Skip to main content

Gangguan Van Ambulan berhantu di Parit Selangor Pontian Johor


 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kisah benar 123.Kisah ini adalah kisah benar seram yang terjadi kepada adik ipar saya.Nama panggilan yang diberikan kepada adik ipar saya ni adalah Mamat.Kisah ini berlaku di Pontian Johor pada tahun 2022.,begini kisah benar seram beliau.

Ketika itu Mamat hendak menghantar abahnya ke tempat kerja dengan membawa kereta wira.Waktu itu jam lebih kurang dalam pukul tiga suku pagi.Mamat ketika itu merasakan hatinya tidak tenteram kerana pada pagi itu suasana amat sunyi dan hujan mulai turun dengan renyai-renyai.

Setelah Mamat menghantar abahnya ke tempat kerja, Kenderaan Mamat yang tengah dipandu oleh Mamat ketika itu telah berselisih dengan sebuah van ambulan yang mempunyai jalur hijau biru putih dibadan dan tertera tulisan ambulan di badan van tersebut.Kata Mamat ambulan yang dilihatnya itu sangat laju.Mamat pun berfikir siapa pula yang accident pagi-pagi buta macam ni,.dan terus membawa kereta nya seperti biasa.Setelah membawa kereta lebih kurang dalam 20 minit kemudian secara tiba-tiba sahaja ada sebuah van membuka lampu cerah (high beam) dari arah belakang kenderaan mamat,ini membuatkan Mamat silau kerana pantulan dari lampu kenderaan arah kereta belakang tepat mengenai cermin pandang belakang dan cermin sisi kenderaan Mamat.Van itu mencucuk rapat kenderaan Mamat.Setelah melalui simpang ke Parit Selangor van itu pun terus memotong kenderaan Mamat dengan laju."Itu adalah van ambulan yang sama,."kata Mamat didalam hatinya.

Setelah itu Mamat pun membawa kenderannya seperti biasa,.dari kejauhan Mamat  ternampak van yang memotong nya sebentar tadi,.Mamat berasa amat hairan kenapa van ambulan itu bergerak amat perlahan sekitar 30km/Jam.Mamat ketika itu memang tergesa-gesa hendak balik ke rumah.Mamat pun memotong van tersebut,lantas Mamat pun menoleh ke arah pemandu Van itu.Apa yang Mamat lihat Van ambulan itu tiada pemandu!Ini kerana lampu didalam kenderaan van ambulan itu telah dibuka cerah.Memang tiada pemandu didalam van ambulan tersebut.Mamat terkejut melihat van yang tiada pemandu itu boleh bergerak dan siapa yang memandu van itu!dan Mamat terus sahaja memotong van ambulan tersebut.

Setelah itu apa yang menakutkan,.Van ambulan itu pula memecut rapat mengikut kenderaan Mamat,.Mamat merasa takut dengan situasi itu.Lama-kelamaan van itu terus hilang dan ghaib dari arah belakang kenderaan Mamat.lega rasa Mamat ketika itu.

Mamat pun merasa amat takut dan hairan dengan apa yang sedang dialaminya pada malam itu.Setelah sampainya Mamat dirumah.Dengan keadaan terketar-ketar Mamat terus membasuh kaki dan terus tidur tetapi tidak lena.Keesokan harinya Mamat demam dan dia pun menceritakan kisah seramnya kepada ibu beliau.terkejut juga ibu Mamat mendengar kisah seram anaknya itu.

Sekian lah sahaja kisah benar seram 123 yang benar-benar terjadi kepada Mamat.Nantikan lagi kisah benar seram yang akan saya ceritakan dari semasa ke semasa,..

Akhir kata dari saya,....



"Alam ghaib itu ada,..kita semua tidak bersedirian,..."


Azan AFS menulis

Anda semua boleh melayari YouTube saya di Azan AFS Channel.,terima kasih.,boleh la subcribe like dan komen ya,.



Comments

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketik...

Seram!!Diganggu Hantu Pelita(Hantu Pukang-pukang)ketika sedang menoreh getah di kawasan daerah Bera Pahang

   Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca/pendengar kisah benar seram dan misteri .Disini saya akan berkongsi kan pengalaman kisah seram benar Hamdan(bukan nama sebenar)katanya dia pernah diganggu oleh hantu pelita.Kejadian ini berlaku sekitar tahun 90an di daerah Bera Pahang.Begini kisah seram benar beliau,.. Hamdan ketika itu ber umur dalam lingkungan 18 tahun.Dia selalu membantu ayahnya pergi menoreh getah di kebun getah milik atoknya.Dapat juga dia duit sambil boleh membantu meringankan pendapatan seharian keluarganya. Pada kejadian yang seram itu.Hamdan pergi seorang diri ke kebun getah milik atoknya kerana ayahnya pada pagi itu tidak sihat.Dia selalunya pergi menoreh di kebun getah dalam jam lebih kurang 02.00 pagi. Pada pagi itu bulan begitu sangat cerah,.salakan anjing kedengaran sayup-sayup kedengaran dari arah kebun berdekatan dengan kebun getah milik atok Hamdan.Hamdan ketika itu menaiki basikal tua milik atoknya sambil itu dia menghisap rokok da...

Pengalaman Seram Pak Guard diganggu hantu Pontianak ketika membuat rondaan di hospital

  A ssalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar misteri seram.Pada tengah malam ini saya akan menceritakan pengalaman kisah benar seram rakan saya yang bernama Rizal(bukan nama sebenar). Kisah ini berlaku pada tahun 2004,.Rizal ketika itu sedang bekerja sebagai security guard di hospital yang berada di dalam daerah negeri Perak.Katanya dia ketika itu sedang bertugas pada waktu pagi dan hanya dia bekerja berseorangan di dorm A di hospital itu.Rakannya telah balik ke rumah kerana ada hal yang  mustahak.Hendak tak hendak Rizal terpaksa akur juga dengan kehendak rakannya. Ada juga rakan-rakan yang memberikan nasihat kepada Rizal dan mengatakan bahawa di hospital tempat Rizal bekerja itu keras dan berpenunggu.Rizal tidak kisah dengan cerita dari rakan nya kerana disitulah tempat Rizal mencari rezeki untuk menyara anak dan isterinya. Hendak dijadikan cerita,pada malam  itu,hujan turun renyai-renyai.Salakan anjing memecah keheningan pagi. Rizal seperti bias...