Skip to main content

Seram!!terjumpa dengan hantu tanglung!!!



Sekadar gambar hiasan,...

Assalamualaikum kepada semua pembaca kisah benar,seram dan misteri.Agak lama juga saya tidak menulis kisah benar dan seram akibat kekangan kerja dan masa.Pada malam ini saya ingin menceritakan kisah benar dan seram rakan saya,biarlah saya namakan dia ijoi (bukan nama sebenar).


Kejadian kisah benar dan seram ini telah berlaku pada tahun 2002 ketika itu ijoi berada di dalam darjah empat.Lokasi kejadiannya pula di kampung Kubang Jambu Kedah di Alor Setar.

Pada malam kejadian itu Ijoi dan empat rakan karibnya baru sahaja habis mengaji di surau.Entah dimana tercetusnya idea mereka berlima ,selepas sahaja solat isyak dan selesai mengaji mereka pun bermain sorok-sorok di tengah bendang berdekatan dengan sebuah rumah yang telah lama ditinggalkan.Rumah itu pula berada di tengah-tengah bendang seakan-akan berada di pulau.

Mereka pun mula bermain sorok-sorok.Ijoi berlari dan menyorok masuk di salah satu pondok jerami.Kebetulan pula pada masa itu musim menuai padi.

Ketika menyorok di dalam pondok yang ditutupi oleh jerami itu,Ijoi ternampak seakan-akan bebola api terbang terawang-awang di tepi sawah.Pergerakan nya amat perlahan sekali.

Ijoi lantas memanggil keempat-empat  kawannya lalu mereka berlima terus sahaja berlari mengejar bebola api itu.

Tanpa rasa takut dan gentar mereka bertempik dan mengejar bebola api tersebut sehinggalah sampai di rimbunan hutan berdekatan pokok nipah.Ketika mereka mengejar bebola api itu,Ijoi perasan yang bebola api itu sedikit demi sedikit hilang dari pandangan.

Selepas sahaja bebola api itu hilang.Tiba-tiba mereka terdengar bunyi salakan anjing menyalak sahut-sahutan dari arah hutan.Bunyinya kedengaran amat sayu sekali.Lantas dengan secara tiba-tiba sahaja angin yang amat sejuk menerpa mereka berlima.

Ini membuat kan mereka berlima kecut perut menggigil kesejukan dan lantas terus sahaja berlari menyelamatkan diri mereka.

Setelah sampai sahaja di rumah salah seorang rakan Ijoi,.rakan nya bernama Karim(bukan nama sebenar) terus menceritakan perihal bebola api yang mereka berlima nampak sebentar tadi kepada ayahnya.

Ayah Karim memberitahu kepada mereka perihal benda yang mereka nampak itu sebenarnya adalah hantu tanglong.Hantu itu pula mungkin sedang mencari katak untuk dimakan.

Terkedu dan terkejut kami berempat mendengar kata-kata dari ayah Karim.Pucat jugalah muka kami semua.Setelah kejadian itu kami tidak lagi bermain sorok-sorok pada waktu malam.Takut nanti kami terjumpa lagi dengan hantu tanglong.

Sekian sahaja kisah benar dan seram yang di alami oleh Ijoi,semoga pembaca semua terhibur membacanya.

Akan ada banyak lagi kisah-kisah benar,seram dan misteri yang akan saya ceritakan dari semasa ke semasa,.

Akhir kata dari saya,..

"Alam ghaib itu ada,..kita semua tidak bersendirian,..."

Azan AFS menulis,....



Comments

  1. Replies
    1. Tq my friend,. Ini kisah benar yg dialami oleh kawan saya,..tq supportπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

      Delete
  2. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

     Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak. Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya

Kisah menakutkan tentang Ilmu kepala taik

Sekadar gambar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri. Ada suatu kisah benar dan seram yang akan dikongsikan ceritanya oleh encik Mat bukan nama sebenar kepada saya. Disini saya bukan menceritakan perihal tentang ilmu minyak dagu,tetapi tentang ilmu kepala taik.Kedengaran seperti melucukan bukan,.? tetapi hakikatnya ilmu ini sangat merbahaya kepada wanita.  Kata encik mat kepada saya ilmu ini diketahui olehnya melalui kawannya yang menggunakan ilmu kepala taik itu.Untuk mendapatkan ilmu tersebut si pengamal mestilah tidak akan mandi seumur hidupnya dan yang paling menjijikkan adalah apabila si pengamal ingin pergi buang air besar,si pengamal mestilah mengambil hujung kepala tahi najisnya sendiri dan disapukan ke pada kedua tapak tangan lalu dengan membaca beberapa mantera si pengamal akan menyapukan tangan yang dilumurkan tahinya kearah rambut serta dimukanya. Yang menghairankan encik mat adalah si pengamal tidak berba

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya