Skip to main content

Gangguan Langsuir di Kampung


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca kisah benar misteri seram,.disini saya ingin berkongsi kisah benar seram penampakan hantu langsuir di sebuah kampung yang nama kampung dan di negeri mana penulis tidak boleh beritahu kerana pemberi cerita tidak mahu nama tempat dan di daerah mana tempat kejadian itu berlaku,.Begini kisah seram beliau,...

Di sebuah kampung terpencil, penduduk sering diganggu oleh suara perempuan menangis di waktu tengah malam. Suaranya panjang, seram, dan kedengaran dari arah hutan belakang rumah.

Mula-mula hanya bunyi suara, kemudian beberapa orang kampung ternampak kelibat perempuan berambut panjang, berpakaian putih, melayang di bumbung rumah. Ayam dan itik sering mati tanpa sebab, bayi kecil pula sering menangis tidak henti seakan melihat sesuatu yang tidak kelihatan.


Setiap kali malam Jumaat, pada lewat malam,langsuir itu terbang rendah, merayap di sekitar rumah-rumah.Ramai cuba membaca doa dan azan, namun suara ketawa nyaringnya memecah keheningan malam, membuatkan bulu roma sesiapa sahaja meremang.


Sehingga kini, masih ada penduduk yang bersumpah melihat kelibat langsuir bertenggek di pokok besar berhampiran Sungai di kampung mereka.


Maaf penulis tidak boleh memberitahu nama tempat serta kampung nya berada di kawasan mana.Kerana pemberi cerita tidak mahu nama kampungnya diberitahu kepada pembaca,.


Akhir kata dari penulis,..

'Alam ghaib itu ada,..

'kita semua tidak bersendirian '....

Azan AFS menulis,....


Comments

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketik...

Pengalaman Seram Pak Guard diganggu hantu Pontianak ketika membuat rondaan di hospital

  A ssalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar misteri seram.Pada tengah malam ini saya akan menceritakan pengalaman kisah benar seram rakan saya yang bernama Rizal(bukan nama sebenar). Kisah ini berlaku pada tahun 2004,.Rizal ketika itu sedang bekerja sebagai security guard di hospital yang berada di dalam daerah negeri Perak.Katanya dia ketika itu sedang bertugas pada waktu pagi dan hanya dia bekerja berseorangan di dorm A di hospital itu.Rakannya telah balik ke rumah kerana ada hal yang  mustahak.Hendak tak hendak Rizal terpaksa akur juga dengan kehendak rakannya. Ada juga rakan-rakan yang memberikan nasihat kepada Rizal dan mengatakan bahawa di hospital tempat Rizal bekerja itu keras dan berpenunggu.Rizal tidak kisah dengan cerita dari rakan nya kerana disitulah tempat Rizal mencari rezeki untuk menyara anak dan isterinya. Hendak dijadikan cerita,pada malam  itu,hujan turun renyai-renyai.Salakan anjing memecah keheningan pagi. Rizal seperti bias...

Seram!!Penunggu tandas luar rumah""

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca kisah benar misteri seram,. Disini penulis ingin menceritakan kisah benar seram yang terjadi kepada Zul(bukan nama sebenar) Begini kisah benar seram beliau,..  Tahun 2009, malam sunyi di sebuah kampung yang dikelilingi pokok-pokok tua dan semak samun. Waktu itu jam menunjukkan pukul 11 malam. Zul, budak lelaki berusia 11 tahun, sedang menahan sakit perut yang amat sangat. Rumahnya jenis rumah kampung lama — tandas pula terletak di luar, bersebelahan hujung dapur, terpisah dari rumah utama. Malam itu, hanya Zul dan neneknya berada di rumah. Mak ayahnya keluar ke rumah saudara menghadiri kenduri. Dalam kesunyian malam, Zul menggagahkan diri untuk ke tandas. Hanya bunyi cengkerik dan sesekali lolongan anjing kedengaran dari kejauhan. Ketika sedang duduk dalam tandas, suasana tiba-tiba berubah. Angin bertiup sejuk mencucuk tulang. Tiba-tiba — DUM! DUM! DUM! — bunyi ketukan kuat di dinding luar tandas mengejutkan Zul. Bukan sekali, tapi...