Skip to main content

Seram!!terjumpa dengan hantu tanglung(Hantu bara api) di Kg Kubang Jambu Alor Setar Kedah



Sekadar gambar hiasan,...

Assalamualaikum kepada semua pembaca kisah benar,seram dan misteri.Agak lama juga saya tidak menulis kisah benar dan seram akibat kekangan kerja dan masa.Pada malam ini saya ingin menceritakan kisah benar dan seram rakan saya,biarlah saya namakan dia ijoi (bukan nama sebenar).


Kejadian kisah benar dan seram ini telah berlaku pada tahun 2002 ketika itu ijoi berada di dalam darjah empat.Lokasi kejadiannya pula di kampung Kubang Jambu Kedah di Alor Setar.

Pada malam kejadian itu Ijoi dan empat rakan karibnya baru sahaja habis mengaji di surau.Entah dimana tercetusnya idea mereka berlima ,selepas sahaja solat isyak dan selesai mengaji mereka pun bermain sorok-sorok di tengah bendang berdekatan dengan sebuah rumah yang telah lama ditinggalkan.Rumah itu pula berada di tengah-tengah bendang seakan-akan berada di pulau.

Mereka pun mula bermain sorok-sorok.Ijoi berlari dan menyorok masuk di salah satu pondok jerami.Kebetulan pula pada masa itu musim menuai padi.

Ketika menyorok di dalam pondok yang ditutupi oleh jerami itu,Ijoi ternampak seakan-akan bebola api terbang terawang-awang di tepi sawah.Pergerakan nya amat perlahan sekali.

Ijoi lantas memanggil keempat-empat  kawannya lalu mereka berlima terus sahaja berlari mengejar bebola api itu.

Tanpa rasa takut dan gentar mereka bertempik dan mengejar bebola api tersebut sehinggalah sampai di rimbunan hutan berdekatan pokok nipah.Ketika mereka mengejar bebola api itu,Ijoi perasan yang bebola api itu sedikit demi sedikit hilang dari pandangan.

Selepas sahaja bebola api itu hilang.Tiba-tiba mereka terdengar bunyi salakan anjing menyalak sahut-sahutan dari arah hutan.Bunyinya kedengaran amat sayu sekali.Lantas dengan secara tiba-tiba sahaja angin yang amat sejuk menerpa mereka berlima.

Ini membuat kan mereka berlima kecut perut menggigil kesejukan dan lantas terus sahaja berlari menyelamatkan diri mereka.

Setelah sampai sahaja di rumah salah seorang rakan Ijoi,.rakan nya bernama Karim(bukan nama sebenar) terus menceritakan perihal bebola api yang mereka berlima nampak sebentar tadi kepada ayahnya.

Ayah Karim memberitahu kepada mereka perihal benda yang mereka nampak itu sebenarnya adalah hantu tanglong.Hantu itu pula mungkin sedang mencari katak untuk dimakan.

Terkedu dan terkejut kami berempat mendengar kata-kata dari ayah Karim.Pucat jugalah muka kami semua.Setelah kejadian itu kami tidak lagi bermain sorok-sorok pada waktu malam.Takut nanti kami terjumpa lagi dengan hantu tanglong.

Sekian sahaja kisah benar dan seram yang di alami oleh Ijoi,semoga pembaca semua terhibur membacanya.

Akan ada banyak lagi kisah-kisah benar,seram dan misteri yang akan saya ceritakan dari semasa ke semasa,.

Akhir kata dari saya,..

"Alam ghaib itu ada,..kita semua tidak bersendirian,..."

Azan AFS menulis,....



Comments

  1. Replies
    1. Tq my friend,. Ini kisah benar yg dialami oleh kawan saya,..tq support๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

      Delete
  2. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  3. Hanya yang pernah alami tahu bagaimana perasaannya. Terima kasih kerana berkongsi kisah. Jika berkesempatan, silalah melawat ke blog saya Aku punya cerita.com, di sana juga saya ada berkongsi tentang pengalaman seram yang dialami sendiri. Terima kasih!๐Ÿ‘

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. ู„ุงَ ุชَุฌْุนَู„ُูˆุง ุจُูŠُูˆุชَูƒُู…ْ ู…َู‚َุงุจِุฑَ ، ุฅِู†َّ ุงู„ุดَّูŠْุทَุงู†َ ูŠَู†ْูِุฑُ ู…ِู†َ ุงู„ْุจَูŠْุชِ ุงู„َّุฐِูŠ ุชُู‚ْุฑَุฃُ ูِูŠู‡ِ ุณُูˆุฑَุฉُ ุงู„ْุจَู‚َุฑَุฉِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketik...

Seram!!Diganggu Hantu Pelita(Hantu Pukang-pukang)ketika sedang menoreh getah di kawasan daerah Bera Pahang

   Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca/pendengar kisah benar seram dan misteri .Disini saya akan berkongsi kan pengalaman kisah seram benar Hamdan(bukan nama sebenar)katanya dia pernah diganggu oleh hantu pelita.Kejadian ini berlaku sekitar tahun 90an di daerah Bera Pahang.Begini kisah seram benar beliau,.. Hamdan ketika itu ber umur dalam lingkungan 18 tahun.Dia selalu membantu ayahnya pergi menoreh getah di kebun getah milik atoknya.Dapat juga dia duit sambil boleh membantu meringankan pendapatan seharian keluarganya. Pada kejadian yang seram itu.Hamdan pergi seorang diri ke kebun getah milik atoknya kerana ayahnya pada pagi itu tidak sihat.Dia selalunya pergi menoreh di kebun getah dalam jam lebih kurang 02.00 pagi. Pada pagi itu bulan begitu sangat cerah,.salakan anjing kedengaran sayup-sayup kedengaran dari arah kebun berdekatan dengan kebun getah milik atok Hamdan.Hamdan ketika itu menaiki basikal tua milik atoknya sambil itu dia menghisap rokok da...

Pengalaman Seram Pak Guard diganggu hantu Pontianak ketika membuat rondaan di hospital

  A ssalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar misteri seram.Pada tengah malam ini saya akan menceritakan pengalaman kisah benar seram rakan saya yang bernama Rizal(bukan nama sebenar). Kisah ini berlaku pada tahun 2004,.Rizal ketika itu sedang bekerja sebagai security guard di hospital yang berada di dalam daerah negeri Perak.Katanya dia ketika itu sedang bertugas pada waktu pagi dan hanya dia bekerja berseorangan di dorm A di hospital itu.Rakannya telah balik ke rumah kerana ada hal yang  mustahak.Hendak tak hendak Rizal terpaksa akur juga dengan kehendak rakannya. Ada juga rakan-rakan yang memberikan nasihat kepada Rizal dan mengatakan bahawa di hospital tempat Rizal bekerja itu keras dan berpenunggu.Rizal tidak kisah dengan cerita dari rakan nya kerana disitulah tempat Rizal mencari rezeki untuk menyara anak dan isterinya. Hendak dijadikan cerita,pada malam  itu,hujan turun renyai-renyai.Salakan anjing memecah keheningan pagi. Rizal seperti bias...