Skip to main content

Kemenangan bergaya Johan menembak Falling Plate IPD Pengkalan Hulu Perak pada 20/01/2022

 



Assalamualaikum dan selamat pagi kepada peminat cerita kisah benar,misteri seram.Saya meminta maaf kerana sudah lama saya tidak mengarang kisah-kisah seram dan benar.Ini adalah kerana dari kekangan kerja.Pada masa ini saya akan mulai berkursus di Maktab Teknik M


uar Johor selama 3 bulan.

Nantikan kemunculan kisah-kisah benar misteri seram yang akan saya cuba dapatkan semasa saya berkursus nanti ya.Insya Allah jika masa mengizinkan,saya akan cuba mengarang cerita.Kisah kali ini bukan kisah cerita seram ya tuan-tuan dan puan-puan.Kali ini saya ingin berkongsi kisah kenangan manis saya yang mendapat tempat pertama acara tembak Falling Plate di antara cawangan-cawangan Ipd Pengkalan Hulu Perak.

Pada 20/01/2022,.saya bersama Kpl Feza,Sjn Mazlaini,dan Kpl Azlina telah mendapat Johan di tempat pertama pertandingan Tembak Falling Plate menggunakan Pistol CZ P10C 9mm yang di anjurkan oleh tempat saya bertugas di IPD Pengkalan Hulu Perak.Syukur alhamdulillah kami telah bergelar juara berturut-turut pada tahun lepas dan tahun ini.

Semoga tahun ini akan meningkatkan lagi semangat saya untuk terus maju dalam bidang kerja dan penulisan(blog).

Akhir kata dari saya,..seperti biasa..,

"Alam ghaib itu ada,...kita semua tidak bersendirian,...


Azan AFS menulis,...




Comments

  1. please buat lagi kisah benar misteri seram,..saya nk baca lagi,..dah masuk tahun 2022 dah ni,..tq penulis

    ReplyDelete
  2. Terer menembak ni,.Jom la I nk couple ngn u azan afs,.I love u😘🥰😍

    ReplyDelete
  3. Come on,.please make more horror story,. please,..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kejadian benar dan seram tentang ilmu hantu pokok pisang,.

 Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,.pada malam ini saya akan menceritakan pengalaman dari seorang lelaki yang telah pm penulis di Fb.Biarlah saya namakan dia Sazali(bukan nama sebenar)kerana dia tidak mahu namanya di siarkan.Sazali berkata kepada saya tentang apa yang dia telah lakukan dahulu itu jangan lah di ikuti pula.Kerana setiap perbuatan yang menyekutukan Allah S.W.T itu akan terkena semula pada diri sendiri.Sazali telah insaf akan perbuatan nya.Katanya lagi kisah benar seram dan misteri yang di ceritakan ini hanyalah untuk dijadikan pengajaran buat pembaca-pembaca semua,.. لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735) Kisah benar seram dan misteri ini terjadi ketik...

Pengalaman Seram Pak Guard diganggu hantu Pontianak ketika membuat rondaan di hospital

  A ssalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar misteri seram.Pada tengah malam ini saya akan menceritakan pengalaman kisah benar seram rakan saya yang bernama Rizal(bukan nama sebenar). Kisah ini berlaku pada tahun 2004,.Rizal ketika itu sedang bekerja sebagai security guard di hospital yang berada di dalam daerah negeri Perak.Katanya dia ketika itu sedang bertugas pada waktu pagi dan hanya dia bekerja berseorangan di dorm A di hospital itu.Rakannya telah balik ke rumah kerana ada hal yang  mustahak.Hendak tak hendak Rizal terpaksa akur juga dengan kehendak rakannya. Ada juga rakan-rakan yang memberikan nasihat kepada Rizal dan mengatakan bahawa di hospital tempat Rizal bekerja itu keras dan berpenunggu.Rizal tidak kisah dengan cerita dari rakan nya kerana disitulah tempat Rizal mencari rezeki untuk menyara anak dan isterinya. Hendak dijadikan cerita,pada malam  itu,hujan turun renyai-renyai.Salakan anjing memecah keheningan pagi. Rizal seperti bias...

Seram!!Penunggu tandas luar rumah""

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca kisah benar misteri seram,. Disini penulis ingin menceritakan kisah benar seram yang terjadi kepada Zul(bukan nama sebenar) Begini kisah benar seram beliau,..  Tahun 2009, malam sunyi di sebuah kampung yang dikelilingi pokok-pokok tua dan semak samun. Waktu itu jam menunjukkan pukul 11 malam. Zul, budak lelaki berusia 11 tahun, sedang menahan sakit perut yang amat sangat. Rumahnya jenis rumah kampung lama — tandas pula terletak di luar, bersebelahan hujung dapur, terpisah dari rumah utama. Malam itu, hanya Zul dan neneknya berada di rumah. Mak ayahnya keluar ke rumah saudara menghadiri kenduri. Dalam kesunyian malam, Zul menggagahkan diri untuk ke tandas. Hanya bunyi cengkerik dan sesekali lolongan anjing kedengaran dari kejauhan. Ketika sedang duduk dalam tandas, suasana tiba-tiba berubah. Angin bertiup sejuk mencucuk tulang. Tiba-tiba — DUM! DUM! DUM! — bunyi ketukan kuat di dinding luar tandas mengejutkan Zul. Bukan sekali, tapi...