Skip to main content

Seram!!kena ganggu ketika live di rumah lama berhantu!!!

    

Rahim adalah seorang pemburu paranormal aktiviti.Atas sifat minatnya itu dia secara berseorangan pergi ke sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni di sebuah kampung (rahsia)di Lenggong Perak.

Dia mendapat tahu tentang rumah lama itu pun kerana dia terdengar perbualan orang-orang tua ketika dia berada di sebuah kedai makan tepi jalan di Lenggong.Sebenarnya Rahim hanya singgah minum sahaja di kedai itu dan mahu pulang semula ke rumah nya di Baling Kedah.Tetapi setelah mendengar perbualan cerita orang-orang tua di situ menyebabkan dia nekad untuk membuat video entiti di rumah yang diberitahu oleh seorang pakcik yang ditegurnya tadi.Pakcik itu ada mengatakan kepadanya bahawa gangguan di rumah kosong itu amat menyeramkan dan menasihati Rahim supaya berhati-hati ketika membuat video di situ.Rahim hanya tersenyum dan menyuruh pakcik tersebut memberitahu alamat rumah kosong itu.Pakcik itu pun memberikan alamat yang dipintanya.Rahim terus membayar makanan dan minuman yang dipesan olehnya dan belanja pakcik itu juga.Pakcik itu pun berbicara lagi,."hati-hati ye nak,.lagipun dah masuk pukul 11 malam ni,."apa yang kamu mahu tengok tu nanti akan memunculkan diri,.bersiap sedialah kamu nak,..jangan terlalu suka sangat,.ingat Allah,."kata pakcik itu.Rahim pun berlalu pergi dan terus masuk ke dalam keretanya,lalu menghidupkan enjin terus menuju ke alamat yang diberikan.Rahim pun menggunakan aplikasi Google Maps untuk ke alamat tersebut.

Sesampainya Rahim di alamat yang diberikan oleh pakcik itu.Rahim melihat di kiri kanan jalan yang hendak menuju ke rumah kosong itu,keadaan amat gelap dan dipenuhi oleh hutan belukar.Keadaan rumah itu pula amat uzur.Rumah kayu itu seakan rumah kayu zaman dahulu.Ketika Rahim mahu masuk di dalam rumah itu tiba-tiba sahaja Rahim ternampak sepasang mata bercahaya di dalam rumah itu, diantara celah-celah daun tingkap yang terbuka.Rahim segera menghalakan lampu yang diletakkan diatas kepalanya untuk menyuluh penampakan itu,secara tiba-tiba mata merah itu hilang."Ciss,.cepat betul la hilang,aku belum lagi on kan live aku ni kat penonton"kata Rahim dengan nada marah.Setelah Rahim set kan semula video live nya dia mula memulakan pencarian nya mencari hantu di rumah kosong itu.Ada di antara followernya yang mengatakan bahawa Rahim ni amat berani kerana terlalu berani pergi cari hantu sorang-sorang dan ia sememangnya kerja gila.Rahim tersenyum sinis melihat komentar di handphonenya.Baginya dia puas kerana menghiburkan followernya dan janji masyukk kerana dibayar oleh pihak tertentu.

Rahim mula membuka pintu untuk memasuki rumah kosong itu,keadaan di dalam rumah kosong itu begitu kotor sekali dan berhabuk serta penuh dengan sampah."Hai semua,.saya Rahim akan memulakan pencarian hantu untuk kamu semua para follower",.cepat tekan butang like dan subcribe sebarkan,."kata Rahim kepada followersnya.Rahim melihat keadaan sekeliling rumah itu,di tengah-tengah rumah itu terdapat tiang seri.Apa yang pelik ditengah-tengah tiang seri itu terdapat kain kuning dan terdapat tulisan di kain itu.Kain itu juga telah dipaku di tiang tersebut.Rahim menanyakan pendapat kain tersebut kepada followernya "hei guys perlukah saya cabut kain kuning tu??"ada di antara followernya berkata biarkan sahaja,dan ada di antaranya yang berkata cabut sahaja,itu semua syirik.Lantas Rahim pun mula memegang kain itu dan mencabutnya.Rahim melihat tulisan di kain itu.Di cebisan kain kuning itu bertulisan jawi.Tulisan itu mengatakan bahawa begini,."aku tinggal di sini,.1,2,3,4,5 cuba lah cari,.hehe",.terkejut Rahim membacanya.Meremang juga bulu tengkuk Rahim setelah membaca tulisan itu di atas kain kuning yang di ambilnya sebentar tadi.

Secara tiba-tiba sahaja angin sejuk menerpa wajah Rahim.Ini membuatkan kain kuning yang dipegang nya jatuh kebawah."sejukknyaaa,.."kata Rahim di dalam hati.Rahim perasan seperti ada seseorang melihatnya dari jauh.Rahim mengamati penampakan itu.Disuluhnya penampakan itu."Cak.,.cakkkkk".tiba-tiba kedengaran satu suara."Hishh,..siapa pulak yang nak main cak cak dengan aku ni,.."!!kata Rahim dengan gementar."Cakkk!!! Suara itu kedengaran amat dekat dengan Rahim.Rahim terus sahaja menoleh ke belakang tetapi tiada siapa disitu.Ditoleh nya lagi ke arah kiri dan alangkah terkejutnya Rahim kerana disebelah kiri nya terdapat penampakan seorang perempuan berambut panjang, tiada wajah(muka) dan berpakaian putih lusuh sedang merenungnya.Renungan hantu itu kosong,kerana wajahnya tiada.Ini membuatkan Rahim jatuh terduduk di situ seperti mahu pengsan.Antara sedar dengan tidak sedar Rahim terdengar satu suara garau berkata kepadanya seperti ini,."Rahimmmm,.bangunnlahh,..jommm mainnn nyorok-nyorokkk,..cakkk cakkkk,...heeeeheeeeeheeeee...," Kata suara itu.Rahim seperti mahu menangis mendengarnya. Rahim mula mengumpulkan kekuatan yang ada lantas dia perlahan-lahan bangun dan mahu lari dari rumah puaka itu.Ketika Rahim mahu membuka pintu untuk keluar dari rumah dengan tidak semena-mena dia merasakan seperti ada seseorang yang memegang kakinya dari bawah.Rahim lantas melihat ke bawah,apa yang dilihatnya amat menakutkan sekali kerana dia melihat seperti tangan manusia memegang kakinya.Rahim meronta-ronta mahu melepaskan diri dari cengkaman tangan itu.Rahim terus menyebut Allah!Allah!!Allah!!sebanyak 3 kali dan tangan itu pun mulai hilang.Rahim terus sahaja keluar dari rumah itu.

Sebaik sahaja Rahim dapat keluar dari rumah puaka itu.Rahim segera berlari menuju ke arah keretanya.Secara tiba-tiba sahaja Rahim ternampak hantu pocong berada berdekatan keretanya.Rahim kuatkan semangat terus sahaja membuka pintu kereta dan menghidupkan enjin.Sekali lagi Rahim diganggu dengan hilaian suara pontianak ketika berada di dalam keretanya."Heee,..heee,.heeeheeeeee.... ,"Kata suara itu.Rahim tidak mengendahkan suara yang kedengaran kerana mahu segera pergi dari tempat puaka itu.Rahim terus mencari jalan keluar.Dia terus memandu masuk sahaja dari satu lorong ke lorong yang lain dan tidak lagi menggunakan google maps.Rahim merasakan dia telah tersesat kerana dia tidak menjumpai jalan keluar.Setelah beberapa kali dia memandu mencari arah jalan, dia perasan jalan yang dia memandu tadi adalah jalan yang sama dan lorong yang sama dilaluinya dan berkali-kali dia melaluinya.Dia mengamati satu papan tanda di situ tertulis!! Kampung Kubor. "Ah sudah!!bila masa aku masuk kampung Kubor ni!!"kata Rahim lemah,.Dia sudah penat dan mengantuk.Rahim segera memberhentikan kenderaan nya di tepi bahu jalan.Rahim pun mematikan enjin kenderaan nya dan mulai lena.Tidak beberapa lama kemudian,Rahim terasa seperti ada sesuatu benda yang menaburkan pasir dari atas keretanya."Serrrr,...serrrrr,..bunyi pasir jatuh menimpa kereta Rahim."Ini tidak boleh jadi ni",.kata Rahim dalam hati.Rahim segera menghidupkan enjin keretanya dan menyalakan lampu.Tiba-tiba!!,alangkah terkejutnya Rahim kerana apa yang dilihat di hadapannya adalah kubur!!!Rahim keluar dari keretanya dan dia berasa pelik kerana dia melihat keretanya berada di tengah-tengah kubur lama di dalam hutan.Bagaimana dia boleh membawa keretanya hingga sampai di situ?hairan Rahim memikirkan nya.Rahim melihat kedua tayar keretanya kempis tiada angin.Rahim melihat jam ditangan nya sudah menunjukkan pukul 0600 pagi.Lega rasanya,dan Rahim mula menelefon sahabat nya untuk meminta pertolongan.

Setelah beberapa jam kemudian.Rakan Rahim bernama Rohmat sampai dilokasi yang diberikan.Rahim terus berkata kepada Rohmat supaya segera cepat keluar dari tempat itu.Rohmat menangguk tanda faham dan terus sahaja menyuruh Rahim mengikutinya dari arah belakang untuk memandu arah menuju ke keretanya.Rohmat terus memandu keretanya membawa Rahim balik ke rumahnya di Pengkalan Hulu Perak.Kereta kepunyaan Rahim dibiarkan dahulu kerana Rahim telah menelefon towing,untuk menunda keretanya dari situ ke lokasi kedai membaiki kenderaan di Baling Kedah.

Itu sahajalah kisah pengalaman benar,seram dan misteri yang terjadi kepada Rahim(bukan nama sebenar)seperti yang diceritakan kepada penulis.Akan ada banyak lagi kisah-kisah yang akan saya kongsikan kepada pembaca semua.Oh ya,.disini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2023 kepada semua para pembaca.Teruskan membaca dan menyokong karya saya ya.

Akhir kata dari saya,....

"Alam ghaib itu ada,....kita semua tidak bersendirian",.......


Azan AFS menulis,....





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketika Sa

Diganggu Langsuir ketika berkursus di salah satu maktab yang berada di dalam daerah Johor

Kisah ini adalah dari salah satu kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada rakanku yang bernama Rohma.Katanya kejadian seram ini begitu menakutkan dan tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya,.begini kisah seram beliau., Rohma ketika itu sedang berkursus di maktab (tidak dibenarkan beritahu)yang berada di Johor.Beliau berkursus selama 2 minggu.Kejadian ini baru sahaja berlaku pada tahun 2024 bertarikh 23/02/2024. Begini kisah seram beliau., Ketika berkursus di sana,.ada seorang jurulatih iaitu tenaga pengajar memberi nasihat kepada saya(Rohma)serta pelajar yang lain iaitu ketika berada di dalam dorm asrama,jangan pergi ke bilik mandi berseorangan di tingkat tiga pada waktu lewat malam atau lewat pagi,.Maklumlah kami semua terpaksa menginap di bilik tingkat tiga kerana di tingkat 1 dan 2 telah penuh dengan peserta kursus.Saya terpaksa akur dengan kata-kata jurulatih tersebut.Ada diantara salah seorang diantara kami yang bermulut celupar.Katanya dia nk sangat melihat hantu.Katanya