Malam di Semabok selalunya tidak pernah benar-benar sunyi.
Walaupun jam sudah melewati tengah malam, masih ada cahaya dari gerai-gerai kecil dan bunyi motosikal sesekali memecah kesunyian jalan.
Di situlah terletaknya sebuah kedai makan yang cukup terkenal dalam kalangan penduduk setempat dan pengunjung luar. Siang malam pelanggan tidak putus-putus datang. Namun di sebalik kemeriahan itu, tersimpan cerita yang membuat ramai meremang bila mengingatinya.
Penduduk kampung berhampiran sering terdengar bunyi aneh dari kedai itu sekitar jam 2 hingga 3 pagi.
Bunyi kerusi diseret perlahan di atas lantai…
Srrrrtttt…
Kemudian disusuli bunyi meja bergeser seperti ada orang sedang mengalihkan susunannya.
Lebih menyeramkan, kadangkala kedengaran hilaian ketawa seorang wanita memecah kesunyian pagi.
Pada mulanya ramai menyangka mungkin bunyi kucing atau pencuri. Tetapi apabila bunyi itu berlaku hampir setiap malam walaupun kedai sudah lama ditutup, penduduk mula berasa tidak sedap hati.
Hendak dijadikan cerita, seorang pekerja di kedai itu yang dikenali sebagai Mail menjadi saksi sesuatu yang tidak dapat dilupakannya sampai hari ini.
Malam itu Mail menutup kedai seperti biasa. Sebelum pulang, dia mengecas telefonnya di dapur belakang kedai. Setelah selesai mengemas, dia terus menunggang motosikal pulang ke rumah.
Namun baru separuh jalan, jantungnya berdegup laju apabila dia teringat telefonnya tertinggal di kedai.
Dengan malas tetapi terpaksa, Mail berpatah balik.
Ketika tiba di hadapan kedai, suasana terasa sangat sunyi. Lampu luar hanya menyala samar-samar. Jam pada telefonnya menunjukkan tepat pukul 1 pagi.
Mail melangkah perlahan-lahan menuju kedai.,
Kreeeekkk…
Sebaik melangkah masuk, dia terdengar bunyi kerusi diseret dari arah ruang makan.
Srrrrtttt… srrrrtttt…
Bulu roma di tengkuknya terus berdiri.
“Siapa tu?” jerit Mail perlahan.
Tiada jawapan.
Keadaan dalam kedai gelap gelita. Hanya cahaya dari telefon bimbitnya menerangi sedikit ruang di hadapan.
Kemudian bunyi itu kedengaran lagi.
Kali ini lebih dekat.
Srrrrtttt…
Dalam keadaan panik dan ingin membuktikan ada orang menceroboh, Mail terus mengangkat telefonnya lalu mengambil gambar ke arah bunyi tersebut.
Klik!
Selepas kamera berbunyi, suasana tiba-tiba menjadi terlalu sunyi.
Sunyi yang menyesakkan dada.
Mail mula terasa seperti ada sesuatu sedang memerhatikannya dari hujung kedai.
Perlahan-lahan dia menoleh ke arah dapur…
Kosong.
Tetapi entah kenapa tubuhnya menggigil kuat. Nafasnya terasa berat. Udara dalam kedai tiba-tiba menjadi sangat sejuk.
Tanpa berfikir panjang, Mail segera mencapai telefonnya yang dicas di dapur lalu berlari keluar.
Dia terus memecut motosikal pulang ke rumah tanpa menoleh walau sekali.
Sampai sahaja di rumah, Mail cuba menenangkan diri. Tangannya masih terketar-ketar.
Dia membuka galeri telefon untuk melihat gambar yang diambil tadi.
Dan pada saat itulah darahnya seperti berhenti mengalir.
Di celah-celah meja dalam kedai yang gelap itu…
Kelihatan seorang wanita berambut panjang mengurai sedang berdiri membongkok,.
Tubuh badannya seperti tidak kelihatan,.
Tubuhnya pula tidak menyentuh lantai.
Mail menjerit lalu tercampak telefonnya ke lantai.
Dengan tangan menggigil, dia terus menelefon majikannya dan menghantar gambar tersebut.
Majikannya yang menerima gambar itu turut terdiam lama sebelum bersuara perlahan,
“Jangan sebarkan gambar ni pada sesiapa…”
Namun entah bagaimana, gambar itu akhirnya tersebar juga.
Sejak kejadian itu, semakin ramai pekerja mendakwa mengalami gangguan di kedai tersebut.
Ada yang terdengar suara wanita menangis di dapur.
Ada yang nampak kelibat putih berdiri di belakang pelanggan.
Dan ada juga yang ternampak kerusi bergerak sendiri ketika kedai sudah kosong.
Sehingga hari ini, kisah itu masih menjadi bualan penduduk sekitar Semabok.
Dan gambar yang dikatakan penampakan sebenar itu…
Masih disimpan oleh beberapa orang yang pernah melihatnya sendiri.
Akhir kata dari penulis…
"Alam ghaib itu ada,.kita semua tidak bersendirian,..
Azan AFS menulis,..
P/S: Disertakan gambar penampakan sebenar dari kisah ini.

Angker ya di daerah semabok..kalo dari kabupaten jawa ada kisah tali gentanyangan
ReplyDeleteIya gan, gue rasa seremm Kali ya? di batam juga ada kisah nyata di mana penampakan tak kesat mata..ayo laa ngeri banget maunya di kabarin..lain Kali aja ya
DeleteAkhirnya kisah baru dari 321 kisah benar..Kali ni jalan cerita nya mengisahkan tentang org terfoto penampakan hantu, tngok dari foto tu real bro
ReplyDeleteSeremmmm banget....asikk juga bacanya....
ReplyDeleteThis story makes my life fells so horror, beware of film evil dead burn!! Come to cinema near you
ReplyDeleteBaca ni sambil tutup mata boleh ke?
ReplyDeleteBareng2 wak Azan datang lah ke indonesia..di sana lagi mau ketemu hantu nyata juga ada..wak aji mau ngobrol sama wak Azan..katanya kangen banget sama wak Azan, bisa ya
ReplyDeleteAku pun nak jgk pegi wak..wak belanja ye? Hehehe
DeleteEmangnya elu siapa? Lagi laginya mau ikutan..gue ngobrol sama wak Azan aja sih..elu gue enggak kenal sama sekali dong. Anjirrr
DeleteSabar wak..sori ye saja aja bergurau
DeleteMau becanda jangan begitu dong..nanti gue hantar hantu tak kesat mata sama elu mau ngak?
DeleteYang benerr..sabar..kita ini serumpun dong
DeleteNanti tulis lagi cerita hantu paling scary dan real ye bang. Aku tungguuuu
ReplyDeleteSeram ni bro..blh buat film masuk Netflix
ReplyDeleteSeram dan suspen seperti sedang mengalami bila baca blog ni..memang terbaikk dpt no 1 dari top 5 Malaysia
ReplyDeleteSeriusan bang dapat no1 top 5 nya Malaysia?
ReplyDeleteAyooo..maju terus bapak Azan!!! Gue support !!! Mantepp kali
ReplyDeleteBikin jantungan..seremm amatt
ReplyDeleteGue sukanya baca ..baca bikin otak cerdas
ReplyDeleteSemangat banget bikin merinding buku kadok gue sihhh
ReplyDeleteDi Malaysia ada namanya kue semangka ngak sih??
ReplyDeleteWkwkwkwkwkwkwk gue seremmm ya ampunnn dong!!!
ReplyDeleteAsikk banget makan kek sambil baca blog kisahbenar123
ReplyDeleteGue suka makan mie instant indomie..tiap Kali makan rasa mau lagi dan lagi
ReplyDeleteBanyaknya udang Kara di lautan..rasanya pengen kali ya masak nasi
ReplyDelete