Skip to main content

Penampakan hantu di Balai (rahsia dalam daerah Sungai Siput) Gambar sebenar disertakan!!!!

 


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca kisah benar, seram dan misteri,.

Kali ini pula ada satu kisah yang berlaku di Balai Polis (tidak dibenarkan beritahu kepada umum) di dalam daerah Sungai Siput Perak.

Kejadian ini adalah dalam sekitar tahun 2020 ketika negara kita telah di landa dengan wabak covid19.Yang menarik nya kali ini disertakan gambar sebenar penampakan hantu tersebut di berek.

Diceritakan semula kepada saya oleh seorang anggota Balai Polis tersebut kepada saya.Begini ringkasan kisah benar,seram beliau.,


Aku Will(bukan nama sebenar)bekerja di Balai Polis (rahsia) di daerah Sungai Siput Perak.Sewaktu kejadian,aku bertugas di E.O pejabat pertanyaan.Keadaan ketika itu seperti biasa sahaja,.Kebetulan pula diwaktu itu ada fogging yang akan dijalankan di berek Balai kami.


Fogging(semburan racun nyamuk Aedes) akan di jalankan dalam jam 1900Hrs( 0700 petang ).Saya seperti biasa standby sahaja di pejabat pertanyaan.


Petugas Fogging pun menjalankan tugasan nya di berek-berek balai kami.Disemburnya racun nyamuk itu.Seorang petugas racun pun mula mengambil gambar yang ditangkap.menggunakan kamera henfon nya.Selesai sahaja mengambil gambar.Dia mula melihat gambar yang diambilnya.Terkejut dan tergamam dia seketika kerana gambar yang diambil nya ketika itu terdapat penampakan seorang wanita yang tidak menjejakkan kaki ke tanah.Pakaian wanita terbabit amat pelik.Dilihatnya ke depan dan belakang berek memang tiada siapa-siapa pun di situ,cuma yang ada hanyalah rakan nya yang sedang asyik menyembur racun nyamuk."Ah sudah,.mana perginya penampakan tu!!?"..Kata petugas itu di dalam hatinya.

Petugas itu pun terus berehat seketika kerana menghormati masuknya waktu solat fardhu maghrib.


Selepas menyelesaikan kerja nya dia pun terus ke pejabat pertanyaan( E.O ) dan memberitahuku perihal gambar terbabit.Aku terkejut dengan apa yang dia beritahu dan melihat gambar terbabit.Merasakan hal ini amat menarik perhatian,.aku pun apa lagi terus sahaja meminta petugas itu menghantar gambar hantu perempuan itu kepada aku melalui aplikasi whatsap.

Setelah itu aku pun memberitahu kepada Ocs,kepada rakan-rakan sekerja pengalaman aku nampak hantu. Ini buktinya!!!


Sebenarnya sudah beberapa kali kami di ganggu oleh suara perempuan menangis,cakaran di pintu,pili air dan pintu  terbuka dengan sendirinya dan ketukan misteri bertalu-talu lewat tengah malam di berek polis.Tidak disangka pula penampakan hantu itu tertangkap oleh kamera petugas fogging."Mungkin hantu itu pedih mata kena fogging kot,."kata aku kepada penulis.Kami ketawa terbahak-bahak seketika.


Setelah menyampaikan salam aku ( penulis ) memberitahu kepada anggota tersebut memintanya  menghantar gambar hantu itu pula kepada aku.Dia pun menghantarnya melalui aplikasi whatsap.Aku ada juga memberitahu kepada dia bahawa aku adalah penulis blog kisah benar misteri dan seram.Dia kelihatan nya teruja mendengarnya tetapi tidak pula dia memintaku untuk membuat kisah benar yang seram ini.Tetapi aku nekad membuat kisah benar seram dan misteri ini khas untuk pembaca setia blog kisahbenar123.


Itu sahajalah kisah benar,seram dan misteri kali ini,..akan ada lagi kisah-kisah benar seram dan menarik yang akan penulis cuba sampaikan kepada pembaca semua,..


Akhir kata dari penulis,...


"Alam ghaib itu ada,..

Kita semua tidak bersendirian,..." 


Azan AFS menulis,.....



Comments

  1. Cerita ni amat seram!!aku baca sambil tengok gambar tu,.mujurlah dah petang ,.kalau waktu malam tengokk,..adoyaiii,..seramm wooo.,dah la real,.terbaik la Azan AFS,. Wa respect sama lu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi membaca,.nantikan kisah2 yg menarik dari saya lagi,..😍

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

     Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak. Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya

Kisah menakutkan tentang Ilmu kepala taik

Sekadar gambar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri. Ada suatu kisah benar dan seram yang akan dikongsikan ceritanya oleh encik Mat bukan nama sebenar kepada saya. Disini saya bukan menceritakan perihal tentang ilmu minyak dagu,tetapi tentang ilmu kepala taik.Kedengaran seperti melucukan bukan,.? tetapi hakikatnya ilmu ini sangat merbahaya kepada wanita.  Kata encik mat kepada saya ilmu ini diketahui olehnya melalui kawannya yang menggunakan ilmu kepala taik itu.Untuk mendapatkan ilmu tersebut si pengamal mestilah tidak akan mandi seumur hidupnya dan yang paling menjijikkan adalah apabila si pengamal ingin pergi buang air besar,si pengamal mestilah mengambil hujung kepala tahi najisnya sendiri dan disapukan ke pada kedua tapak tangan lalu dengan membaca beberapa mantera si pengamal akan menyapukan tangan yang dilumurkan tahinya kearah rambut serta dimukanya. Yang menghairankan encik mat adalah si pengamal tidak berba

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya