Skip to main content

Seram!!Diganggu Hantu Pelita ketika sedang menoreh getah di kawasan daerah Bera Pahang

 



 Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca/pendengar kisah benar seram dan misteri .Disini saya akan berkongsi kan pengalaman kisah seram benar Hamdan(bukan nama sebenar)katanya dia pernah diganggu oleh hantu pelita.Kejadian ini berlaku sekitar tahun 90an di daerah Bera Pahang.Begini kisah seram benar beliau,..

Hamdan ketika itu ber umur dalam lingkungan 18 tahun.Dia selalu membantu ayahnya pergi menoreh getah di kebun getah milik atoknya.Dapat juga dia duit sambil boleh membantu meringankan pendapatan seharian keluarganya.

Pada kejadian yang seram itu.Hamdan pergi seorang diri ke kebun getah milik atoknya kerana ayahnya pada pagi itu tidak sihat.Dia selalunya pergi menoreh di kebun getah dalam jam lebih kurang 02.00 pagi.

Pada pagi itu bulan begitu sangat cerah,.salakan anjing kedengaran sayup-sayup kedengaran dari arah kebun berdekatan dengan kebun getah milik atok Hamdan.Hamdan ketika itu menaiki basikal tua milik atoknya sambil itu dia menghisap rokok daun."Sedap dan segar sekali rasanya".,kata Hamdan dalam hati.

Setelah sampainya Hamdan di kebun getah milik atoknya.Hamdan terus menongkatkan basikalnya lalu membuka lampu picit di kepalanya.Sambil itu dia menghalakan lampu suluh dikepalanya ke pokok-pokok getah milik atoknya.Banyak juga pokok-pokok getah yang hendak ditorehnya nanti."minta-minta jauhkan lah aku dari serangan binatang yang berbisa dan yang memudaratkan aku,." Kata Hamdan mengomel sendirian,.

Hamdan pun mengambil pisau torehnya dan berjalan dengan berhati-hati mengikuti laluan yang dia biasa terokai mengikuti denai-denai.Setelah sampai di salah satu pokok getah milik atoknya,.Hamdan lantas mengambil pot/mangkuk getah yang bertakung dengan air lalu membuang air yang bertakung itu kebawah.Setelah itu diletakkan nya semula pot itu dikedudukan asal di pokok getah itu.Hamdan lantas menoreh pokok getah itu.Oh ya Hamdan ketika itu telah siap siaga dengan serangan nyamuk.Dia telah pun menyalakan ubat lingkaran nyamuk di belakang badannya.Bentuknya seperti beg kecil tetapi besi dan diikat pada badan Hamdan.Asap nyamuk mengikuti pergerakan Hamdan.Nyamuk pun jika ada akan mati jika terkenal asap ubat nyamuk itu.

Ketika Hamdan leka menoreh pokok-pokok getah milik atoknya.Tiba-tiba sahaja dari kejauhan Hamdan ternampak akan samar-samar lampu tiben atau lampu pelita dan ternampak kelibat seseorang sedang menoreh getah.Jelas kedengaran akan bunyi torehan dari orang itu sedang menoreh pokok getah.Bunyi susu getah yang menitik-nitik itu juga jelas kedengaran juga.'Ini tak boleh jadi ni",.sape pulak yang menoreh getah pokok atok aku ni!!memang mat pet lah ni!!"..kata Hamdan dalam hatinya.Hamdan lantas mengetuk-ngetuk cawan / mug getah susu dekat pokok.Kelibat itu pun sama meniru perbuatan Hamdan mengetuk mug di pokok.

Hamdan terus menempik sambil berkata,."Hoiii!! Siapa kau!!pencurik ke!!baik kau berambus sekarang!!!.,Kelibat itu tidak menghiraukan teriakan Hamdan.Dia dengan tenang sahaja menoreh pokok getah milik Hamdan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Hamdan berada diri nya tercabar.Dia terus berlari ke arah kelibat itu sambil menghayunkan pisau toreh yang dipegangnya.Sesampainya dia di pokok tempat kelibat itu berdiri.Secara tiba-tiba sahaja,.kelibat atau orang itu hilang secara tiba-tiba.Ini membuatkan Hamdan terkejut melihat hal yang tidak disangka-sangkanya itu.Hamdan dengan liar memerhati sekeliling kebun pokok getah itu.Tiba-tiba dia ternampak kelibat itu berada di pokok yang dia baru sahaja menoreh sebentar tadi.Hamdan berasa geram,.bagaimana pula orang itu dengan cepat boleh pergi ke pokok getah tempat dia menoreh tadi.Hamdan pun menempik kearah kelibat tersebut.Tetapi tiada reaksi dari orang itu.Orang itu menoreh lagi pokok milik atok Hamdan.Hamdan pun melihat pokok yg ditoreh sebentar tadi oleh orang itu.Tetapi tiada torehan baru pun di pokok getah itu.Mug / cawan pun tidak berisi getah."Pelik ni,." .,kata Hamdan dalam hatinya.Peluh jantan berjatuhan keluar di dahinya.

Hamdan menoleh semula ke tempat kelibat/orang itu.Tetapi kelibat itu susah tiada.Tiba-tiba pula Hamdan ternampak cahaya api pelita di atas salah satu pokok getah.Bunyi torehan pokok getah yang ditoreh itu jelas kedengaran. Tiba-tiba sahaja Hamdan terdengar satu teriakan menjerit kepadanya"Woiiii!!!!,." kata suara itu.Hamdan terdengar satu suara garau menjerkah kearahnya dari atas salah satu pokok getah disitu Hamdan segera mendongak keatas dan apa yang dilihat oleh Hamdan amat menakutkan dan tidak akan dia lupakan sepanjang hidupnya.Hamdan melihat akan penampakan kelibat berwarna hitam bermata merah,badannya secara melintang/terbalik sedang menjegilkan biji matanya yang merah kearah Hamdan.

Hamdan apa lagi,.terus berlari semahu-mahunya dan terus membawa basikalnya pulang kerumah beliau.Sesampainya Hamdan dirumah dengan keadaan menggigil seluruh badan dia pun memberi salam untuk masuk kerumah.Belum sempat ibunya membuka pintu.Hamdan telah ditemui pengsan oleh ibunya di depan anjung rumahnya.

Pada keesokan harinya,.setelah tersedar dari pengsan,.Hamdan menceritakan kejadian kisah seramnya pada ibu dan ayahnya.Kata ayah Hamdan,yang menakutkan dia ketika itu adalah hantu pelita.Kata ayah nya.,hantu itu memang sudah lama ada setiap kali ayahnya keluar pergi menoreh pokok getah di kebun.Kata ayah Hamdan.,jangan di tegur,nanti ditegurnya kita balik dan boleh membuatkan kita demam.Terkejut juga Hamdan mendengar nya dari mulut ayahnya.Mulai dari hari itu Hamdan tidak berani keluar seorang diri lagi untuk menoreh pokok getah.Dia akan keluar menoreh jika ditemani oleh ayah beliau.

Sekianlah sahaja pengalaman kisah benar seram yang dialami oleh Hamdan(bukan nama sebenar)kepada para pembaca Dan pendengar.Akan ada lagi kisah-kisah Pengalaman benar seram dan misteri yang akan saya ceritakan dari masa ke semasa.

Jangan lupa ikuti kisah benar seram misteri saya ini di YouTube channel saya Azan AFS Channel.

Akhir kata dari saya,...



"Alam ghaib itu ada,...

Kita semua tidak bersendirian,..."


Azan AFS menulis,.....




Comments

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketika Sa

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

     Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak. Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya