Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2019

Kisah menakutkan tentang Ilmu kepala taik

Sekadar gambar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri. Ada suatu kisah benar dan seram yang akan dikongsikan ceritanya oleh encik Mat bukan nama sebenar kepada saya. Disini saya bukan menceritakan perihal tentang ilmu minyak dagu,tetapi tentang ilmu kepala taik.Kedengaran seperti melucukan bukan,.? tetapi hakikatnya ilmu ini sangat merbahaya kepada wanita.  Kata encik mat kepada saya ilmu ini diketahui olehnya melalui kawannya yang menggunakan ilmu kepala taik itu.Untuk mendapatkan ilmu tersebut si pengamal mestilah tidak akan mandi seumur hidupnya dan yang paling menjijikkan adalah apabila si pengamal ingin pergi buang air besar,si pengamal mestilah mengambil hujung kepala tahi najisnya sendiri dan disapukan ke pada kedua tapak tangan lalu dengan membaca beberapa mantera si pengamal akan menyapukan tangan yang dilumurkan tahinya kearah rambut serta dimukanya. Yang menghairankan encik mat adalah si pengamal tidak berba

Kisah seram di rumah sewa di suatu taman daerah Pengkalan Hulu Perak

Sekadar gambar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kisah benar seram dan misteri,. Ada suatu kisah seram yang rakanku ingin kongsi kan bersama para pembaca semua,.. Biarlah saya namakan rakan saya Hafizil bukan nama sebenar. Kejadian ini berlaku di suatu taman yang dirahsiakan namanya  di Pengkalan Hulu Perak,. Kisah ini berlaku pada tahun 2018.Hafizil bersama isterinya baru sahaja berpindah di sebuah rumah sewa  kerana telah bertukar tempat kerja. Kejadian ini berlaku ketika isterinya balik ke kampung dan Hafizil tinggal bersendirian di rumahnya. "Pada suatu malam ketika saya balik kerumah saya ada merasakan sesuatu makhluk yang memerhatikan saya di dalam rumah sewa yang saya duduki sekarang ini"kata Hafizil kepada saya membuat kan bulu tengkuk saya meremang seketika. Tambahnya lagi,."dirumah sewa yang aku duduki sekarang aku selalu merasakan segala tingkah laku aku di perhatikan dan yang paling menakutkan ketika waktu malam ada

Kejadian menyeramkan yang tidak dapat dilupakan berdekatan dengan Highland tower,..

Sekadar gambar hiasan. Assalamualaikum dan selamat malam kepada para pembaca kisah benar,seram dan misteri,. Disini saya ada suatu kisah seram yang dialami oleh rakan saya Syafik bukan nama sebenar. Tajuk: Kejadian menakutkan yang tidak dapat  dilupakan berdekatan dengan Highland tower., Kisah benar dan seram  Syafik bermula begini..... Kisah ini berlaku ketika aku di tingkatan 2 yakni pada tahun 1999.Aku tinggal bersama keluargaku di perumahan polis 15 tingkat di ibukota Kuala Lumpur berdekatan di kawasan Ampang,Ulu Kelang,AU3.Dari rumahku tingkat 5 kelihatan panorama bukit-bukau yang menjadi tempat orang beriadah.Suasana terasa indah dan nyaman bila pagi.Seperti tiada apa-apa yang berlaku tapi jangan disangka tiada misteri.Pengalaman ngeri yang aku alami ini akan ku ceritakan.Dari rumahku juga boleh dilihat jauh kawasan bukit Antarabangsa,tempat tragedi runtuhan kondominium Highland Tower yang tragik. Kisahnya begini,aku bersama dua adik lelaki aku tidur dalam satu bilik