Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2024

Seram!!Diganggu Hantu Pelita ketika sedang menoreh getah di kawasan daerah Bera Pahang

   Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca/pendengar kisah benar seram dan misteri .Disini saya akan berkongsi kan pengalaman kisah seram benar Hamdan(bukan nama sebenar)katanya dia pernah diganggu oleh hantu pelita.Kejadian ini berlaku sekitar tahun 90an di daerah Bera Pahang.Begini kisah seram benar beliau,.. Hamdan ketika itu ber umur dalam lingkungan 18 tahun.Dia selalu membantu ayahnya pergi menoreh getah di kebun getah milik atoknya.Dapat juga dia duit sambil boleh membantu meringankan pendapatan seharian keluarganya. Pada kejadian yang seram itu.Hamdan pergi seorang diri ke kebun getah milik atoknya kerana ayahnya pada pagi itu tidak sihat.Dia selalunya pergi menoreh di kebun getah dalam jam lebih kurang 02.00 pagi. Pada pagi itu bulan begitu sangat cerah,.salakan anjing kedengaran sayup-sayup kedengaran dari arah kebun berdekatan dengan kebun getah milik atok Hamdan.Hamdan ketika itu menaiki basikal tua milik atoknya sambil itu dia menghisap rokok daun."