Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau.,
Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024.
Begini kisah seram beliau.,
Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya tak bestlah kalau tak jumpa hantu ni.kami semua menggelengkan kepala kepada beliau.Ada yang menasihati supaya jangan bermulut celupar Tetapi tidak dihiraukan dan diendahkan oleh beliau.
Maka pada hari-hari biasa ketika belajar di maktab keadaan baik dan biasa sahaja.,sehinggalah pada suatu hari di lewat waktu pagi ketika berada di dalam bilik asrama,..
Jam ketika itu menunjukkan tepat jam 3 pagi,.Aku(Rohma) ketika itu susah sangat nak lena,.aku melihat kawan aku disebelah kiri sedang asyik berdengkur.Lena betul tidurnya.dibelakang bilik aku ni ada cermin tingkap yang boleh di buka(sliding window).
Aku cuba memejamkan mata,.tiba-tiba sahaja aku terdengar seperti bunyi suara kepakan burung tetapi bunyi itu seperti bunyi seperti ada orang yang sedang mengibar-ngibarkan selimut.Aku melihat dicermin tingkap sliding window seperti ada sesuatu benda yang besar sedang berjalan mundar mandir di situ.Aku memerhatikan benda itu dengan cemas.Tiba-tiba sahaja benda itu mengilai-ngilai dengan nyaring.Aku terus tekup muka aku pakai bantal dan tarik selimut aku secepat yang boleh.Sambil tu aku mengintai benda itu disebalik selimut yang aku tutupi dengan muka.Aku melihat benda itu seperti bergerak ke bilik sebelah pula,iaitu bilik kawan aku yang bermulut celupar itu.Aku masih sahaja lagi mendengar hilaian ketawa dari benda itu.
Secara tiba-tiba!!aku terdengar suara menjerit dari bilik sebelah.Dan satu lagi suara jeritan juga dari bilik sebelah yang sama.Kemudian aku terdengar bunyi orang sedang berteriak di luar asrama.Aku dengan panik terus sahaja keluar dari bilik menuju ke bilik rakan sebelah.
Aku melihat rakan ku Syafiq(bukan nama sebenar)sedang termengah-mengah.Aku bertanya kepada nya apa yang sedang berlaku?Kata nya ketika dia mendengar suara jeritan di bilik sebelah,. Syafiq terus keluar dari bilik dan terus membuka pintu bilik rakan sebelah yang menjerit tu.Syafiq ternampak ada satu susuk makhluk berwarna kelabu tiada wajah sedang mengusik rakan nya yang bermulut celupar itu.Makhluk itu segera mengebarkan tangannya seperti bentuk sayap terus pergi kearah Syafiq.Syafiq pun mengelak akan makhluk tersebut dan makhluk itu terus sahaja terbang ke atas menembusi tembok-tembok block asrama.
Setelah mendengar kan kisah Syafiq aku terus membangunkan rakan yang bermulut celupar ni.Aku tampar mukanya 2 kali.Baru dia sedar dari lamunan.Aku bertanya kepada nya apa yang telah terjadi.Biarlah aku namakan kawan aku yang bermulut celupar ni khairul(bukan nama sebenar)Kata Khairul,.ketika dia sedang tidur dibiliknya.Dia mendengar ada sesuatu sedang masuk kebilik melalui cermin sliding window dibelakang.Dia buat tak kisah sahaja.Khairul terkejut ketika mendengar hilaian suara perempuan di biliknya.Benda itu mengusik Khairul dengan memegang kepala Khairul.Khairul merasakan seperti ada bulu-bulu kasar tepat mengenai kepalanya dan terus sahaja Khairul menoleh kearah makhluk itu.Khairul lantas menjerit kerana terkejut disebabkan wajah makhluk itu tiada.Makhluk itu berambut panjang serta berwarna kelabu.Ketika Khairul menjerit.Rakannya yang tidur disebelah katil Khairul terbangun dan bertanya pada Khairul.,"kau ni dah kenape"??dan dia pun ternampak makhluk itu sedang mengepakkan sayapnya yang besar.,terus sahaja rakan Khairul menjerit jugak.
Waktu ketika itulah,.pintu bilik Khairul dibuka dan Syafiq muncul di depan pintu bilik Khairul.Mahkluk itu terus sahaja mengebarkan sayapnya dan meluru ke arah Syafiq.Mujur Syafiq sempat elak dan makhluk itu terus terbang keatas menembusi tembok-tembok dorm asrama.
Selepas habis sahaja Khairul menceritakan kisah seram beliau aku pun mulai menceritakan pengalaman seram aku pula sebentar tadi.Mereka pun terkejut mendengarnya.Aku pun menegur kawan ku yang bernama Khairul.kata aku kepada dia,."itulah kau!!nak sangat jumpa hantu!!kan hantu dah muncul!!"Khairul terdiam menunduk kepadaku.Mungkin dia malu dan sedar akan kesilapan nya yang bermulut celupar itu.
Keesokan harinya,.Khairul demam mungkin terkejut dengan apa yang dia lihat semalam.Aku juga ada memberitahu jurulatih yang mengajar kelasku pada hari itu.Kata jurulatih yang mengajarku ketika itu "benda itu ada tiga".Seekor perempuan,seekor lagi lelaki dan seekor lagi anak nye.Yang mengganggu korang lewat malam tadi mungkin hantu langsuir perempuan.Kata jurulatih kami,.setiap bangunan asrama ada penghuninya.Bangunan asrama yang kami duduki ni dihuni oleh langsuir perempuan.Satu lagi bangunan asrama dihuni oleh langsuir lelaki dan satu lagi dihuni oleh langsuir budak-budak iaitu anaknya.Wallah hu alam.,entah betul atau tidak kami mendengar sahaja kata jurulatih dengan perasaan seram sejuk.,habis meremang bulu tengkuk kami mendengarnya.
Itu sahajalah Pengalaman kisah benar seram yang diceritakan oleh Rohma kepada saya.Nantikan lagi kisah-kisah benar seram yang akan saya ceritakan lagi.teruskan menyokong blog saya ya.,
Akhir kata dari saya,...
"Alam ghaib itu ada,....
Kita semua tidak bersedirian",......
Azan AFS menulis,.....
Serammm
ReplyDeleteTerima kasih ya kerana membaca,. alhamdulillah syukur
Delete