَ ، ุฅِู†َّ ุงู„ุดَّูŠْุทَุงู†َ ูŠَู†ْูِุฑُ ู…ِู†َ ุงู„ْุจَูŠْุชِ ุงู„َّุฐِูŠ ุชُู‚ْุฑَุฃُ ูِูŠู‡ِ ุณُูˆุฑَุฉُ ุงู„ْุจَู‚َุฑَุฉِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketik...

Pengalaman Seram Pak Guard diganggu hantu Pontianak ketika membuat rondaan di hospital

  A ssalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar misteri seram.Pada tengah malam ini saya akan menceritakan pengalaman kisah benar seram rakan saya yang bernama Rizal(bukan nama sebenar). Kisah ini berlaku pada tahun 2004,.Rizal ketika itu sedang bekerja sebagai security guard di hospital yang berada di dalam daerah negeri Perak.Katanya dia ketika itu sedang bertugas pada waktu pagi dan hanya dia bekerja berseorangan di dorm A di hospital itu.Rakannya telah balik ke rumah kerana ada hal yang  mustahak.Hendak tak hendak Rizal terpaksa akur juga dengan kehendak rakannya. Ada juga rakan-rakan yang memberikan nasihat kepada Rizal dan mengatakan bahawa di hospital tempat Rizal bekerja itu keras dan berpenunggu.Rizal tidak kisah dengan cerita dari rakan nya kerana disitulah tempat Rizal mencari rezeki untuk menyara anak dan isterinya. Hendak dijadikan cerita,pada malam  itu,hujan turun renyai-renyai.Salakan anjing memecah keheningan pagi. Rizal seperti bias...

Seram!!Penunggu tandas luar rumah""

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca kisah benar misteri seram,. Disini penulis ingin menceritakan kisah benar seram yang terjadi kepada Zul(bukan nama sebenar) Begini kisah benar seram beliau,..  Tahun 2009, malam sunyi di sebuah kampung yang dikelilingi pokok-pokok tua dan semak samun. Waktu itu jam menunjukkan pukul 11 malam. Zul, budak lelaki berusia 11 tahun, sedang menahan sakit perut yang amat sangat. Rumahnya jenis rumah kampung lama — tandas pula terletak di luar, bersebelahan hujung dapur, terpisah dari rumah utama. Malam itu, hanya Zul dan neneknya berada di rumah. Mak ayahnya keluar ke rumah saudara menghadiri kenduri. Dalam kesunyian malam, Zul menggagahkan diri untuk ke tandas. Hanya bunyi cengkerik dan sesekali lolongan anjing kedengaran dari kejauhan. Ketika sedang duduk dalam tandas, suasana tiba-tiba berubah. Angin bertiup sejuk mencucuk tulang. Tiba-tiba — DUM! DUM! DUM! — bunyi ketukan kuat di dinding luar tandas mengejutkan Zul. Bukan sekali, tapi...