Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua yang membaca blog kisah benar misteri seram.Malam ini saya akan kongsikan kisah pengalaman seram seorang pembaca bernama Zaidi(bukan nama sebenar) yang telah insaf akibat dari selalu bermulut celupar dan panas baran.Begini kisah seram beliau.... Zaidi(bukan nama sebenar) adalah seorang yang amat tidak disukai oleh ramai rakan-rakannya kerana bermulut celupar dan sentiasa panas baran.Ketika mereka pergi memancing,berenang,mendaki bukit bersama pun Zaidi akan bermulut celupar dan panas baran.Dia akan mengatakan hal-hal yang tidak disukai oleh ramai rakan-rakannya.Pernah sekali Zaidi tidak dapat ikan ketika memancing di tasik,dia mengatakan perkataan "pergi mampus lah ikan ni!!tak guna punya tasek!!"!!Ini sebab jembalang kacaulah ni!!"kata Zaidi.INi membuatkan rakan-rakannya kesal akan sikap Zaidi yang panas baran dan bermulut celupar. Kebanyakan rakan-rakan Zaidi menasihati Zaidi agar jangan terbawa-bawa dengan perasaan bara