Skip to main content

Pengalaman Seram Pak Guard diganggu hantu Pontianak ketika membuat rondaan di hospital


  Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar misteri seram.Pada tengah malam ini saya akan menceritakan pengalaman kisah benar seram rakan saya yang bernama Rizal(bukan nama sebenar).

Kisah ini berlaku pada tahun 2004,.Rizal ketika itu sedang bekerja sebagai security guard di hospital yang berada di dalam daerah negeri Perak.Katanya dia ketika itu sedang bertugas pada waktu pagi dan hanya dia bekerja berseorangan di dorm A di hospital itu.Rakannya telah balik ke rumah kerana ada hal yang  mustahak.Hendak tak hendak Rizal terpaksa akur juga dengan kehendak rakannya.

Ada juga rakan-rakan yang memberikan nasihat kepada Rizal dan mengatakan bahawa di hospital tempat Rizal bekerja itu keras dan berpenunggu.Rizal tidak kisah dengan cerita dari rakan nya kerana disitulah tempat Rizal mencari rezeki untuk menyara anak dan isterinya.

Hendak dijadikan cerita,pada malam  itu,hujan turun renyai-renyai.Salakan anjing memecah keheningan pagi.

Rizal seperti biasa membuat tugas rondaan nya di setiap penjuru bangunan hospital.Tetapi kali ini Rizal bertugas keseorangan kerana rakannya ada hal yang tidak dapat dielakkan.

Waktu bertugas Rizal pada waktu itu adalah pada jam 12 tengah malam hingga ke jam 8 pagi.Waktu kejadian seram yang berlaku kepada Rizal ketika itu adalah di antara jam 2.30 pagi.Waktu itu Rizal sedang membuat rondaan seorang diri arah belakang bangunan hospital.Ketika Rizal sedang memeriksa dari arah belakang bangunan hospital itu secara tiba-tiba sahaja dari kejauhan dia ternampak akan seseorang perempuan sedang membongkok sedang memakan sesuatu di hadapan tong sampah.(Tong Sampah besar hospital)

Rizal berasa sangat curiga akan perempuan itu.Pakaian yang dipakai perempuan itu adalah pakaian pesakit berwarna putih.Kerana merasakan perempuan itu pesakit dari hospital.Rizal terus menempik dengan berkata "Hoi!! buat apa tu?"sambil Rizal menyuluh dengan lampu touch light tepat  kearah perempuan itu.

Tiba-tiba sahaja perempuan itu menoleh kearah Rizal.Ya Allah!berderau darah Rizal melihat keadaan perempuan itu.Mulutnya penuh dengan darah berwarna coklat kehitaman.Tangan nya sedang memegang sesuatu seperti tuala yang sangat kotor.Bau hanyir terus menusuk hidung Rizal ,menyebabkan Rizal berasa loya dan terasa hendak muntah.Wajah perempuan itu tidak kelihatan kerana ditutupi oleh rambutnya yang panjang.Perempuan itu terus sahaja ketawa mengilai-ngilai diselang seli dengan salakan anjing memecah keheningan pagi. Perempuan itu seakan tersenyum pada Rizal menampakkan taringnya,.lalu secara perlahan-lahan  hilang dari pandangan.

Rizal apa lagi terus sahaja berlari dari situ.Dia terus berlari hingga ke pondok security di Dorm B.Mujur ada rakannya yang bertugas di dorm B. Rakannya yang bertugas di dorm B mula bertanya kepada Rizal apa yang telah terjadi.Rizal dengan wajah pucat dan menggigil terus menunjuk-nunjuk kearah tong sampah yang di periksanya  tadi.Rakan nya terus sahaja memberikan Rizal air untuk diminum dan menyuruh Rizal mengucap dan istiqfar.Rizal menceritakan apa yang telah terjadi kepada dirinya sebentar tadi.Rakannya yang mendengar cerita Rizal berasa seram sejuk.Dia pun memberi idea supaya Rizal lepak sahaja dengan dia di Dorm B. Rakan nya hendak pergi memeriksa di tong sampah tempat perempuan itu menghilang, tetapi terus sahaja dihalang oleh Rizal.Rizal berkata biarkan lah sahaja makhluk tu.Nantu dia kacau pulak kita berdua pagi ni.Rakan Rizal mengangguk tanda faham.

Itu sahajalah kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada Rizal.

Nantikan lagi kisah-kisah benar seram dan misteri yang akan datang.

Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca kisah benar123 yang beragama islam.

Akan ada banyak lagi kisah-kisah benar seram misteri yang akan penulis sampaikan dari semasa ke semasa.

Akhir kata dari penulis,..

"Alam ghaib itu ada,...kita semua tidak bersendirian"......

Azan AFS menulis,...





Comments

  1. bestlah cerita ni,.buatlah lagi cerita ya

    ReplyDelete
  2. saya ada kisah seram,.nnt saya share ya

    ReplyDelete
  3. Hai cerita anda best, sekiranya anda berminat untuk membaca kisah cerita saya, sila lah ke blog saya: studio cerita Sahril, semoga anda dimurahkan rezeki dan sehat selalu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketik...

Seram!!Penunggu tandas luar rumah""

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca kisah benar misteri seram,. Disini penulis ingin menceritakan kisah benar seram yang terjadi kepada Zul(bukan nama sebenar) Begini kisah benar seram beliau,..  Tahun 2009, malam sunyi di sebuah kampung yang dikelilingi pokok-pokok tua dan semak samun. Waktu itu jam menunjukkan pukul 11 malam. Zul, budak lelaki berusia 11 tahun, sedang menahan sakit perut yang amat sangat. Rumahnya jenis rumah kampung lama — tandas pula terletak di luar, bersebelahan hujung dapur, terpisah dari rumah utama. Malam itu, hanya Zul dan neneknya berada di rumah. Mak ayahnya keluar ke rumah saudara menghadiri kenduri. Dalam kesunyian malam, Zul menggagahkan diri untuk ke tandas. Hanya bunyi cengkerik dan sesekali lolongan anjing kedengaran dari kejauhan. Ketika sedang duduk dalam tandas, suasana tiba-tiba berubah. Angin bertiup sejuk mencucuk tulang. Tiba-tiba — DUM! DUM! DUM! — bunyi ketukan kuat di dinding luar tandas mengejutkan Zul. Bukan sekali, tapi...