Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca kisah benar, seram dan misteri,.
Kali ini pula ada satu kisah yang berlaku di Balai Polis (tidak dibenarkan beritahu kepada umum) di dalam daerah Sungai Siput Perak.
Kejadian ini adalah dalam sekitar tahun 2020 ketika negara kita telah di landa dengan wabak covid19.Yang menarik nya kali ini disertakan gambar sebenar penampakan hantu tersebut di berek.
Diceritakan semula kepada saya oleh seorang anggota Balai Polis tersebut kepada saya.Begini ringkasan kisah benar,seram beliau.,
Aku Will(bukan nama sebenar)bekerja di Balai Polis (rahsia) di daerah Sungai Siput Perak.Sewaktu kejadian,aku bertugas di E.O pejabat pertanyaan.Keadaan ketika itu seperti biasa sahaja,.Kebetulan pula diwaktu itu ada fogging yang akan dijalankan di berek Balai kami.
Fogging(semburan racun nyamuk Aedes) akan di jalankan dalam jam 1900Hrs( 0700 petang ).Saya seperti biasa standby sahaja di pejabat pertanyaan.
Petugas Fogging pun menjalankan tugasan nya di berek-berek balai kami.Disemburnya racun nyamuk itu.Seorang petugas racun pun mula mengambil gambar yang ditangkap.menggunakan kamera henfon nya.Selesai sahaja mengambil gambar.Dia mula melihat gambar yang diambilnya.Terkejut dan tergamam dia seketika kerana gambar yang diambil nya ketika itu terdapat penampakan seorang wanita yang tidak menjejakkan kaki ke tanah.Pakaian wanita terbabit amat pelik.Dilihatnya ke depan dan belakang berek memang tiada siapa-siapa pun di situ,cuma yang ada hanyalah rakan nya yang sedang asyik menyembur racun nyamuk."Ah sudah,.mana perginya penampakan tu!!?"..Kata petugas itu di dalam hatinya.
Petugas itu pun terus berehat seketika kerana menghormati masuknya waktu solat fardhu maghrib.
Selepas menyelesaikan kerja nya dia pun terus ke pejabat pertanyaan( E.O ) dan memberitahuku perihal gambar terbabit.Aku terkejut dengan apa yang dia beritahu dan melihat gambar terbabit.Merasakan hal ini amat menarik perhatian,.aku pun apa lagi terus sahaja meminta petugas itu menghantar gambar hantu perempuan itu kepada aku melalui aplikasi whatsap.
Setelah itu aku pun memberitahu kepada Ocs,kepada rakan-rakan sekerja pengalaman aku nampak hantu. Ini buktinya!!!
Sebenarnya sudah beberapa kali kami di ganggu oleh suara perempuan menangis,cakaran di pintu,pili air dan pintu terbuka dengan sendirinya dan ketukan misteri bertalu-talu lewat tengah malam di berek polis.Tidak disangka pula penampakan hantu itu tertangkap oleh kamera petugas fogging."Mungkin hantu itu pedih mata kena fogging kot,."kata aku kepada penulis.Kami ketawa terbahak-bahak seketika.
Setelah menyampaikan salam aku ( penulis ) memberitahu kepada anggota tersebut memintanya menghantar gambar hantu itu pula kepada aku.Dia pun menghantarnya melalui aplikasi whatsap.Aku ada juga memberitahu kepada dia bahawa aku adalah penulis blog kisah benar misteri dan seram.Dia kelihatan nya teruja mendengarnya tetapi tidak pula dia memintaku untuk membuat kisah benar yang seram ini.Tetapi aku nekad membuat kisah benar seram dan misteri ini khas untuk pembaca setia blog kisahbenar123.
Itu sahajalah kisah benar,seram dan misteri kali ini,..akan ada lagi kisah-kisah benar seram dan menarik yang akan penulis cuba sampaikan kepada pembaca semua,..
Akhir kata dari penulis,...
"Alam ghaib itu ada,..
Kita semua tidak bersendirian,..."
Azan AFS menulis,.....
Cerita ni amat seram!!aku baca sambil tengok gambar tu,.mujurlah dah petang ,.kalau waktu malam tengokk,..adoyaiii,..seramm wooo.,dah la real,.terbaik la Azan AFS,. Wa respect sama lu!!!
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi membaca,.nantikan kisah2 yg menarik dari saya lagi,..😍
Delete