Skip to main content

Posts

Seram!!Penunggu tandas luar rumah""

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca kisah benar misteri seram,. Disini penulis ingin menceritakan kisah benar seram yang terjadi kepada Zul(bukan nama sebenar) Begini kisah benar seram beliau,..  Tahun 2009, malam sunyi di sebuah kampung yang dikelilingi pokok-pokok tua dan semak samun. Waktu itu jam menunjukkan pukul 11 malam. Zul, budak lelaki berusia 11 tahun, sedang menahan sakit perut yang amat sangat. Rumahnya jenis rumah kampung lama — tandas pula terletak di luar, bersebelahan hujung dapur, terpisah dari rumah utama. Malam itu, hanya Zul dan neneknya berada di rumah. Mak ayahnya keluar ke rumah saudara menghadiri kenduri. Dalam kesunyian malam, Zul menggagahkan diri untuk ke tandas. Hanya bunyi cengkerik dan sesekali lolongan anjing kedengaran dari kejauhan. Ketika sedang duduk dalam tandas, suasana tiba-tiba berubah. Angin bertiup sejuk mencucuk tulang. Tiba-tiba — DUM! DUM! DUM! — bunyi ketukan kuat di dinding luar tandas mengejutkan Zul. Bukan sekali, tapi...
Recent posts

Kisah kawan misteri Aslah

 Assalamualaikum kepada pembaca kisah benar misteri seram,.disini saya ada sebuah kisah seram tentang 'kawan misteri' yang diceritakan oleh Aslah (bukan nama sebenar)kisah ini berlalu di negeri Kedah.Nama sekolah tidak dapat penulis siarkan kerana tidak dibenarkan oleh pemberi cerita kepada penulis. Kisah ini berlalu pada tahun 2002,begini kisah seram beliau,.   Di sebuah asrama lama, Aslah tinggal bersama rakan-rakan sebiliknya. Pada waktu siang, semuanya kelihatan biasa sahaja. Namun setiap kali lewat tengah malam, Aslah selalu berbual dengan seorang “kawan misteri” yang hanya muncul ketika lampu sudah dipadamkan. Kawan Aslah duduk di hujung katil, kadang-kadang menyandar di tingkap sambil berbisik panjang dengan Aslah. Suaranya perlahan, seolah-olah bergaung dari jauh. Rakan-rakan sebilik yang lain hairan, sebab setiap kali mereka bertanya, “Aslah cakap dengan siapa?” dia hanya menjawab, “Kawan aku… dia tengah duduk sini.” Tetapi bila mereka pandang, katil hujung itu...

Gangguan Langsuir di Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca kisah benar misteri seram,.disini saya ingin berkongsi kisah benar seram penampakan hantu langsuir di sebuah kampung yang nama kampung dan di negeri mana penulis tidak boleh beritahu kerana pemberi cerita tidak mahu nama tempat dan di daerah mana tempat kejadian itu berlaku,.Begini kisah seram beliau,... Di sebuah kampung terpencil, penduduk sering diganggu oleh suara perempuan menangis di waktu tengah malam. Suaranya panjang, seram, dan kedengaran dari arah hutan belakang rumah. Mula-mula hanya bunyi suara, kemudian beberapa orang kampung ternampak kelibat perempuan berambut panjang, berpakaian putih, melayang di bumbung rumah. Ayam dan itik sering mati tanpa sebab, bayi kecil pula sering menangis tidak henti seakan melihat sesuatu yang tidak kelihatan. Setiap kali malam Jumaat, pada lewat malam,langsuir itu terbang rendah, merayap di sekitar rumah-rumah.Ramai cuba membaca doa dan azan, namun suara ketawa nyaringnya memecah keh...

Pengalaman Seram Pak Guard diganggu hantu Pontianak ketika membuat rondaan di hospital

  A ssalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar misteri seram.Pada tengah malam ini saya akan menceritakan pengalaman kisah benar seram rakan saya yang bernama Rizal(bukan nama sebenar). Kisah ini berlaku pada tahun 2004,.Rizal ketika itu sedang bekerja sebagai security guard di hospital yang berada di dalam daerah negeri Perak.Katanya dia ketika itu sedang bertugas pada waktu pagi dan hanya dia bekerja berseorangan di dorm A di hospital itu.Rakannya telah balik ke rumah kerana ada hal yang  mustahak.Hendak tak hendak Rizal terpaksa akur juga dengan kehendak rakannya. Ada juga rakan-rakan yang memberikan nasihat kepada Rizal dan mengatakan bahawa di hospital tempat Rizal bekerja itu keras dan berpenunggu.Rizal tidak kisah dengan cerita dari rakan nya kerana disitulah tempat Rizal mencari rezeki untuk menyara anak dan isterinya. Hendak dijadikan cerita,pada malam  itu,hujan turun renyai-renyai.Salakan anjing memecah keheningan pagi. Rizal seperti bias...

Seram!!Diganggu Hantu Pelita(Hantu Pukang-pukang)ketika sedang menoreh getah di kawasan daerah Bera Pahang

   Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca/pendengar kisah benar seram dan misteri .Disini saya akan berkongsi kan pengalaman kisah seram benar Hamdan(bukan nama sebenar)katanya dia pernah diganggu oleh hantu pelita.Kejadian ini berlaku sekitar tahun 90an di daerah Bera Pahang.Begini kisah seram benar beliau,.. Hamdan ketika itu ber umur dalam lingkungan 18 tahun.Dia selalu membantu ayahnya pergi menoreh getah di kebun getah milik atoknya.Dapat juga dia duit sambil boleh membantu meringankan pendapatan seharian keluarganya. Pada kejadian yang seram itu.Hamdan pergi seorang diri ke kebun getah milik atoknya kerana ayahnya pada pagi itu tidak sihat.Dia selalunya pergi menoreh di kebun getah dalam jam lebih kurang 02.00 pagi. Pada pagi itu bulan begitu sangat cerah,.salakan anjing kedengaran sayup-sayup kedengaran dari arah kebun berdekatan dengan kebun getah milik atok Hamdan.Hamdan ketika itu menaiki basikal tua milik atoknya sambil itu dia menghisap rokok da...

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya...

Gangguan Van Ambulan berhantu di Parit Selangor Pontian Johor

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kisah benar 123.Kisah ini adalah kisah benar seram yang terjadi kepada adik ipar saya.Nama panggilan yang diberikan kepada adik ipar saya ni adalah Mamat.Kisah ini berlaku di Pontian Johor pada tahun 2022.,begini kisah benar seram beliau. Ketika itu Mamat hendak menghantar abahnya ke tempat kerja dengan membawa kereta wira.Waktu itu jam lebih kurang dalam pukul tiga suku pagi.Mamat ketika itu merasakan hatinya tidak tenteram kerana pada pagi itu suasana amat sunyi dan hujan mulai turun dengan renyai-renyai. Setelah Mamat menghantar abahnya ke tempat kerja, Kenderaan Mamat yang tengah dipandu oleh Mamat ketika itu telah berselisih dengan sebuah van ambulan yang mempunyai jalur hijau biru putih dibadan dan tertera tulisan ambulan di badan van tersebut.Kata Mamat ambulan yang dilihatnya itu sangat laju.Mamat pun berfikir siapa pula yang accident pagi-pagi buta macam ni,.dan terus membawa kereta nya seperti biasa.Setelah membawa...